Sunday, April 18, 2010

UniMAP nyer akreditasi...

Dah lama tak berblogging yang panjang2, so ari ni nak lepas geram sebab ari je aku rasa aku akan free sebab after this, aku akan busy ngan keje aku. Pasal keje tu, aku akan ulaskan kemudian. Ari ni aku akan post 3 benda skali ari ni untuk membuktikan yang aku sedang lepas geram. Hahaha...

So, untuk posting yang pertama ni, aku akan menceritakan pasal akreditasi UniMAP dlu. Ni sumer gara2 Cik Zuraida mempersoalkan status universiti aku ari tu time berbual2 ngan aku. Ntah mana datang idea dia nak berborak pasal ni pun aku tak tau. Dia kata dia ada terbaca kat surat khabar kat kafe lombong dia tu, which is dia dah baca tak lama dlu. Dia kata dia tak ingat surat khabar apa, tapi aku rasa Kosmo! la kot sebab paper yang ni je ada membuat kenyataan yang fakta nyer TAK BAPE NAK TEPAT pasal akreditasi dan status universiti aku.

Tapi actually, aku sendiri tak bape arif nak citer kan pasal status akreditasi UniMAP ni. And apa yang aku faham ni, tak reti lak aku nak terangkan kepada anda sumer. Cuma yang aku tau, program kat U aku ni akan diakreditasi directly under Board of Engineer (BEM) dan bukan nyer Lembaga Akreditasi Negara (apa kelas LAN nak akreditasi kan). Jadi, kalo nak tahu lebih lanjut, layari lah http://akreditasiunimap.blogspot.com untuk informasi terkini. Jadi, apa yang sebenar nyer yang aku nak citer kan dalam posting ni?

Sebenar nyer, aku just nak higlight kan kesilapan wartawan Kosmo! tu yang TAK BAPE NAK BIJAK dalam menyelongkar dan mem"publish" karya beliau. Tapi it's ok. Human do make mistake. Even aku pun buat mistake. Bukan skali skala, tapi berkala2. Wahahaha... Ehem2... Ok, kembali kepada jalan yang benar untuk posting ini. Kat bawah ni aku highlightkan kesilapan artikel tersebut yang disiarkan dalam Kosmo! pada 15 Mac 2010 dengan tajuk "16 Program UniMAP Tidak Diiktiraf".


"
1. Terdapat beberapa fakta yang salah dalam artikel tersebut, iaitu:

i) Kewujudan UniMAP pada tahun 2001. Universiti ini mula dikenali sebagai UniMAP pada tahun 2007 dan bukannya 2001. Dahulu, ia dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) dan mula mengambil pelajar sulungnya pada JUN 2002. KUKUM juga tidak pernah “dinaik taraf menjadi IPTA” sebagaimana dilapor, kerana sejak penubuhannya ia sudahpun sebuah IPTA. Perubahan dari KUKUM ke UniMAP hanyalah penukaran nama dan bukannya penukaran status.

ii) Bilangan program yang tidak diiktiraf. Menurut laporan berita tersebut, bilangan program yang tidak diiktiraf adalah 16 sedangkan hakikatnya bilangan ini adalah 8. Status yang 8 ini juga sebenarnya MASIH BELUM MUKTAMAD. Proses rundingan tentang perkara ini sedang berjalan, dan banyak maklumat mengenainya dikategorikan sebagai SULIT oleh Lembaga Rayuan Akreditasi.

iii) Ayat “..sebahagian besar daripada 2,500 pelajar berkenaan telah dan akan meninggalkan IPTA berkenaan dengan segulung ijazah yang tidak diiktiraf mana-mana pihak pun di negara ini” -- JPA mengiktiraf graduan UniMAP dengan memberikan status ‘Khas Untuk Penyandang’ (KUP) yang membolehkan graduan tersebut bekerja di sektor awam. Selain itu, peratusan yang amat tinggi graduan UniMAP sudahpun bekerja di sektor swasta dan juga awam. Ada juga yang menjalani pengajian tinggi hingga ke peringkat PhD dengan biasiswa yang diberikan oleh institusi luar negara. Bagaimana mereka boleh diterima oleh pihak-pihak ini sekiranya mereka “tidak diiktiraf mana-mana pihak..”?


2. Pemilihan perkataan dan susunan ayat yang digunakan boleh menyebabkan sentimen ketidakpercayaan dan tanggapan yang salah terhadap UniMAP. Contohnya ayat “2 program yang bernasib baik mendapat pengiktirafan di UniMAP ialah Sarjana Muda…..” “Bernasib baik” bukanlah pilihan yang tepat kerana ia memberi gambaran bahawa 2 program tersebut mendapat pengiktirafan kerana nasib semata-mata sedangkan ia diperolehi kerana program-program itu memenuhi kesemua keperluan Lembaga Jurutera Malaysia sebagaimana tertera di dalam EAC Manual. Sistem akademik yang mendasari penawaran program-program ini dibangunkan menurut arahan yang tertera dalam Memo Kabinet bertarikh 5 Julai 2001. Sistem ini menjalani proses penambahbaikan secara berterusan.

3. Selain itu, banyak lagi perkataan dan rangkap yang digunakan yang boleh menimbulkan kesangsian seperti “percaya atau tidak”, “apa yang menggemparkan”, “mendakwa”, “bergelut”, dll. KOSMO seharusnya lebih bertanggungjawab dalam pemilihan perkataan supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan.
"


p/s: tak akreditasi pun, aku masuk gak kerajaan... walaupun tak permanent lagi... SPA panggil gak gi exam... cuma aku je tak pegi. hehehe...

3 comments:

aswadz said...

apa la kosmo ni. dah la paper x setebal mana. x accurate lak tu. ish3...

(aku post, aku lak org 1st yg komen. hahahaha...)

pepel said...

hahah...tah abg nih...ok la..i believe it ok...tp xde kena mengena sgt pn unimap ngn saya..wohooo

aswadz said...

mana la tau, nak wat master, pastu kena jd lecturer kat sana lak. hak3...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...