Sunday, April 25, 2010

RON 95 mudah meletup bila kemalangan?

Apa yang aku bakal post kan ini masih belum diketahui kebenaran nyer. Namun just nak share ngan anda sumer tentang info yang aku dapat ni melalui emel SIRIM. Diforwardkan oleh orang laen kepada sumer ahli keje AMREC. Oleh itu, aku amek la kesempatan ini untuk share info ni. Sebagai mukadimah, RON tu bukanlah nickname kepada penyerang berbisa Manchester United iaitu Wayne Rooney, tetapi bermaksud Research Octane Number yang mempunyai urutan nombor RON 84, 87, 91, 92, 95 dan 97. Semakin tinggi nilai RON, semakin tinggi jumlah iso-octane yang terdapat dalam minyak tersebut (minyak dihasilkan daripada campuran iso-octane, toluene dan benzene). Di bawah ni, aku dah paste kan emel yang aku terima pasal RON 95 ni.


Kenape mesti gambar petrol pump Shell? Sebab aku isi minyak kat Shell. Simple kan...


"Assalamualaikum,

Akhir-akhir ini banyak betul berita kereta terbakar apabila berlaku kemalangan. Kadang-kadang kemalangan yang kecil dan kereta yang baru dan tidak diubahsuai pun terbakar. Adakah petrol RON 95 yang mula diperkenalkan di Malaysia pada Mei 2009 adalah salah satu punca kenapa kereta mudah terbakar bila kemalangan? Diharapkan ada kajian menyeluruh dilakukan terhadap fenomena yang berlaku ini.

Saya akui, saya tidak mengetahui secara lengkap formula minyak RON 95 Malaysia. Namun, sebagai ahli Kimia, saya boleh la membuat sedikit hipotesis mengenai kandungan RON 95 Malaysia.

RON 95 Malaysia pada amatan saya berbeza dengan RON 95 yang digunakan di negara Australia dan Eropah. Sebagai seorang ahli kimia, saya sangat biasa dengan bahan-bahan kimia. Pada amatan saya (maaf jika saya silap) RON 95 di Malaysia mengandungi kandungan benzena yang banyak.

Ini kerana semasa saya mengisi minyak RON 95, bau minyak tersebut lebih banyak berbau benzena. (saya biasa dengan bau benzena).... Jadi saya menjangkakan bahawa kandungan RON 95 Malaysia mempunyai benzena yang tinggi.

Benzena mudah terbakar

Benzena adalah sebatian kimia organik dengan formula molekul C6H6. Benzena tergolong dalam kumpulan hidrokarbon aromatik, tidak berwarna dan sangat mudah terbakar. Kadar flash point benzena ialah -11 darjah celcius.

Sedangkan unsur lain dalam minyak RON 95 iaitu octane, walaupun mudah terbakar namun tidaklah semudah benzena iaitu kadar flash point octane adalah 4.5 darjah celcius, manakala flash point toluene adalah 4 darjah celcius.

Ini bermakna, RON 97 kurang mudah terbakar daripada RON 95 kerana kadar benzena RON 97 adalah lebih rendah daripada RON 95 sebab mempunyai kandungan octane yang tinggi. Sedangkan RON 95, sangat mudah terbakar kerana mempunyai kandungan benzena yang tinggi.

Itulah hipotesis yang dapat saya lakukan...(jika tersilap saya mohon maaf kerana saya juga manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan)

Sekadar berkongsi... Wallahualam."


Bagi aku, aku setuju dengan pendapat beberapa orang yang turut memberi respond kepada emel ni. Yela, dah nama pun minyak. Mesti la terbakar. Kalo dah accident yang menyebabkan tangki minyak bocor, ditambah dengan kehadiran percikan api, tak ke terbakar minyak tu. Yela, zaman dah canggih. Dalam kereta macam2 benda yang berteknologi tinggi. Macam ada sorang tu komen, "bawah dashboard je dah berselirat wayar2 dan macam2 lagi". Jadi kalo dah accident, tak mustahil kalo wayar2 ini terputus dan menyebabkan "sparks". Dan apabila sparks ini bertemu dengan minyak, bukan nyer mereka akan jatuh cinta, tapi akan "KABOOM... KEBABOOOM!!"...

Jadi, apakah tujuan aku post kan benda ni kalo akhir nyer aku nak bangkang kan apa yang aku post? Takk... Tujuan aku sebenar nyer hanya lah untuk mengingatkan anda sumer untuk berhati2 ketika memandu di jalanraya. Kalo accident, silap haribulan bole meletup kereta anda. Itu lah tujuan sebenar nyer aku berkongsi info ini dan aku sendiri mengingatkan diri aku untuk bawak kereta secara berhemah.

Sebelum aku abeskan ayat untuk entri ni, aku kongsikan satu ayat dari salah sorang pengkomen emel ni. "Minyak tanah pun kalo kena spark bole terbakor, ini kan pula petrol yang ringan".

Sekian, terima kaseh...


p/s: ari tu nak amek borang untuk bonuslink kat booth shell (diorang setup booth btol2 depan kaunter nak bayar duit), last2 mak cik tu kata borang tu dah abes...




4 comments:

eEe...da said...

ida pon ada dpt emel nih..tp mls nak baca ayat pjg2..hikhikhik

aswadz said...

jadi ida bc abg nyer x?

eEe...da said...

tak gak...huhuhu

aswadz said...

laaa... bc la. utk pengetahuan am...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...