Saturday, October 22, 2011

Korean Drama - Dream High

Citer Korea Dream High ni sebenar nyer dah memecahkan rekod peribadi aku sebagai drama pertama yang berjaya aku khatam kan dalam masa 4 hari. Yeah, you heard me right. 4 hari je. 16 episod dalam masa 4 hari. Since aku start layan masa hari aku cuti, memang cepat gak ar abes. Secret Garden pun aku tak khatam kan secepat ni. Tapi dia nyer rating? Ehem2... Tu korang kena abes baca entri dlu la ek. Hehehe...




Drama ni mengisahkan 6 pelajar Kirin Art High School yang memasuki akademi tersebut dengan cita2 untuk menjadi artis yang terkenal dalam industri muzik Korea. Instead of aku buat sinopsis untuk the whole story, why not aku buat kelainan sket untuk ari ni. Kata drama ni berjaya memecahkan rekod peribadi aku. Mesti kena special sket, ye tak. Oleh itu, aku akan citer kan sinopsis mengikut karekter2 dalam drama ni.


Go Hye Mi (Suzy)

Hye Mi ni merupakan anak orang kaya gak la. Dia memang berikut dalam bidang seni suara. Tapi tiba2 bapak dia jatuh muflis dan berhutang dengan ah long versi Korea. Last2 bapak dia cabut lari gi oversea, tinggalkan dia ngan adik perempuan dia. Oleh sebab hutang dia dengan ah long, dia terpaksa masuk Kirin Art High School. Walaupun dia berbakat besar, tapi sebab dia ni seorang yang prejudis dan sanggup membelot rakan dia semasa audition tersebut, dia gagal audition. Tapi, dia dapat special recruitment daripada pengetua akademi (aku prefer guna perkataan akdemi instead of sekolah) itu sendiri. Tapi atas bakal pengetua (pengetua akademi yang recruit tu meletak jawatan) tidak berapa sker keputusan untuk special recruitment ni, diorang sumer kena letak under preparation class. Kelas yang kira nyer macam untuk student drop-out la.


Song Sam Dong (Kim Soo Hyun)

Song Sam Dong ni asal daripada country side. Kawasan tempat dia tinggal tu jarang terdedah kepada muzik. Even dia pretend depan mak dia yang dia ni tak pandai menyanyi, atas sebab2 tertentu. Nak tahu sebab pe, sila layan sendiri drama ni. Juga merupakan salah seorang daripada 3 special recruit. Tapi dia ni laen sket. Sebab talent dia ni pengetua tersebut sendiri yang observed.





Jin Gook/Hyun Shi Hyuk (Taecyon 2PM)

 Merupakan anak luar nikah seorang mayor yang sedang go through election. Sebab tu dia tak guna nama sebenar dia, Hyun Shi Hyuk. Instead, dia lebih prefer kawan2 dia panggil Jin Gook. Berbakat dalam seni tarian pop. Tapi bila orang pandang dia, orang selalu fikir yang dia ni gangster. Pernah buat kacau masa audition untuk buy time untuk kawan dia. Tak join audition tapi menjadi student hasil daripada special recruitment.




Yoon Baek Hee (Ham Eun Jung)

Bekas sidekick Go Hye Mi. Setelah dibelot oleh Hye Mi masa audition, dia berubah wajah apabila pass audition kemasukan ke akademi tersebut. Niat dia cuma satu. Hanya mahu membuktikan bahawa dia juga boleh menyerlah mengatasi Hye Mi.



Kim Pil Sook (IU)

Pass audition pertama. Tapi sebab dia mempunyai badan yang gemuk dan tenaga pengajar mendapati selagi dia tak menguruskan badan, dia pasti gagal menyerlah. Last2, dia dimasukkan ke preparation class, sekali ngan 3 orang student special recruit yang tadi.






Jason (Jang Woo Young 2PM)

Seorang yang berbakat besar dalam bidang tarian pop. Malah merupakan antara top student Kirin. Since dia ni rapat dengan Pil Sook dan juga tidak berapa sker dengan kelakuan segelintir pelajar yang mencemuh student preparation class di samping beberapa faktor yang laen, dia pun join skali group preparation class. Bukan join preparation class, cuma join aktiviti2 diorang je.





[Cikgu untuk preparation class]


[Yang kiri adalah pengetua Kirin manakala yang kanan adalah pengetua yang
bertanggung jawab untuk special recruitment]


Untuk pengetahuan korang, ini merupakan drama berbentuk muzikal. Banyak lagu dan tarian k-pop. Kalo korang minat k-pop, Dream High adalah drama yang WAJIB korang tengok. Tak tengok, memang korang adalah tersangat rugi. Tak caye, check out the MV below.


[MV Dream High]


 [OST Dream High masa konsert diorang]


Dah aku berjaya abes kan 16 episod citer ni dalam masa 4 hari, aku rasa korang dah bole agak kot sama ada citer ni menarik ke tak.


Rating:




**********************************************************************************
Like The Sims Social, Restaurant City? You gotta try this game! #MaybankDeepavali


********************************************************************************** 

6 comments:

vanilla said...

som sang dong oppa...saranghaeeee

aswadz said...

nom nom...

Syukri Mohtar said...

best2 drama ni..

Syahbinar Shuib said...

citer ni ada tayang kat 8tv skrg ni :)

monster kecik said...

cerita ni mmg sgtttttt best!!!

aswadz said...

sbb tu aku kasik 5 bintang. nsb baek korang setuju.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...