Thursday, January 31, 2013

Segmen Blogwalking Sampai Muntah by ReX

Updated: 1 Februari 2013

Entri melekat. Melekat lah beliau sampai 30 Januari 2012. Scroll ke bawah untuk latest entri.


Sempena dengan Tahun Baru 2013 nih, aku nak up satu segmen. Segmen suka2 je. Takde hadiah pun menanti para peserta. Tapi aku still berharap korang berminat untuk join. Nak tau segmen apa yang aku nak buat? *sila la baca tajuk entri aka tak surprise langsung




Syarat2 penyertaan:

1. Letak banner di atas dan link kan ke entri ni.

2. Buat satu entri pasal entri ni dengan tajuk "Segmen Blogwalking Sampai Muntah by ReX".

3. Blogwalking ke setiap blog peserta yang join segmen ni dan tinggalkan message "blogwalking dari blog ReX" kat shoutbox diorang. Kalo korang nak tinggalkan komen, lagi bagus. Confirm tuan empunya blog sker. Kalo dia tak sker, bagitau aku. Aku tolong shoot kepala dia. *kasar lak bunyi, tapi aku gurau je sebenar nyer

4. Nak follow ke tak blog aku ngan peserta laen, ikut sker hati korang. Tiada paksaan mahupun penderaan yang akan dilakukan ke atas korang.

5. Tinggalkan link korang kat ruangan komen.

6. Tarikh tutup sampai 31 Januari 2012.


Baca syarat2 macam panjang je. Tapi simple je pun. Korang tak kan pening nyer lah. Aku akan mula start blogwalking lepas tarikh tutup. Senang aku nak terjah sumer blog sekali harung. Jom join ramai2. Pening pun tak pening. Trafik pun naek. Follower insyaAllah naek gak.




Tuesday, January 29, 2013

Bercuti ke Cameron Highland

Aku pernah cakap yang minggu lepas aku busy kan. Busy ngan keje tu satu hal. Satu lagi busy gi cuti2 Malaysia. Keh3... Actually aku tak bole nak citer sangat sebab gambar2 sumer takde ngan aku. Kamera bini bawak lari. Hehehe... Apa pun, wife aku ada update entri pasal ni. Kalo korang nak baca, bole la klik kat SINI.




p/s: entri versi aku, tunggu bila aku dapat gambar nanti. hehehe...


Sape lagi yang nak join Segmen Blogwalking Sampai Muntah by ReX,
ada lag 3 hari untuk anda join.



Monday, January 28, 2013

Listen

In before, ye, aku tau entri ni dah outdated.

Isu listen listen listen ni bagi aku (dan mungkin korang sumer) maybe dah outdated. Orang pun dah tak update kat blog, facebook atau twitter pasal isu ni lagi. Dah tak hangat macam pisang goreng yang Mak Jah (sape pulak la Mak Jah tuh) jual tepi jalan time petang2. Isu basi sebasi2 susu yang dibiar atas sinki tak basuh2 selama seminggu.

So, kenapa aku nak update gak pasal isu listen ni? Nak bagi pandangan aku ke? Nak sindir nak sokong ke? Owh, tak2. Aku rasa korang pun nak muak baca macam2 pandangan orang ramai. Aku tak nak korang naek muak lagi. Aku cuma nak update ni je sebenar nyer.




Saje je nak upload gak gambar troll ni walaupun isu dah outdated. Rasa sayang lak nak tekan shift+delete lepas aku merajinkan diri wat kartun ni. Rajin wat kartun je la. Rajin upload ngan update kat blog tak. Tu yang jadi basi tuh. Keh3... Apa pun, UUM jadi popular pasal isu nih.




p/s: mohon student UUM jangan marah kat aku. hehehe...


Sunday, January 27, 2013

Paintball - Ditembak dan Tergolek

Ditembak tu sumer orang. Yang tergolek tu aku sorang.

Daripada Selasa ari tuh aku janji nak update pasal aktiviti paintball aku ngan member2 aku minggu lepas. Lepas tu aku busy ngan keje. Cuti lak gi jalan2. So tak sempat nak update apa2. Tapi hari ni sumer persoalan pasal paintball tu akan terungkai kejap lagi. Hehehe...


[Ni bukan gambar ari tuh. Spot the difference?]


Kitorang maen paintball ni kat Gen-X Paintball, Bukit Minyak. Sebab harga nyer agak murah. Korang bole pilih sama ada nak maen ikut per head atau ikut jumlah pallet (pallet ni kira nyer bullet dia la, atau orang panggil marker). Kitorang pilih untuk maen ikut jumlah pallet. RM 200 untuk 2000 pallet. So kalo ada 10 orang maen, sorang baru RM 20. Kulim pun ada. Tapi orang Melayu ni tak pandai meniaga. Dia nak gak per head. RM 60 sorang. So untuk kitorang yang just nak maen sekadar suka2, RM 60 memang mahal.


[Lepas gambar ni kena upload ke Facebook, sumer pakat panggil aku sarjan. Hampeh]


Abaikan gambar kitorang yang serius time tengah dengar taklimat. Permainan paintball ni bole jadi bahaya kalo tak ikut peraturan dengan betul. Jadi, harus la kena serius. Antara peraturan yang penting semasa permainan, mask sentiasa kena pakai masa kat dalam war zone. Jangan sesekali tanggalkan. Kang tak pasal2 mata lebam kena tembak. Tu kalo lebam. Kalo lagi teruk macam mana?




Di sini frasa "Ditembak tu sumer orang. Yang tergolek tu aku sorang" bermula. Sebab apa? Sebab yang kena tembak tu sumer orang. Tapi yang jatuh tergolek aku sorang je. Sebab apa? Licin. Aku pulak lari laju sangat. Tak sempat nak brek lalu jatuh tergolek2. Hasil nyer? Luka kat peha dan seluar terkoyak sket. Naseb baek takde orang tembak aku. Kalo tak, confirm awal2 kena keluar.

Kira puas hati gak la maen. Since kitorang maen ikut jumlah pallet, so korang maen la sampai peluru abes. In case kitorang ni, 2000 pallet tahan untuk maen 4 round, 6 vs 6. Lepas abes maen, apa kitorang buat?




Posing la. Hahaha... Time maen tak bole amek gambar close up sebab bahaya. Walaupun bole pakai mask, tapi kamera tu sape nak jaga? Tak pasal2 kena beli lens baru lak kalo pecah. So abes je game, masing2 poyo ngan posing masing2, termasuk la aku. Hehehe...










Tuesday, January 22, 2013

Paintball

Aku busy ari ni. Tak sempat nak tulis panjang2. Aku upload satu gambar dlu.




Entri penuh kemudian baru aku buat. Tu pun tak pasti lagi bila aku nak taip. Hujung minggu ni pun ada planning laen. Kalo minggu ni tak sempat, minggu depan ye.


Sunday, January 20, 2013

Dia Suka Anda? Atau... Tidak?

Satu persoalan yang besar dalam sesuatu perhubungan. Dia suka korang ke tak? Persoalan yang satu nih yang akan menentukan setiap tindak tanduk (kalo orang yang korang minat tak sker korang, mohon jangan tanduk dia) korang yang seterus nyer. Sama ada korang nak take it to the next stage atau korang just akan pendamkan perasaan korang.

Tapi itu la. Bukan senang nak menjawab persoalan ni. Lagi2 kalo korang jenis pemalu. Nak cakap ngan crush korang pun tergagap2. Baru nak sapa dah "Haaa Haaaa Haiiii". Macam mana nak sembang kan. Keh3... Tapi takpe. Ada beberapa hint yang korang bole guna pakai untuk tengok orang yang korang admire tu, minat atau tidak kat korang.


Cara bercakap

Yang ni paling obvious. Selalu bila bersembang dengan orang, suara bukan maen kuat. Pastu aku kau aku kau. Tapi bila sembang ngan korang, tiba2 suara jadi perlahan atau lembut lak. Kalo suara dah memang semulajadi perlahan, mungkin akan bertambah perlahan sampai kena pakai alat bantuan pendengaran lak. Bahasa pun tiba2 tukar jadi saya awak saya awak.


Si dia tak senang duduk bila korang ada

Kalo korang memang ada hubungan baek dengan si dia dan dia pun mungkin selesa dengan korang, hint ni mungkin tak bape nak berkesan untuk korang. Tapi yang tak rapat tuh, cuba korang tengok reaksi si dia semasa korang bercakap dengan dia.




Kalo dia nampak macam tak bole duduk diam masa bersembang ngan korang, kalo tak sebab ketiak korang bau busuk atau nafas korang berbau, besar kemungkinan dia pun ada hati kat korang. Tapi kalo korang pun 2 kali 5 ngan dia (sama2 tak bole duduk diam), maka ke dalam tong sampah la hint ini.


Dia amek kisah perihal korang

Tanpa korang sedari, dia mungkin beri perhatian kepada setiap detail yang korang pernah sebut tentang diri korang. Dan dia ingat. Sometimes even benda2 kecil pasal korang pun (even korang mungkin tak ingat), dia bole ingat. Sebab dia pay attention. Benda2 kecil ye. Sebab kalo benda2 besar macam tarikh lahir korang, korang asal mana ke, tu aku pun tahu sumer kawan korang pun tahu.


Fokus dia hanya kat korang

Kalo korang lepak sama2, atau buat aktiviti berkumpulan dan sebagai nyer, dia akan beri perhatian kat korang lebih. Lagi2 bila korang tengah bersembang. Macam takde orang laen kat sekeliling melaenkan korang. Ke memang korang berdua je ada kat situ? Awas, kang kena tangkap basah lak kang.


 [Kalo lepak kat tempat macam ni dan dia beri fokus kat lembu atau kuda,
aku tak bolenak kata apa]


Asal korang ada, lepak depan tandas awam pun best

Btol la tuh. Asal korang ada, si dia tak kesah lepak kat mana pun. Kalo korang ajak sembang depan tandas awam pun dia suka. Bau "harum" tandas pun dia bole buat dunno je. Tapi lepas korang balik, mungkin dia akan muntah hijau lepas tuh.


Saturday, January 19, 2013

Malaysia No. 36


 
Apa yang 36 nyer pasal Malaysia?

Listen. Economist Intelligent Unit (EIU) telah rate Malaysia sebagai negara ke-36 paling sesuai untuk tinggal bagi generasi yang akan datang aka baby yang bakal dilahirkan. Aku tak tahu la 36 ni bagus ke tak bagus. Tapi at least ada dalam senarai top 80, kira bagus la kan daripada tak tersenarai langsung. Tapi apa pun, kita still kalah kepada Singapura (kekalahan teruk bagi aku) sebab diorang menduduki tangga ke-6 dunia.

Poll ni dibuat berdasarkan 3 kriteria. Keselamatan, kesihatan dan juga taraf kehidupan. Mengikut laporan, EIU turut mengambil kira faktor ekonomi yang merangkumi anggaran sehingga tahun 2030. EIU turut menjadikan undian untuk life satisfaction yang dilakukan pada tahun 2006.

Nak tahu negara mana rank nombor satu?


[Switzerland]


Switzerland berjaya mengalahkan USA. Nombor 2 lak Australia, diikuti dengan Norway, Sweden dan Denmark.




Wednesday, January 16, 2013

Monday, January 14, 2013

Korean Drama - Big

Sebenar nyer dah lama khatam tengok citer ni. Tapi sebab busy wat benda laen, lama2 lupa lak aku nak update. Ni naseb baek teringat balik ni. Kalo tak, mungkin akan terus luput dari ingatan aku. Skang tengah layan Dream High 2. Tu pun dah separuh dah aku tengok.




Tema citer Big ni bagi aku agak cliche gak la. Citer pasal roh bertukar badan ni. Aku rasa dah banyak kot citer2 kat luar dengan tema yang serupa macam ni. Kang Gyung Joon (Shin Won-Ho) yang berusia 18 tahun merupakan pelajar sekolah menengah manakala Seo Yoon Jae (Gong Yoo) berusia 30 tahun merupakan seorang doktor yang berjaya. Selepas kedua2 nyer terlibat dalam kemalangan, roh diorang bertukar jasad.

Cuma cikgu Kang Gyung Joon iaitu Gil Da Ran (Lee Min-Jung) yang juga merupakan tunang Seo Yoon Jae, tahu pasal diorang bertukar badan. So citer nyer skang, Kang Gyung Joon kena hidup sebagai Seo Yoon Jae manakala Seo Yoon Jae relax, tak payah buat apa2 sebab koma. To cut it short, Gyung Joon jatuh cinta ngan Gil Da Ran (begitu juga sebalik nyer) and at the same time, cuba cari jalan penyelesaian untuk kembali ke jasad masing2. Dan ada rahsia di sebalik kenapa diorang bertukar jasad.




Walaupun tema citer cliche ke hape, tapi aku still enjoy tengok. Tema cliche. Tapi jalan citer tak semesti nyer cliche kan. Keh3... Lagi pun pelakon laen2, feel pun of course laen. Citer ni best gak bagi aku. Romantik pun romantik gak. Kelakar pun kelakar. Kalo sape yang minat tengok citer Korea tu, aku syor kan korang untuk tengok citer nih. Tak menyesal nyer la.




Saturday, January 12, 2013

Senarai Peserta Segmen Blogwalking Sampai Muntah by ReX

Senarai terkini peserta Segmen Blogwalking Sampai Muntah by ReX.



7. Dianaa
9. Nenot


Kepada yang nak join segmen, tinggal 3 hari je lagi. Klik kat SINI. Jom kita blogwalking sampai muntah.


Thursday, January 10, 2013

25 Movie Menarik 2013

Or mungkin patut tukar kepada "25 Movie Bakal Menarik 2013". Sebab tak semesti nyer yang diorang kata menarik, menarik bagi diri kita.

Tak sempat nak update blog untuk beberapa hari sebelum ni. Sempat godek blog orang je. Blog sendiri terabai. Segmen blogwalking pun tertinggal macam tu je. Ari ni baru aku ada masa nak menaip entri bagai. Jumaat lepas aku ada wat entri pasal 25 movie terbaek sepanjang 2012 kan. Yang ni entri sekuel lak. 25 movie menarik yang bakal menemui penonton sepanjang tahun 2013 ni.


1. Iron Man 3

[Ini masuk dalam list wajib tengok]


2. The Hunger Games: Catching Fire



3. Star Trek Into Darkness



4. Man of Steel

[Superman dengan nafas baru?]


5. Pacific Rim



6. Fast & Furious Six



7. Anchorman: The Legend Continues



8. The Hobbit: The Desolation of Smaug



9. Monster's University



10. The World's End



11. The Great Gatsby
[Bukan citer pasal minyak rambut Gatbsy]

12. The Lone Ranger

13. Elysium

14. The Heat

15. Oz The Great and Powerful

16. The Wolverine
[Ni pun masuk dalam senarai wajib tengok]

17. White House Down

18. Beautiful Creatures

19. A Good Die to Die Hard

20. World War Z

21. The Hangover Part 3

22. G.I. Joe: Retaliation

23. After Earth

24. Evil Dead

25. The Host




Dalam banyak2 movie ni, yang paling nak tengok pun takat Iron Man 3, The Wolverine ngan G.I. Joe Retaliation je la. Yang laen tu macam tak menarik minat untuk tengok kat wayang. Tengok movie yang download nak la. Keh3... Tapi movie Oz The Great and Powerful macam best gak. Beautiful Creatures lak, kalo tengok poster macam best. Tapi ntah la. Citer seram Evil Dead? Hhhmmm... Akan diberi pertimbangan.




p/s: nanti2 aku update senarai peserta Segmen Blogwalking Sampai Muntah by ReX lak.


Friday, January 4, 2013

25 Movie Terbaek 2012

Sepanjang 2012, ada banyak movie2 yang dikeluarkan. Ada yang terbaek. Ada yang so-so je. Ada yang tak menarik. Ada gak yang ntah hape2. Since kita dah menganjak ke tahun 2013, apa kata kita imbas balik antara movie2 yang terbaek 2012.


1. The Amazing Spider-Man

[Review blog di SINI dan SINI]


2. The Hunger Games



3. Skyfall

[Review blog di SINI]


4. The Avengers

[Review blog di SINI]


5. Prometheus



6. The Dark Knight Rises



7. Safe House



8. The Bourne Legacy



9. John Carter



10. Taken 2



11. World War Z

12. Total Recall

13. Django Unchained

14. The Expendable 2

15. Ghost Rider: Spirit of Vengeance

16. Wrath of the Titans

17. The Hobbit: An Unexpected Journey

18. Haywire

19. That's My Boy

20. G.I. Joe: Retaliation

21. This Means War

22. Hansel and Gretel Witch Hunters

23. The Watch

24. Battleship

25. Men in Black 3


[Klik untuk tumbesaran yang sihat]


Tapi kalo tak silap aku, ada gak movie yang blom tayang lagi tersenarai dalam list 25 movie top 25. Contoh nyer G.I. Joe Retaliation ngan Hansel and Gretel. Dua2 movie ni memang aku akan gi tengok kalo ada masa lapang. Planning awal2 ni. Kih3...


Sumber: IMDb


Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Masuk tahun baru, buka buku baru. Buku lama jangan dibuang. Sila simpan dalam drawer. Hehehe...

Orang update pasal tahun baru sumer pukul 12 tengah malam tadi. Tapi aku? La ni baru nak terkial2 nak taip ucapan tahun baru. Sebab tak sempat jarum jam tu tunjuk nombor 12, mata aku awal2 lagi dah terkatup. Nak sambut tahun baru dalam mimpi kata nyer.

Apa pun, semalam aku dah up entri wrap up tahun 2012. So ari ni aku just nak wish Selamat Tahun Baru 2013. Tak lama lagi masing2 akan jadi tua setahun. Kalo yang lahir 1 Januari, tahniah. Korang dah tua setahun. Keh3...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...