Tuesday, February 5, 2013

Perkara yang Lelaki Harap Perempuan Tahu

*bukan hanya untuk pasangan suami isteri atau couple

1. Masa bergerak pantas untuk lelaki

Kalo lelaki tengah buat something yang dia sker seperti bersukan, maen game atau pun melepak ngan kawan2, masa memang bergerak pantas. Rasa macam sekejap je, tapi rupa2 nyer dah sejam. So kalo diorang terlupa sms korang, bukan la sebab dia lupa. Tapi sebab masa bergerak pantas untuk lelaki. Haha... Macam tak relevan lak apa yang aku cakap ni.


 [Kalo tengah tengok bola, pastu game lak syok, memang lupa pasal masa]


2. Lelaki suka shopping dengan korang... Sometimes...

Sebenar nyer lelaki sker je teman korang pergi shopping. Korang ingat lelaki tak sker shopping? Kadang2 diorang lagi dahsyat shopping. But then again, bukan selalu la. Kalo tiap2 hari ajak gi shopping, pastu berjam2 lak, memang kejang lutut teman korang shopping.


3. "Akulah pelawak nombor 1 di hati anda"

Lelaki ni kadang2 kompetitif tak mengira tempat. Tengok wife atau awek sendiri gelak kat lawak orang laen pun, dia rasa tak senang. Kalo bole, dia nak korang hanya gelak kat lawak yang dia buat je. Mampuih pi la lawak tak kelakar ke, lame joke, sila la gelak kalo teman korang buat lawak. Aku pun rasa seronok bila wife aku gelak bila aku buat lawak.


 [Kalo Jozan buat lawak sekali pun, sila jangan gelak. Bole?]


4. Paras rupa korang bukan segala2 nyer

Perempuan slalu ingat yang lelaki cuma sker perempuan cantik je. Well, tak semesti nyer. On some occasion, benda tu mungkin la btol. Tapi bila nak into relationship, paras rupa bukan la segala2 nyer. Banyak lagi ciri2 laen yang boleh membuatkan seseorang lelaki itu tertarik ngan korang.


5. Lelaki pun sker menghadap cermin

Kalo perempuan sker menghadap cermin, belek2 tudung dan sebagai nyer, lelaki pun 2 kali 5 gak. Kadang2 jumpa cermin, belek rambut dlu. Btol kan spek mata dlu. Lelaki metroseksual dah ramai skang.




6. Lelaki sebenar nyer jenis tak kesah

Korang sebenar nyer tak perlu berhias berjam2 semata nak keluar ngan husband atau teman lelaki korang. Sebab lelaki adalah spesis yang tak kesah sangat dengan sumer tuh. Cukup sekadar tak nampak selekeh. Pakai t-shirt ngan seluar jeans pun diorang tak kesah.


So, apa pendapat korang?


15 comments:

Admin said...

lelaki ini -anuar zain

Bunda_nora said...

bunda datang

dariilhamkehati said...

saya suker , saya suker , CP share kat FB , hahaha , part yang lawak ngan ngadap cermin tuh ~

tapi kan , perempuan nih mekap bukan tuk lelaki suker jer , dye saje nak puaskan hati sendiri

LydSunshine said...

Pendapat aku, entry ni sgt jujur. Tapi no 6 tu tak semua lelaki mcm tu tau. Ada jugak yang memang kisah dengan penampilan pasangan dia. Lagi vogue perempuan dia, lagi dia bangga. Lagi ramai org lelaki pandang pasangan dia, lagi dia bangga. Ada tau lelaki camtu. Aku penah kenal org camtu.

Unknown said...

ini semua fakta bukan auta..hehe

puteri kasih said...

memang perempuan wajib tahu semua benda ni..haha

MalizaMah said...

jarang jumpa lelaki suka tgk cermin. hmmmmmmm

Anonymous said...

iyee keee...iyee kee ? hihi

fyna said...

errr.. *kelip2 mata*

vanilla said...

hahahah....poyo2

aswadz said...

@phat: hehehe...

@bunda: mekaseh sudi datang melawat...

@CP: wahh, siap share kat FB lagi.

@lyd: hehehe... tp aku x kesah pun ngan bini aku. sbb aku pun selekeh je. nnt x padan lak kalo bini lawa sangat.

@kaishin: tepat skali...

aswadz said...

@puteri: kan2...

@leeza: diorang kerap, tp x lama. kadang2 kalo jalan sebelah kereta tgh parking, confirm diorang akan pandang cermin kereta utk tgk rambut diorang.

@deqja: iye...

@fyna: hehehe...

@vanilla: ini sumer poyo...

Fatin Diana said...

no. 5 tu macam pelik je. betul ke?

aswadz said...

@dianaa: btol je. tp xde la sampai ada cermin kecik mcm yg perempuan slalu ada tuh.

norainKULAIJAYA said...

aku x kesah mana2 pun aku terima..yg dh ada dpn mte tu kita trme je ape kkurangan dy..xsemua oag sempurna dlm dunia..so aku trme je bf aku skrg ny wlu pn htm manis oag nye agk mnje i like..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...