Saturday, April 20, 2013

KFC Spicy Korean Crunch

Nak feel K-Pop masa makan ayam KFC?

Once in a while, KFC akan gantikan ayam spicy diorang dengan menu yang baru. Tahun lepas diorang keluarkan Flaming Crunch yang sememang nyer crunchy dan sedap, tahun ni diorang memperkenalkan Spicy Korean Crunch lak. Mungkin sebab budaya Korea ni dah makin popular kot kat Malaysia nih. Sumer benda mesti K-Pop.




2 hari lepas aku pun singgah kat KFC di Landmark Centre Kulim. Kebetulan ada barang nak beli kat situ. Pastu member ajak makan KFC. Aku on je. Lagi2 aku tau KFC ada produk baru. Memang teringin nak rasa walaupun aku tau ada bad review pasal Spicy Korean Crunch nih.

And yes. Memang ayam yang aku dapat tu pun macam orang laen review gak. Dia punyer sos tu tak meliputi seluruh ayam. Tapi aku takde la hangin mana pun. Sebab aku still consider ayam ni sedap. Takde la rasa macam ayam perisa tomyam yang dlu. Tapi KFC kat Landmark Centre Kulim ni bagus. Sebab apa aku kata bagus? Sebab ini...


[Sos yang meliputi ayam Spicy Korean Crunch, tapi tanpa bijan]


Sebab pihak pengurusan diorang sudi bagi aku ngan member sos yang diorang letak kat atas ayam Spicy Korean Crunch. Tapi tanpa bijan la. Sos nyer aje. Tetapi... Kalo korang maen celup je ayam dalam sos ni, korang akan rasa takde la sedap mana sos nih. Sebab aku rasa tak sedap. Kalo orang laen try aku tak tau la. Apa yang aku buat lepas tu? Aku just guna sudi, amek sket sos pastu ratakan atas ayam. Kira ok gak la rasa dia.

So lepas ni, kalo korang rasa sos atas ayam tu macam ciput sangat dan korang rasa tak puas dan tertipu sebab kena charge RM 0.20 untuk setiap ayam, mintak sos kat pekerja diorang. Masa aku mintak hari tu, siap manager/ assistant manager (tak tau mana satu, tapi aku tau jawatan dia tinggi sket sebab baju warna laen) dia sendiri turun bagi sos tu kat aku ngan member aku.


9 comments:

cik lebah said...

teringin nak makan la pulak...onnomnom..

aienzunnur said...

Itu lewwww..mn ad ghupe cm gambo nye..

dariilhamkehati said...

kebetulan tadi , CP terasa teringin sangat nak makan kepsi , hahaha , dah macam orang mengidam lak ..

alih2 cik aswad citer sal kepsi lak , hehehe

cIK kOpI MaNis said...

tapi takde pun feeling2 kaypop bile makan ayam nie.takdelah sedap sangat.yelah lain orang lain tekaknyer.kan kan.

aswadz said...

@cik tenggiling: nom3...

@aien: hahaha... mesti ada rasa tertipu kan.

@CP:macam ada kuasa telepati lak aku nih.

@cik kopi: xde feeling2 k-pop ek. hahaha...

AM said...

Hebat betul penangan kpop! Hehehe. Belum pernah makan lagi KFC baru nie, sebab tak tertarik pun nak makan. :D

puteri kasih said...

teringin gak nak rasa nanti :)

hana hadi said...

jadi korean terus. hehe

aswadz said...

@arol: mmg hebat.

@puteri: sila2.

@hana: jd m-pop.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...