Assalamualaikum (wahh, sopan lak aku hari ni). Hari dah masuk hari ke-12 kita berpuasa. Aku hari ni nak bukak topik pasal bazaar Ramadhan. Bukan nak sembang secara umum macam "apa itu bazaar Ramadhan (ada orang sembang pasal topik ni ke?)", "kenapa kena ada bazaar" mahupun "best nyer bazaar Ramadhan". Bukan2.
Puasa dan bazaar Ramadhan memang tak boleh dipisahkan. Bila masuk je bulan Ramadhan, sekelip mata banyak khemah terbuka. Juadah makanan pun bermacam2 jenis. Duit dalam poket pun laju je abes. Ingatkan time puasa jimat sket sebab makan sekali je time berbuka. Tapi last2 spend duit macam hari tu makan pagi, tengah hari ngan malam. Siap overspent lagi.
Sape yang slalu pergi bazaar Ramadhan, sila angkat tangan... Hahaha... Kita satu geng. Oleh sebab aku PJJ (bukan Pergi Jauh-Jauh ye) ngan wife aku, aku slalu la pergi bazaar cari makanan berbuka time dia takde kat umah. Slalu lepas abes waktu keje je, aku terus ke bazaar Ramadhan sebab aku lebih selesa pergi time tak ramai orang. Ramai tetap ramai. Tapi tak seramai time pukul 6 ke atas. Rimas aku kalo tempat tu crowded sangat.
Tapi mungkin atas faktor dah makin tua, aku rasa macam tak best je makanan kat bazaar Ramadhan nih. Sebab bila aku pergi je, aku selalu tak tahu nak beli apa. Macam tak menarik je lauk2 kat sana. Last2 lauk sama je yang aku beli. Kalo dlu, awal2 puasa, seronok nak cari makanan berbuka. Dah nak hujung2 baru tak tahu nak makan apa. Tapi skang, awal2 lagi dah tak tahu nak makan apa. Kang ada yang berbuka makan maggi je kang.
p/s: rindu masakan isteri...
16 comments:
Abis duit ler p bazar ramadan..Hehe
betul tue. konon2 bila g bazaar tak nak beli banyak tapi bila dah sampai pintu rumah, penuh tangan kiri kanan.
Assalammualaikum Aswadz, rupanya banyak lagi is lom tahu pasal engko daaaa. ada wife rupanya isk isk isk, kalau nak tahu bazaar ramadhan pun lom is masuk lagi tahun nie, kat situ ramai sangat orang, bohsia pun ramai tu yg is takut nak masuk hehehehe, anyway bazaar ramadhan memang best sebab ramai Melayu. Makanan memang semua sama je, kat sana ada apa yang special? sini ada murtabak king.
tadi baru p bazar ramadhan danau kota.. mcm2 bau ade..smua wat peroot lapa..hik2
tu la, keluar pergi bazar je, duit keluar laju je, yang tu pun nak beli, yang nie pun nak beli, tapi mat jo pun macam tuan rumah la, biar la pusing bazar banyak kali pun, last kali, beli benda sama je, he
ingatkan bulan puasa ni boleh jimat duit. tapi mcm lagi banyak je duit keluar. harga kat bazaar tu kdg macam takleh pakai je. huhu
selamat berbuka... hehehe
Teena baru jer g bazar malam tadi.
saya pun suke g bazar! tapi at last beli makanan kat kfc! haha
Aku selama puasa ni pun baru sekali je jejak bazar Ramadhan. Tak tau nak beli mender kalau pegi. Bestnya kat bazaar ni bila tengok awek pakai legging je, lauknya takda la best mana untuk ditengok.
saya lg bes sudah masuk tahun ke 5 tak ke pasar ramadhan. Macam2 nak elak, elak dari pembaziran, elak dari nafsu mata, lidah dan makan. Tahun ini masih bertahan lagi harap2 sampai Raya kot Insyallah
@airyn: kalo x jaga nafsu, mmg abes dah duit kat bazaar je.
@fyna: hehehe... btol tuh.
@firdaus: kat cni ada air katira. hehehe...
@norain: pastu membeli dlm keadaan perut lapar x sabar nak berbuka.
@mat jo: beli juadah yg sama je, sbb yg laen x menarik.
@aisya: tu la pasal. kadang2 lg mahal dari biasa.
@tedi: selamat berbuka.
@teena: gi bazaar belah malam?
@azi: hahaha... yg tu terbaek.
@sylarius: yg tu, sama ngan aku. keh3...
pjj ke? kesian nye. pindah la cpt duk dgn wife. :)
a'ah. nak wat camne. x jumpa keje yg sesuai.
@pak teh: 5 tahun ye. lama tuh.
Post a Comment