Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Wednesday, February 27, 2013

Paperman - Filem Pendek Disney

Pagi2 bukak blog kejap sebab rasa macam dah lama aku tak bukak blog. Rupa2 nyer memang dah lama aku tak bukak. Ada la dalam seminggu setengah (gaya bercakap macam dah berbulan2 tak bukak blog). Godek2 blog kejap, pastu ternampak satu entri menarik perhatian aku kat widget Busuk.org. Terus aku terjah.

Entri daripada blog Sinema.my yang share pasal satu filem pendek yang dibuat oleh Disney yang bertajuk Paperman. Siap menang Oscar lagi. Tapi memang patut menang pun. Best filem pendek. Rasa terkesan pun ada. Tu yang sampai nak share kat blog aku nih. Jom tengok.




Actually apa yang aku tengok mula2 adalah yang original. Video selama 6 minit. Aku ada share yang original nyer tadi, until Cik Aien komen yang video dah kena remove. So aku rasa Disney mungkin dah mintak YouTube remove video tu kot. So yang aku bole share kat sini trailer dia je la.


Sunday, February 17, 2013

Hansel & Gretel - Witch Hunters

Sudah2 la entri pasal Cameron Highland. Kita break kejap. Korang pun mesti bosan sebab asyik baca benda yang lebih kurang sama. Hari ni kita berubah angin sket. Hari ni nak buat review movie lak setelah 2 bulan tak turun panggung wayang. Punggung pun jadi panas. Tak sabar nak tengok wayang kata nyer.




Aku dah pernah cakap kot yang movie Hansel & Gretel ni aku confirm akan pergi tengok. Jadi ari tuh, aku ngan wife aku pergi la tengok. Dia yang ajak tengok sebenar nyer. Macam movie2 seperti Snow White and the Hunstman ngan Mirror Mirror (dua2 pun dari citer Snow White), movie Hansel & Gretel - Witch Hunters ni pun diolah semula daripada citer kanak2 Hansel & Gretel.

Bermula dengan babak kena tinggal ngan bapak diorang kat tengah2 hutan, Hansel dan Gretel terjumpa dengan sebuah rumah yang diperbuat daripada coklat. Rupa2 nyer rumah ahli sihir jahat yang akhir nyer tangkap diorang dan dikurung. Jadi buruh kasar lak untuk "kilang" buat coklat ahli sihir tuh. Sampai satu tahap, diorang tak tahan lalu bunuh ahli sihir tu dan terus melarikan diri. Mulai saat itu, diorang nekad untuk menjadi witch hunter. Okay, takat tu je sinopsis aku. Malas lak rasa nyer nak citer panjang2.




Movie ni best. Aku memang focus sepanjang tengok citer ni. Mata fokus. Tangan ngan mulut pun fokus. Tangan fokus masukkan popcorn ke dalam mulut. Mulut fokus untuk mengunyah. Memang sedap popcorn citer nih. Berbaloi kalo korang nak tengok kat wayang.




Saturday, February 16, 2013

Cameron Highlands - Cactus Point

Sambung balik entri pasal Cameron Highlands ari tuh. Asyik menyimpang je aku nih. Ehem... Lepas abes je lawatan sambil belajar kat Boh Sungai Palas, terus pergi Kea Farm. Tempat jual barang2 buah-buahan, sayur-sayuran dan segala macam jenis tanaman lagi la. Yang penting, fresh dan terbaek dari ladang teh. Masa on da way tu (menuju ke Tanah Rata semula), memang rasa bersyukur sangat sebab kitorang keluar awal. Jalan dari Tanah Rata ke Tringkap (ke arah Boh Sungai Palas). Pasal apa? Sebab jalan jadi jammed giler ke arah sana. Sumer nak gi Sungai Palas ler tuh.

Satu benda pasal Kea Farm ni yang aku menyampah adalah parking. Susah nak cari parking. Kalo time cuti nih, lagi la teruk. Tepi jalan pun penuh. Last resort, parking kat Cactus Point dan pandai2 la menapak ke Kea Farm tuh. Naseb baek cuaca sejuk. Kalo panas, shopping la anda sambil berpeluh2. Gambar Kea Farm takde sebab masing2 sibuk membeli belah. Hehehe...


Parking kat Cactus Point tapi tak singgah memang tak sah. Letak barang, terus masuk Cactus Point. Niat hanya satu. Nak bergambar. Ekekeke... Beli nyer tak. Bergambar je reti. Ish3... Hahaha... Takde la. Ada je kitorang beli. Tapi bukan aku la yang punya. Sape yang minat ngan pokok cactus ni, bole la singgah sini. Ada macam2 variety. Cactus berduri, tak berduri (ada ke?), yang eww-eww dan cactus-bukan-cactus (pokok bunga) pun ada.


[Demo untuk tunjuk yang cactus itu tajam]


[Cuba teka cactus mana yang aku cakap eww-eww tuh]

[Yang ni bukan cactus ye]


Thursday, February 14, 2013

Spontaneous Thursday #7

Ari ni Valentine's Day?
Tak.
Tak sambut.
Aku ngan bini aku, hari2 pun Valentine's Day.
Jap.
Nak godek2 entri lama.
Sah.
Tak pernah tulis entri pasal Valentine's Day.
Tak dapat nak recycle entri.
Kih3...


Wednesday, February 13, 2013

Wordless Wednesday #19



Tuesday, February 12, 2013

Cameron Highlands - Boh Sungai Palas

Dengan konon2 nyer banyak benda nak explain, entri ni aku darab bahagikan entri ni kepada beberapa part.

Dah banyak kali aku cakap aku nak up kan entri pasal Cameron Highland ni, tapi tak up2 gak sebab aku perasan aku busy tapi sebenar nyer malas. Kalo diikutkan, percutian ni panjang sebenar nyer. 3 hari 2 malam. Tapi sebab banyak dalam kereta sebenar nyer, jadi percutian yang btol2 bercuti cuma sehari je. 1st day tu sampai Cameron Highland pun dah malam.




First thing in the morning (hari kedua dah ni), bergerak ke Boh Sungai Palas dlu. Waktu buka pukul 8.30 pagi. Tapi pukul 8.20 kitorang dah sampai. Terpaksa tunggu depan post keselamatan sementara tunggu pak guard dia bagi masuk. Takpe2. Kitorang memang sker tunggu menunggu ni. Sabar tu kan separuh daripada iman. Selaen daripada kitorang, ada la lagi 2-3 family. Diorang pun macam kitorang. Penyabar. Tepat 8.30 pagi, guard tu bagi je kitorang masuk, terus turun handbrake, masuk gear, tekan minyak dan pecut 110 20-30 km/jam sebab jalan dia kadang2 sempit dan banyak bonggol.




Sampai2 je kat destinasi yang dituju, awal. Memang awal. Pekerja2 dia pun ada yang still tengah menyapu. Nampak anjung kat belah kanan gambar tu. Yang sedikit menjulur keluar daripada bukit tuh? Tu tempat jin bertendang menjamu selera. Tapi sebab mungkin masih awal lagi, diorang tak bagi masuk lagi. Mungkin pekerja dia tak sempat petik dauh teh untuk buat minuman customer. Kek daripada Secret Recipe pun tak sampai lagi. Mak cik jual nasi lemak 50 sen pun tak datang lagi untuk letak 50 bungkus sruh diorang jual dengan RM bape ntah.




Enjoy pemandangan dlu. Untuk pengetahuan korang, tempat parking ada dua. Satu kat kaki bukit, btol2 sebelum naek bukit ke kedai nih. Satu kat atas bukit ni. Kalo rajin, bole la park kat bawah. Pastu berjalan naek ke atas sambil menikmati pemandangan ladang teh yang menghijau sambil mencium aroma teh yang menyegarkan. Sebagai pelancong yang sabar menunggu daripada tadi, memang sah2 kitorang terus parking kat atas.


Selaen daripada tempat lepak2 sambil minum teh dan mentekedarah, Boh Sungai Palas ni pun ada menyediakan kedai untuk korang beli macam2 produk teh. Macam2 perisa ada jual. Kalo korang jalan ke belakang sket, ada jumpa kilang proses teh. Korang bole masuk sebab dia ada sediakan laluan untuk pelawat yang berminat nak tengok macam mana daun teh diproses.


[Replika mesin pengisar]


[Kalo aku tak mention tangan kat belakang mesin yang dah macam robot tuh,
mesti korang tak perasan kan]


Lepas korang dah abes lawat kilang proses teh ni, bole la drop kan komen korang kat logbook dia. Pandai2 la korang cari. Aku lupa lak nak snap yang nih. Yang ada gambar ni je.


[Gambar kredit to adik ipar aku]


Sunday, February 10, 2013

Selamat Tahun Baru Cina

Tepat pukul 12 tengah malam ni, bingitlah suasana dengan bunyi mercun pong pang di sana sini. Memecahkan keheningan malam. Selamat Tahun Baru Cina.




Ingat lagi entri yang INI? Okay. Gambar dah ada. Tapi tangan ini masih malas nak menaip entri untuk tujuan tersebut. Hehehe... Maklum la. Cuti2 panjang gini, kadang2 rasa malas nak online. Dengan internet pun kejap2 okay kejap2 tak berapa btol. Mengalahkan chipsmore gaya nyer. Tapi insyaAllah dalam masa beberapa hari ni, aku akan update. Ni tengah menyusun2 gambar ikut urutan nih. Keh3...


p/s: bunyi mercun kuat sangat malam semalam sampai aku ingatkan bebudak ni main mercun dalam halaman rumah aku je.

Tuesday, February 5, 2013

Perkara yang Lelaki Harap Perempuan Tahu

*bukan hanya untuk pasangan suami isteri atau couple

1. Masa bergerak pantas untuk lelaki

Kalo lelaki tengah buat something yang dia sker seperti bersukan, maen game atau pun melepak ngan kawan2, masa memang bergerak pantas. Rasa macam sekejap je, tapi rupa2 nyer dah sejam. So kalo diorang terlupa sms korang, bukan la sebab dia lupa. Tapi sebab masa bergerak pantas untuk lelaki. Haha... Macam tak relevan lak apa yang aku cakap ni.


 [Kalo tengah tengok bola, pastu game lak syok, memang lupa pasal masa]


2. Lelaki suka shopping dengan korang... Sometimes...

Sebenar nyer lelaki sker je teman korang pergi shopping. Korang ingat lelaki tak sker shopping? Kadang2 diorang lagi dahsyat shopping. But then again, bukan selalu la. Kalo tiap2 hari ajak gi shopping, pastu berjam2 lak, memang kejang lutut teman korang shopping.


3. "Akulah pelawak nombor 1 di hati anda"

Lelaki ni kadang2 kompetitif tak mengira tempat. Tengok wife atau awek sendiri gelak kat lawak orang laen pun, dia rasa tak senang. Kalo bole, dia nak korang hanya gelak kat lawak yang dia buat je. Mampuih pi la lawak tak kelakar ke, lame joke, sila la gelak kalo teman korang buat lawak. Aku pun rasa seronok bila wife aku gelak bila aku buat lawak.


 [Kalo Jozan buat lawak sekali pun, sila jangan gelak. Bole?]


4. Paras rupa korang bukan segala2 nyer

Perempuan slalu ingat yang lelaki cuma sker perempuan cantik je. Well, tak semesti nyer. On some occasion, benda tu mungkin la btol. Tapi bila nak into relationship, paras rupa bukan la segala2 nyer. Banyak lagi ciri2 laen yang boleh membuatkan seseorang lelaki itu tertarik ngan korang.


5. Lelaki pun sker menghadap cermin

Kalo perempuan sker menghadap cermin, belek2 tudung dan sebagai nyer, lelaki pun 2 kali 5 gak. Kadang2 jumpa cermin, belek rambut dlu. Btol kan spek mata dlu. Lelaki metroseksual dah ramai skang.




6. Lelaki sebenar nyer jenis tak kesah

Korang sebenar nyer tak perlu berhias berjam2 semata nak keluar ngan husband atau teman lelaki korang. Sebab lelaki adalah spesis yang tak kesah sangat dengan sumer tuh. Cukup sekadar tak nampak selekeh. Pakai t-shirt ngan seluar jeans pun diorang tak kesah.


So, apa pendapat korang?


Monday, February 4, 2013

Pemandu, Kereta dan Tabiat #13

Tanggapan Positif

Just gatal2 nak tahu. Apa tanggapan positif korang bila:


1. Kereta kat depan korang memandu dengan perlahan. Perlahan giler...

2. Kereta korang kena potong dengan kereta yang dipandu dengan laju. Laju giler.


Tanggapan positif ye. Tanggapan negatif sumer orang tahu apa dia. Tak payah nak share2 dah. Nak tahu tanggapan positif aku? Ni dia.


1. Mungkin pemandu ni ada trauma sebab pernah terlibat dalam kemalangan kot.

2. Mungkin bini dia dah nak bersalin.


Yang nombor 2 tu, tak kira pemandu tu sorang ke berdua ke, aku tetap anggap bini dia nak bersalin. Kalo pemandu tu perempuan, "owh, dia dah nak bersalin kot". Hehehe... Korang lak macam mana?




Saturday, February 2, 2013

Poll - Azam 2013

Ehem... Ari ni aku blur nak update pasal apa. Free time ada. Tapi tak tahu nak update pasal apa. Dalam tak tahu nak update apa, aku ingat nak update je pasal poll yang aku pasang sepanjang bulan Januari ni sempena menyambut tahun baru 2013.




Poll ni ada dua soalan je. Soalan pertama ni untuk selidik berapa orang yang dah berjaya mencapai azam diorang tahun lepas. Sebanyak 33% yang jawab diorang berjaya mencapai azam diorang. Mesti seronok budak2 ni sebab dapat mencapai azam diorang dengan jaya nyer. Yang 50-50 tu, kira bagus gak la walaupun tak semua azam dapat dicapai.




22% menyatakan yang diorang dah ada azam baru untuk 2013. 11% lagi diorang tak ada azam baru atau mungkin belum ada lagi, aku tak tau. Baki 66% lagi kata diorang tengah fikir azam apa diorang nak untuk tahun 2013. Jangan sampai nak dekat hujung tahun tengah fikir lagi azam sudah ler. Hehehe...

Korang yang tak sempat nak vote dalam poll ni, bole bagi komen korang kat ruangan komen, kalo sudi.


p/s: serius tak tau nak update apa hari ni.


Friday, February 1, 2013

Tamat Sudah Segmen Blogwalking Sampai Muntah by ReX



Segmen Blogwalking Sampai Muntah by ReX dah pun melabuhkan tirai nyer tepat pukul 12.00 tengah malam tadi. Harap takde yang muntah masa blogwalking ye. Hehehe... Terima kasih aku nak ucapkan kepada 19 orang blogger yang sudi join segmen ni. InsyaAllah aku akan selalu berblogwalking ke blog korang.


Senarai Peserta

7. Dianaa
9. Nenot
15. Hidayah
16. Faizal
17. Alisya
19. Muna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...