Saturday, January 28, 2023

Lost in Time

Lost in time.

Umpama blog aku. Hahaha... Orang dah pasca Covid-19, last post aku still pasal cucuk vaksin. Tu pun bukan dose booster. Hahaha lagi sekali.

Tapi itu la. Lama sangat tinggal blog, sampai tak tau dah nak mula dari mana. Nak tunggu dapat idea, last-last jadi macam gambar kat bawah ni.

 

 

End up, macam ni je la post pertama aku untuk tahun 2023 ni.

Btw, selamat tahun baru 2023 semua.

 

Saturday, August 28, 2021

Lengkap 2 Dos Vaksin

Lama dah tak update blog. Gambar raya tahun lepas pun tak up. Hahaha... Bukanlah nak kata tinggalkan dunia maya. Blogwalking selalu. Tinggalkan komen kadang-kadang. Update blog jarang-jarang.  Kebetulan hari ni ada masa lapang sikit. Kali ni saja je online nak bagitau. Baru je Khamis lepas aku dah lengkap 2 dos vaksin. Dapat vaksin Pfizer. Alhamdulillah, simptom tak teruk. In fact, 1st dos boleh dikatakan takde simptom langsung, selain daripada lenguh tangan. 2nd dos lenguh tangan tu lama sikit. Badan pun ada rasa lemau-lemau. Rasa nak lepak chill je 24 jam.

Korang dah settle vaksin?


[1st dose]


[2nd dose]


p/s: 2nd dose baru ada proper prop. baru dapat budget untuk printing kot.
 
 

Friday, May 22, 2020

Selamat Hari Raya

Masih mempunyai kesempatan nampak nyer untuk aku update blog. So sempat la wish Hari Raya kat korang. Since sambutan raya tahun ni kita kenal amalkan norma baru, social distancing dan juga tak boleh kampung, nampak agak kurang meriah lah sambutan tahun ni. Nak sambut meriah-meriah pun, risau juga tentang penyakit Covid-19 ni. Jadi better berwaspada sebelum terkena.

Tahun ni aku dan family aku just beraya bertigalah nampaknya. Mujur ada family, at least meriah juga la sambutan. Kalau bujang, tentu asyik dengar lagu "Dendang Perantau", main ulang-ulang sambil melayan perasaan.

Raya korang tahun ni pula macam mana?





Monday, May 11, 2020

Salam Ramadan Kareem

Assalamualaikum semua.

Lama dah tak berblogging. Dah setahun setengah tinggalkan dunia penulisan blog. Kekurangan masa. Kekuarangan idea juga barangkali. Ada beberapa draft yang aku pernah tulis dulu. Tapi dah obsolete sebab lama sangat kena peram. Hahaha... Ni pun since satu dunia kena serang dengan pandemik Covid-19, baru la ada sedikit masa terluang untuk update blog since banyak task (kerja, personal, freelance, etc) berjaya di settle kan.

Tujuan aku menulis ni pun, sebenarnya nak wish korang semua, Selamat Menyambut Ramadan Kareem dan selamat berpuasa.




Masa bulan yang baik dan penuh berkah ni, marilah sama-sama kita doakan supaya Malaysia cepat bebas daripada pandemik Covid-19 ni. Actually, selain daripada berniaga online dengan wife aku (Rexylla, boleh refer facebook page kat sidebar aku), aku dengan team aku ada create studio untuk develop motion graphic. Youtube channel pun ada. Yang ni akan aku cerita kemudian (janji yang belum tentu ditepati, kih3...). Apa pun, korang boleh layan dulu video yang kitorang create sempena menyambut bulan Ramadan kali ini. Enjoy.




InsyaAllah kalau ada masa, akan aku update lagi.


Saturday, September 22, 2018

Laju Tak Ke Mana Pun



Bila korang terserempak dengan kereta yang bawak laju giler.
Pastu potong kereta korang bagai nak rak.
Pastu korang jumpa balik dekat traffic light.
Kereta korang sebelah2 pulak tu.
Pernah tak korang terfikir nak angkat tangan sambil tersenyum dekat dia?


p/s: siapa pernah buat, angkat tangan. *angkat tangan


Thursday, August 30, 2018

Teh Tarik Ais

Since Nina dan Pha Is kata aku muncul just untuk ucap selamat hari raya, kali ni aku usahakan juga untuk post satu entri yang takde kena mengena dengan ucapan apa-apa. Tapi esok mungkin ucapan merdeka. Hahaha...

----------
 
Sampai kedai mamak, aku order teh tarik gelas.
Dia dengar teh ais (aku rasa la), pastu laju je dia blah.
Aku was2.
Aku seru dari jauh sambil buat gaya teh kena tarik.
Sampai2 teh tarik ais.

Nasib baik sedap.




Saturday, July 7, 2018

Wrap Up Raya 2018

Aku rasa macam dah lama tak letak gambar family kat dalam blog ni.
Dan aku pun bukan jenis suka bergambar sangat.
Tapi since baru lepas sambut Hari Raya kan.
So why not la up gambar sket kat sini kan.


hari raya, hari raya aidilftri
[My family]


hari raya, hari raya aidilftri
[The bigger family]


Tahun ni Raya belah family aku dulu di Kuala Kangsar. Raya ketiga baru balik belah Kelantan pulak. Hari pertama just melawat saudara-mara dekat2 je. Raya kedua baru pergi melawat saudara-mara area Ipoh lak. Bila dah penat melawat, masing2 dahaga nak minum air (walhal masing2 melantak banyak dah), so singgah la AEON Klebang Ipoh. Ni boleh dikatakan merangkap makan malam terus.


hari raya, hari raya aidilftri, aeon klebang
[2nd Syawal melepak kat AEON Klebang pulak]
 
 
Raya ketiga, lepas Subuh terus gerak balik Kelantan. Kalau gerak lambat2 nanti, ntah pukul berapa sampai nanti. Tapi alhamdulillah, rezeki hari tu. Jalan tak jem sangat. Raya keempat pulak terus gerak ke Marang Terengganu. Family day konon2 nyer.


hari raya, hari raya aidilftri, marang, terengganu
[Family Day di Marang, Terengganu]


hari raya, hari raya aidilftri, marang, terengganu


Tak banyak tempat pun kitorang pergi jalan2 kat Terengganu tu. Banyak masa habis kat mandi pantai, barbeque. Hari Raya kelima  tu sempat la pergi Pasar Payang dan Masjid Kristal. Pastu balik semula ke Kelantan. The rest, melepak kat rumah (ada la jalan sket2) sebelum balik Kulim.

Yang best nyer, Raya kali ni boleh layan World Cup jugak. Hahaha...


Saturday, June 30, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri (Edisi 2018)

selamat hari raya aidilfitri, hari raya, hari raya aidilfitri, eid mubarak


Hari ni baru rajin berkesempatan update blog.
So aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.

Asal nyer sebelum raya lagi nak update blog untuk ucap selamat hari raya.
Tapi family aku planning untuk melakukan gotong-royong besar-besaran sebelum raya.
Kemas rumah, cat pagar dan dinding pagar.
So belah siang memang tak sempat nak online pun.
Malam pulak rehat sambil tengok TV.


kad raya


Thanks Nina, untuk kad raya ni.
Lepas balik daripada cuti raya baru dapat kad ni.
Nasib baik tak basah kena hujan.
Terima kasih lagi sekali.

Next entri aku belanja gambar raya pulak.
InsyaAllah.

 

Wednesday, May 30, 2018

Perfume Giveaway by Rexylla

Sape ada akaun Instagram kat sini dan nak menang hadiah perfume, angkat tangan... Sempena bulan Ramadhan ni, and bulan Syawal pulak lepas tu (means Hari Raya lah), Rexylla buat satu giveaway untuk bagi perfume FREE. So kalau korang nak menang, sila la terjah Instagram Rexylla.


rexylla, giveaway, contest, perfume

Rexylla
Instagram: @rexylla
Facebook: Rexylla


Syaratnya mudah je. Follow Instagram diorang dan like gambar giveaway, tag 3 orang dan settle. Simple kan. Worth a try.

Jadi, selamat bergiveaway ye korang. Hehehe...

 

Thursday, May 24, 2018

At Last... 1st Entry of the Year

Hahaha...
Lama betul aku berhibernate kali ni.
Hampir setengah tahun dah ni.
Kalau lah blog ni bukan di alam maya, dah lama bersawang blog aku ni.

Okay, skip semua introductory.
Kalau nak aku kumpul wish tahun baru, cny bagai, memang panjang berjela la.
Belum ajak sembang pasal kerajaan bertukar lagi.
Cut it short, selamat berpuasa la ye.
Hehehe...

Ada banyak je benda nak cerita sebenar nyer.
Tapi sebab banyak sangat yang berkumpul, last2 lupa.
Kadang ada idea, tapi tangan ni tak gerak2 pun nak menaip.
Gitu lah al-kisahnya.

Ececee...
Takde lah.
Aku tak sempat pun nak berblogging.
Sempat singgah baca blog korang je.
Blog sendiri di anak-tiri kan buat sementara waktu.
Ni pun sebab time puasa tak boleh makan, boleh la curi masa sikit nak menaip.
Tu pun tulis merapu je ni.
Menaip sesedap hati, mengikut jari-jemari yang berdansa di atas keyboard.

Ok la geng.
Panjang jugak aku merapu ni.
Rasa nyer dah boleh hibernate another 5 month kot.
Hahaha...

Macam mana korang punya bulan Ramadhan kali ni?
Cuba la citer sikit...


Thursday, December 21, 2017

Procrastinate

Procrastinate = buat keje last minute

Dalam dunia blogging ni, maybe aku boleh jatuh dalam kategori procrastinate kot. Dah nak hujung tahun baru terkial2 nak update blog. Hahaha... Tapi jangan salah faham lak. Aku bukan jenis procrastinate tau dalam buat keje. Untuk blogging je. Sebab keje yang lain aku tak procrastinate, terpaksa la korban kan blog aku ni.

Menaip entri je la aku procrastinate. Baca blog korang, macam biasa je. I try my best ye untuk update pada masa akan datang. Tapi my best tu, mungkin makan bulan gak la. Kih3...

~ PROCASTINATION NEVER DIE ~


Tuesday, June 20, 2017

Selamat Hari Raya Aidiltri

Minggu ni minggu last puasa. Jadi amacam preparation korang? Maksud aku, preparation Lailatul Qadar korang. Bukan preparation raya. Huhuhu... Esok aku dah start cuti. Tahun ni turn balik Kelantan. So biasa nyer kalau balik Kelantan, memang aku akan balik awal sket sebab tak nak "sangkut" dalam kesesakan lalu lintas. Kalau anak aku dah sekolah nanti, mungkin time tu nak tak nak, kena menyumbang kepada kesesakan jugak la. So sementara tunggu yang itu, kita balik awal je la. Hehehe...




So, since Ahad ni pun dah Hari Raya (aku pun tak tau bila next post aku), aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin. Kepada yang kena drive jauh2 balik kampung, make sure check kereta korang supaya berada dalam keadaan tip top. Mana yang blom servis tu, gi la servis cepat2. Dan yang paling penting, drive hati2 dan jangan gelojoh ketika memandu. Ingatlah orang tersayang (dah macam iklan pulak).




Saturday, June 17, 2017

Gunting Rambut dan Masalah

Benda ni pernah jadi kat korang tak?
I mean guys la.




Pergi kedai gunting rambut.

"Potong rambut sikit je ye".

Bangla tu pi potong rambut aku sampai tinggal sikit.


Korang pernah experience benda yang sama tak?


Thursday, June 15, 2017

Raya Promotion 2017 by Rexylla

Sebelum aku terlupa, better aku up sket pasal promotion sempena Hari Raya Aidilfitri daripada Rexylla. Korang boleh stalk diorang punya Facebook page and Instagram (ID Rexylla). Kalau malas, kat sidebar kiri blog aku ada page Rexylla. Scroll terus kat situ untuk new update.


rexylla, raya promotion


Ada promosi sampai 50%. Nak tau apa dia, boleh PM terus Rexylla. Tak pun WhatsApp terus tanya. Mana berkenan tu, grab terus sementara masih ada stok. Jangan cakap abang tak payung pulak. Hahaha...



Sunday, June 11, 2017

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa

Hari ni dah masuk hari ke-16 kita berpuasa. Rasa nyer belum terlambat kalau aku nak wish selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa untuk tahun ni. Lagi separuh bulan je untuk kita kumpul pahala banyak2 dalam bulan yang mulia ni.


ramadhan, puasa


So macam mana puasa korang tahun ni? Aku? Alhamdulillah. Belum ada yang tertinggal. Hahaha... Daripada 15 hari berpuasa (tak termasuk hari ni), baru 3 kali aku pergi Bazaar Ramadhan. Tu pun kalau ikutkan, 2 tu tak patut kira sebab terpaksa. Satu sebab Khamis lepas, habis keje aku terus balik Kuala Kangsar. Nak tak nak kena singgah beli kuih untuk berbuka dalam kereta. Malas nak singgah RnR sebab confirm penuh. Satu lagi sebab balik Kuala kejap je, jadi hari Jumaat beli makanan kat bazaar je. Sabtu pagi gerak balik Kulim. 

Jadi yang sebenar2 nyer aku gi bazaar sebab nak pergi bazaar cuma sekali je. Big improvement tu. Jimat banyak duit dan mengelakkan pembaziran akibat rambang mata tengok makanan. Plus tahun ni aku rasa macam daya tarikan nak pergi bazaar tu dah kurang. Mungkin faktor usia kot. Huhuhu...

Korang lak macam mana? Banyak gi bazaar ke atau korang@pasangan korang memasak kat rumah je? Cer citer...


Saturday, April 29, 2017

Jawapan Teka-Teki

Soalan teka-teki yang aku bagi sebelum ni.
2 bulan baru nak muncul jawapan.
Hahaha...




Nak tau jawapan dia?




Tahniah la sape yang jawab btol tu.
Korang memang power.


p/s: faiz tanya, bila teka-teki seterusnya. aku jawab, 2 bulan lagi (tu pun kalau ingat). hehehe...


Tuesday, February 28, 2017

Teka-Teki

Apa benda yang dekat dalam ikan.
Dekat luar ayam.

Haaaaa...
Jawab2.


Tuesday, January 24, 2017

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Bagi yang menyambut CNY lah. Tahun ayam kata nyer. Yang tak sambut, selamat bercuti. Dan berhati2 di jalan raya mahupun di lebuh raya. Korang bila start cuti. Aku macam nak start dah ni. Huhuhu...


happy chinese new year, selamat menyambut tahun baru cina, cny, rexylla, promotion
[Happy Chinese New Year. Eh, ter"promote" pulak]



Saturday, January 21, 2017

Video Editing Services

Announcement!!!

Ecece... Saje je nak buat gempak sebenar nyer. Just nak bagitau yang skang ni aku berkecimpung dalam industri baru, iaitu video editing service. Lebih kepada part-time freelancer sebenar nyer. Bukan full-time pun. Hehehe... Kalau korang ada Instagram, boleh search "rexstudio17" atau klik je kat SINI. Lagi cantik kalau korang follow sekali. Hehehe...


rex studio, official logo, video editing, video editing services
[Official logo Rex Studio]


Macam kenal je gambar T-Rex tu. Hahaha... Kalau ada yang nak buat video, korang boleh contact atau WhatsApp aku (nombor ada tertera dekat IG). Antara service yang disediakan termasuk motion graphic, corporate video, gimmick dan lauching montage, product promotion video, logo reveal dan juga video teaser untuk perkahwinan, pertunangan dan sebagai nyer

Kalau korang ada buat bisnes secara online, korang boleh buat video untuk produk korang untuk tarik lebih banyak viewer. Jangan risau. Harga tak mahal mana. Bergantung kepada apa yang korang request la. Nak menarik lagi, untuk tahun pertama ni tak perlu bayar deposit. Korang boleh request video, tengok hasil dlu. Kalau puas hati baru bayar.


rex studio, video editing, video editing services, motion graphic, corporate video, logo reveal, product promotion, teaser



Kat bawah ni aku belanja video yang aku (dan team aku) buat untuk event yang office aku organize. Kalau nak video lagi, boleh scroll IG Rex Studio (rexstudio17).


[Ni video teaser untuk conference]


[Video opening dinner]


[Video gimmick logo]


[Video AJK and participant]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...