Wednesday, April 28, 2010

Kenape mesti sama?

Mesti anda tertanya2 kan apa yang tak sama? Hahaha... Sebenar nyer kalo nak diciter kan, hal remeh je sebenar nyer. Tapi saje je aku nak post kan sini sebab aku rasa annoy lak. Tiap2 ari terkena benda yang sama. Sebenar nyer macam ni, ada satu tempat parking ni, dalam kawasan tempat kerja aku. Tempat tu ada satu pokok. Memang kat situ je la yang ada pokok, tempat laen takde. Jadi, kat situ la tempat yang paling teduh kalo nak parking kereta. Kat sini takde parking kereta berbumbung. Hanya untuk motor je. So, kalo parking kat situ, memang kereta tak jadi panas sangat la kan. So, time nak kuar makan tengah hari atau waktu nak balik, nak masuk kereta pun tak yah la tunggu lama nak buang haba atau wap panas yang accumulate dalam kereta tu.






Yaa, itu lah dia tempat parking kereta yang menjadi pujaan hatiku. Tiap2 ari aku memang akan parking kat situ, kalo takde kereta laen yang dah park kat situ la. Maklum la, aku selalu datang awal kan. Jadi kadang2 takde kereta lagi yang parking kat situ. Yang kat sebelah dia tu (yang ada wira), pun pujaan hatiku gak. Tapi ari ni ada kereta dah park kat situ, so ari ni tak leh la nak park kat situ. Nak tau nape ari ni aku tak parking kat situ walaupun kosong? Macam ni citer nyer...

Once upon a time... Eh? Bukan2... Macam ni sebenar nyer. Pagi2 tadi bila aku masuk je perkarangan kawasan AMREC, memang aku dah rancang nak parking situ. Tapi elok2 je aku belok, aku tengok pak cik tu sedang dok sapu daun2 yang gugur kat situ. Kalo sapu je takpe la. Still aku bole parking kan. Tapi ni tak, dia dah siap parking "kereta" sorong dia kat situ. Ni bukan kali pertama la. Aku tak kisah sebenar nyer. Sebelum2 ni pernah je berlaku. Tapi ni dah 2-3 ari berturut2 ni. Asal aku datang je, dia mesti tengah sapu kat situ, siap parking kereta sorong dia kat situ. Tu yang aku annoy tu. Agak2 esok dia parking lagi tak "kereta" dia kat situ?

1 comment:

eEe...da said...

bkn anda bayar pn parking tuh..xpayah kecoh2..ilex la derr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...