Sunday, October 23, 2011

Real Steel

Review daripada saudara Nasha Ain, ahli STA dan juga salah sorang penulis blog Tournumnet Revolution.


**********************************************************************************


Salam. Diminta, dipaksa dan terpaksa untuk menulis sedikit review tentang citer yang bagi aku best iaitu Real Steel. Tapi aku malas segiler2 nyer nak bagi review. Tapi di atas sebab banyak jasa Aswad kat aku, aku wat la review seperti yang dipinta. Macam biasa, aku start dengan serangkap pantun.


Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Tak leh tdo aku berhari-hari,
Kerana terpesona dek ke"best"an Real Steel yang tak kan hilang.




Hahaha... Memang bagi aku best la citer ni. Bagi motivasi self-esteem yang tinggi. Not bestest (hahah, takde perkataan ni) filem but among the best la. Ya, storyline dia memang la seperti ramai yang bagitau, agak cliche. Yup, memang sama je situasi. Sama je konflik. Namun apa yang hebat nyer, kita dapat merasai apa yang dirasa oleh robot bernama Atom. Sistem emosi yang diprojek oleh Atom untuk melahirkan rasa tidak pernah putus asa sememang nyer sampai terus dari mata turun ke hati kepada sesiapa saje yang menonton citer nih.




Wah wah... Gempak giler je aku bayangkan Atom tu. Hahaha... Tapi Hugh Jackman mainkan peranan penting menjadi medium untuk hidupkan suasana emosi umpamam pelengkap kepada makan nasi kerabu iaitu budu. Hahaha...

Atom tu nasi, pastu budak tu ikan celup tepung, aweks tu cam ulam2. Yelah, walaupun watak dia kecik tapi adegan dia menyengat gitu. Logik sebab awek tu bagi semangat kat Charlie dengan kiss nyer, telah membuang semangat2 jahat dalam diri Charlie keton (perkataan keton tu apa saudara Nasha?) membolehkan dia berhadapan dengan anak dia umpama ulam yang menghilangkan karbon2 yang kita amek semasa makan yang boleh membawa kepada kanser. Hehehe...

Aku memang bersetuju dengan kata2 penulis blog DramaticDurian apa kesombongan Charlie dipatahkan dengan penemuan Atom dan pengembaraan anak-beranak bersama sejarah Atom untuk ke WRB begitu mengujakan sehingga ada ketika kita yang tengok ni rasa macam nak je jadi robot macam si Atom. Cakap banyak tak guna dah. Nak sruh pembaca2 tengok pun tak guna dah. Hahaha...




So, apa lagi. Beli DVD, simpan buat koleksi. Yang penting, belilah DVD yang original. Hahaha... Untuk aku, aku bagi 4 dari 5 bintang. Hahaha... Banyak tuh. Aku harap ada part 2 dan improve la sket storyline ngan upgrade la Atom tuh. Ni dah kena tibai banyak kali pun boleh lagi. Hahaha...


---------- Salam Tinta dari FtG ----------


Rating:




**********************************************************************************


Where should we have lunch today? Papa John's Pizza, Grandmama's or Capricciosa?


**********************************************************************************

8 comments:

nash said...

weh keton tue name family die.. ko tk edit ke sket2...tu byk gile hahahahah dlm review tue mmg hahahah lah

aswadz said...

aku edit ejaan je..

smilenajah93 said...

singgah jalan2 sini :)

Unknown said...

best ke? nak download jab

nash said...

download jgn tk donload hehe weh as...mane janji2 ko...arinie dh depa dh

muse said...

masih belum berkesempatan lagi untuk tengok citer ni semalam full house plk kat pavillion..

Nur Intan Syafinaz said...

Real Steel SUMPAH BEST!!hahaha..mmg berbaloi ar tengok kat wayang! Budak kecik tu comel sangat!

aswadz said...

aku tnggu yg download je la. x dpt join member2 aku ajak dlu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...