Sunday, March 20, 2011

Sehari yang kurang daripada 24 jam?

Hahaha... Macam sarkastik la tajuk entri aku nih. Well, aku dah cuba the best untuk cari tajuk yang lebih sesuai untuk entri. But I just can't seem to find the right one. Jadi aku rasa aku berpuas hati dengan hanya letak "sehari yang kurang daripada 24 jam?" sebagai tajuk entri walaupun aku tau mesti ramai yang tak dapat tangkap tentang apa yang aku nak sampaikan dengan hanya baca tajuk entri je.

Apa yang sebenar nyer aku nak sampaikan actually benda yang agak berat gak untuk dihadam. Entri ni bukan entri yang lawak, sinis, sarkastik mahupun entri yang giler2... Entri ni more to fact rather than fiction. So korang ready nak hadam isi entri ni? Hehehe...

Kalo korang perasan la, mostly entri2 aku sejak kebelakangan ni sumer berkisarkan tentang tragedi tsunami di Jepun. Daripada permulaan bencana, kepada hoax dan kepada kempen membantu mangsa tsunami. Dan kalo ikutkan ada beberapa lagi entri pasal kejadian tersebut.

So aku rasa kali ni maybe entri terakhir yang berkaitan pasal bencana di Jepun yang aku akan sentuh. Anyway, aku harap rakyat2 Jepun berjaya mengharungi kesukaran yang diorang hadapi dan bounce back to their usual life. Tanpa diorang, tiada lah sumber anime aku nanti (owh, ada udang di sebalik batu rupa nyer).

Berbalik kepada objektif sebenar entri ni, aku nak citer kan gempa bumi 8.9 skala Richter yang menggoncang Jepun ari tuh. Tahukah korang yang kejadian tersebut telah memendekkan masa sehari Bumi?

Kajian telah dibuat oleh ahli geofizik NASA terhadap kejadian gempa bumi tersebut dan hasil kajian menunjukkan yang masa dalam sehari di Bumi telah berkurang sebanyak 1.8 mikrosaat. 1.8 mikrosaat = 0.0000018 saat. Macam takde efek lak aku tengok....

Kejadian gempa bumi tersebut telah mengubah taburan jisim Bumi membuatkan putaran Bumi menjadi lebih cepat. Nak lagi satu fakta yang menarik? Kalo korang nak tau, kini Jepun juga berada lebih hampir dengan Amerika Utara sebanyak 13 kaki. Macam mana benda tu berlaku?


 [Gambar yang diambil oleh NASA sebelum dan selepas gempa bumi]

Gempa bumi yang berlaku minggu lepas telah menyebabkan rekahan yang berada 15 batu di bawah dasar laut (186 batu panjang dan 93 batu lebar) menjadi rapat sebanyak 13 kaki. So, secara tak langsung nyer, kedudukan Jepun dan Amerika Utara menjadi rapat sebanyak 13 kaki. 

Owh, maksud aku dengan kedudukan menjadi rapat tu adalah daripada segi kedudukan geografi. Bukan nyer daripada segi diplomatik, politik mahupun sarkastik...

Tapi aku tak nak explain panjang2 pasal hal ni. Kang ada yang pecah kepala sebab tak paham explanation aku. So kepada sape yang berminat atau curious nak tahu dengan lebih lanjut, korang bole baca kat SINI.


Sumber: Yahoo! News

2 comments:

vanilla said...

blh jd jiran dah la amerika ngn japan..hehehe

aswadz said...

hehehe... bole lak mcm tuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...