Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Sunday, June 23, 2013

Ros Chalet Cameron Highlands

Berbalik kepada kisah aku pergi Cameron Highlands hari tuh yang dah lama tertunggak, hari ni aku membuat mukadimah dengan up entri tentang dekat mana aku tinggal kat sana. Murah. Dekat dengan kawasan bandar. Bole dikatakan tengah2 antara Tanah Rata dengan Brinchang. So korang nak pergi kedua2 tempat ni, tak la jauh sangat.


ros chalet, cameron highlands, tanah rata, taman sedia


Ros Chalet ni terletak kat Taman Sedia, Tanah Rata. Kalo korang daripada Brinchang nak ke Tanah Rata, confirm korang akan nampak signboard Taman Sedia besar2. Tak pun korang cari je signboard Hotel Iris. Tempat masuk dia sama je. Apa yang best kat Ros Chalet ni, Strawberry Farm depan chalet je. Rasa2 malas nak pergi jauh2, sila menapak sendiri menyeberangi jalan yang confirm, tak banyak kereta lalu lalang (sape yang pernah pergi mesti faham apa aku cakap).


ros chalet, cameron highlands, strawberry farm, tanah rata, taman sedia


Dah2. Mari kita terjah lak interior design chalet nih. Sebenar nyer dekat Ros Chalet ni ada banyak bilik. Bilik single, double. Bilik yang ada banyak bilik aka rumah pun diorang ada. So kalo korang nak bawak satu family, bole la datang menginap kat sini.


ros chalet, cameron highlands, tanah rata, taman sedia


ros chalet, cameron highlands, tanah rata, taman sedia


ros chalet, cameron highlands, tanah rata, taman sedia
[Kolam ikan pun ada]


Actually aku nak tangkap gambar dalam bilik. Tapi sampai2 je terus landing atas katil, memang tak snap dah la gambar bilik. Sebab dah berselerak kan. Nak mengemas nyer malas. Hahaha... Bilik dia ok la bagi aku. Cuma takde aircond atau kipas. So kalo agak2 korang datang time musim kemarau, sila bawa kipas sendiri. Tak pun bila rasa panas, sila jirus badan ngan air sebab air confirm sejuk... Sejuk tahap bole menggelupur.

Ros Chalet ni bukan takat ada bilik yang ada banyak bilik untuk keluarga yang ramai. Tapi diorang pun ada tempat untuk buat barbeque. Kot2 la korang malas nak kuar makan malam sebab nak makan malam kat sini pun satu hal. Kalo bawak ramai ahli keluarga, lagi leceh. Jadi kalo malas, barbeque la korang kat belakang chalet. Siap ada sungai lagi.


ros chalet, cameron highlands, tanah rata, taman sedia
[Nampak sungai? Oooo... Nampak aku je ye]


ros chalet, cameron highlands, tanah rata, taman sedia
[Tempat barbeque]


Harga pulak, kalo bilik yang ada 1 queen bed yang macam aku duduk tuh, harga dalam RM 80. Harga yang laen tu aku tak tau la pulak. Tapi kalo korang rasa berminat, korang bole call 05-4912787 untuk bertanya khabar atau nak buat tempahan.


17 so full of themselves :

.::: Princess MOMOY :::. said...

uhu..mana stoberi nyer. kata nak bagi sebakul

vanilla said...

boleh laa

Rosmiza Ali said...

Terima kasih bagi info ni.. Tak pernah sampai oun Cameron Highland ni.. Nanti ada rezeki bolehla gi cari chalet ni.. :)

Sop said...

menaik juga tempat tu :)
murah pula
nice sharing

azman/santai said...

wah.. menarik.. belum pernah sampai cameron highland lagi.. rasa macam nak bawak family gi sana le pulak

aisya said...

pernah g sekali cameron tp bukan utk jalan2.. nak ambik sampel kajian punye pasal.. tak sempat nk g mane2.. huhu.. g lain kali boleh la kot kalau nk try menginap kt sini.. =)

LydSunshine said...

Pegi cameron lagi? Ketagih ni. Aku pun suka gi cameron. Rasa nak gi lagi cuma tak tau bila ada masa.

Chalet ni kalo 80 hinggit kira okay la. Ekon mmg takde kan kat sana?

farid salleh said...

info yang berguna... Tak tau pon ada chalet kat area tu... hahaha

puteri kasih said...

kalau lain kali puteri gi cameron leh la puteri cari chalet ni :)

Kenit Cinonet said...

hurmm lamanya dah tak pegi bercuti ....actually, tak penah gi pun ekekeke.

hana hadi said...

waah bestnya chalet ni

Botak said...

tahun lepas aku pi sana panjat gunung irau., cuaca kat sana bukan dah sejuk ke? orang tak siuman je yang nak ekon dalam bilik..

aswadz said...

@momoy: ada aku janji ek? hehehe...

@vanilla: hehehe...

@rosmiza: insyaAllah ada rezeki tu nanti.

@sop: mekaseh.

@azman: silakan...

aswadz said...

@aisya: sambil amek sampel, sambil berjalan2 kan. hehehe...

@lyd: chalet tu xde. apartment parkview tu ada je aircond.

@farid: kat area kawasan ni ada byk chalet.

@puteri: pastu sebut nama aku. kot2 la dapat diskaun. ahakz...

@kenit: hehehe...

aswadz said...

@hana: kann...

@botak: x tentu gak. kalo malam sejuk la. tgh hari tu, ikut cuaca gak.

vanilla said...

apartment parkview ada ekon ke? xde kannnn

aswadz said...

xde gak ek. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...