Sunday, October 31, 2010

Mengelakkan diri daripada perokok tegar



Sebelum ni aku ada wat entri pasal iklan anti merokok kan. Hari ni, still on the same topik, iaitu berkaitan dengan perokok dan kegiatan merokok nyer. Cuma kali ni, aku akan membantu korang untuk macam mana nak mengelakkan diri daripada perokok tegar mahupun tak tegar. Aku ada beberapa tips yang mungkin bole membantu kepada sape2 yang tidak mahu menjadikan diri nyer sebagai secondary smoker.


1. Kalo korang tengah berbual ngan member2, pastu tiba2 yang sorang tu kuarkan rokok, apa kata korang pau rokok dia 1 atau 2 batang. Walaupun korang jenis yang tak merokok, korang cakap je, "aku nak simpan, nak merokok kat rumah nanti". Lakukan langkah ini setiap kali dia kuarkan rokok time bersembang ngan korang. Nescaya dia akan bertaubat untuk tidak lagi merokok depan korang, dek nak jimatkan rokok dia daripada disebat oleh korang. Hehehe...


2. Kalo diorang duduk berhampiran korang sambil merokok diri mereka, apa kata korang mengambil inisiatif untuk memberikan ceramah kepada mereka. Tajuk ceramah "Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Kita". Lagi bagus kalo korang siap prepare gambar lagi sebelum memulakan sesi motivasi tersebut. Confirm la perokok tersebut akan rasa insaf lalu tak lagi merokok. Pahala tuh... Paling koman pun, korang dapat penampar sebijik dan diorang start rasa menyampah ngan korang, lalu mem"blah"kan diri diorang dariapada korang.But still, objektif korang untuk mengelakkan diri daripada perokok tegar telah tercapai.


3. Ni ada lagi satu langkah yang agak bagus gak. Tengah sedap2 si perokok tu sedang menghisap rokok beliau, apa kata korang ajak dia hidu gam. At least takde la nak terhidu asap2 rokok dah. Cuma tukar tabiat buruk yang satu ni ke satu lagi tabiat buruk yang baru. Hehehe...

4. Kalo ada je ada orang yang tengah merokok, duduk atau lepak dekat2 ngan korang, ni ada lagi satu teknik yang agak KILLER gak la untuk diorang. Bukan stakat perokok je, yang bukan perokok pun akan menjarakkan diri diorang. Apakah teknik itu? Jeng jeng jeng...


Tak bubuh gambar orang, takut kena saman. Kalo letak gambar binatang, takde la nak takut kena saman...


Yeeeeaa... KOREK HIDUNG... Ni confirm la orang aku tengok korang dengan muka yang menggelikan. Tapi kalo still ada yang wat dunno je, still bole improve kan teknik ni. Kepada yang wat dunno tu, korang korek idung korang, pastu korang jentik2 kan sket kat orang tu. Kalo jentik sket2 tak mau, korang jentik banyak kali sampai dia blah...


Amacam? Nice tak idea aku? Terbaeekk tak? Hehehe... Yang penting, kalo korang buat yang langkah ke-4 tu, confirm korang akan dilabelkan sebagai seorang yang PELIK. Dan mungkin akan jadi popular di kalangan regular customer dan tuan punya kedai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...