Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Wednesday, April 17, 2013

Taman Tamadun Islam

Hujung bulan lepas aku ada bagitau yang aku pergi Taman Tamadun Islam kat dalam entri INI. Tapi aku tak citer detail sebab entri yang tu pun dah cukup panjang. Kalo aku letak gambar2 replika masjid kat dalam Taman Tamadun Islam tuh, maka berjela la entri tu nanti. So hari ni aku buat satu entri khas untuk upload gambar2 replika masjid khas untuk korang.

In before, aku tak letak gambar semua masjid. Nanti korang dah tak nak pergi sendiri lak.


[Replika Masjid Negara]


[Replika Masjid Menara Kudus yang terletak di Jawa Tengah]


[Replika Masjid Badshahi, Pakistan]


[Full view Masjid Badshahi]


[Replika Dome of the Rock]


Untuk sesetengah replika, diorang ada buat pameran kat sebelah bawah seperti replika Masjid Negara ngan Dome of the Rock nih. Dewan pameran belah bawah. Replika kat belah atas. Dewan pameran nyer siap ada aircond lagi. Time aku ngan wife aku pergi hari tu, memang tengah panas terik. Sampai je dekat replika yang ada dewan pameran, cepat2 masuk. Nak amek aircond. Hehehe...




[Dome of the Rock ni spesel sket. Korang bole masuk dalam untuk tengok
kat dalam dia macam mana]


[Replika Masjid Sheikh Lutfallah di Iran]


[Replika Makam Khwaja Abu Nasr yang terletak di Balkh, Afghanistan]


[Masjidil Haram, tempat umat Islam menunaikan Haji]




[Tawaf la sampai 100 kali pun kat sini, tetap tak dapat gelaran Haji]


[Masjid Nabawi di Madinah]


Sebenar nyer ada dekat sesetengah replika, ada dibuat macam titian supaya korang boleh jenguk daripada atas. Kira nyer bole la nampak apa yang kat tengah kan. Tapi ntah nak salah kan sape, titian tu kebanyakan nyer dah reput dah takde tanda2 untuk membaiki nyer. Cuma diorang letak red tag je supaya orang tak naek.

Ada banyak lagi replika masjid kat dalam Taman Tamadun Islam nih. Tapi takpe. Korang ada diberikan buku umpama passport. Dalam tu ada peta ngan sedikit info tentang masjid2 yang ada kat dalam taman tuh. So takde la korang termiss mana2 replika nanti.


[Camni passport dia]


5 so full of themselves :

cweet pinky said...

wah , suker sangat , menarik betul la , tgk gmb cik aswadz dah macam melancong ke luar negara je

aienzunnur said...

sedapnya berjalang2 ke tganu

hana hadi said...

besar juga replika pun. boleh masuk dalam

puteri kasih said...

wah menarik..besar juga replikanya yer :)

aswadz said...

@CP: yeke? hehehe...

@aien: sdp2.

@hana: bole tahan besar gak la.

@puteri: besar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...