Tuesday, April 27, 2010

Jawatan kosong...

Tajuk entry ni tak bermaksud aku nak post kan jawatan2 kosong yang ada skang ni. Tapi cuma nak share sket maklumat pasal jawatan kerajaan. Ni pun aku terbaca kat utusan online. Jadi aku just nak copy and paste je, in case sape yang tak baca la kan.


"Banyak jawatan kosong tahun ini

IPOH 26 April - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan lebih banyak kekosongan jawatan akan berlaku berikutan kumpulan pertama kakitangan yang dilanjutkan tempoh perkhidmatan ke usia 58 tahun mula bersara pada Julai ini.


Pengerusi SPA, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri berkata, kekosongan tersebut merupakan sebahagian daripada lebih 50,000 jawatan perkhidmatan awam yang akan diisi sepanjang tahun ini.

''Tahun ini, pada bulan Julai mungkin kebanyakan mereka yang dilanjutkan perkhidmatan ke umur 58 tahun akan mula bersara, kita jangka ada banyak kekosongan jawatan berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Greentown Square, di sini hari ini."


Jadi, sape yang blom mendaftar ngan SPA ni, daftar2 kan la diri anda. Mana la tau, ada rezeki depa panggil untuk exam ke, interview ke...




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...