Monday, January 2, 2012

Yang Tak Menarik Semasa Blogwalking

Apa yang korang bakal baca ni hanya pendapat aku je. Orang laen mungkin kata "Benda ni best apa. Apsal ko tak sker lak?" Tapi pada pendapat aku, apa yang aku bakal bagitau ni adalah something yang membuatkan aku agak malas sket nak terjah blog korang. Bukan tak terjah langsung. Tapi mungkin setakat tinggalkan jejak kat shoutbox je la tanpa baca entri2 korang.


No Right Click

Blog yang tak bagi right-click ni memang berlambak. Well, maybe diorang ada alasan yang tersendiri atau maybe diorang sker2 je buat. Ntah la. Korang yang mana agak2? Aku dah pernah bincang dah isu ni kat SINI. Korang bole baca sendiri kalo berminat nak tahu.

Aku bukan kata aku tak sker blog2 yang tak bagi right-click ni. Ada je blog2 diorang ni yang best. Cuma kadang2 tu rasa annoying sket sebab tak bole nak right-click link entri korang yang laen. Tak kan nak baca satu satu kot. Amek masa kalo gitu. Daripada nak baca 5 entri, last2 baca 2 je. Tak ke rugi?

Kalo internet laju takpe la gak. Kalo pakai berukband? Terpaksa la tunggu cam beruk nak tunggu page loading.


[Sape sebut nama aku tadi?]


Kan senang kalo aku bukak page banyak2. Pastu baca satu entri sementara tunggu entri yang laen siap loading. Kan kan... Anyway, aku dah solve problem ni. Hehehe... Apa susah. Drag je link korang kat toolbar. Hehehe...


Background Music - Takde Pause Button

Korang kena paham. Tak sumer blog reader sker baca sambil dengar muzik at the same time. Contoh nyer orang macam aku. Aku memang tak leh concentrate baca kalo sambil mendengar muzik. Sebab tu kalo aku study, aku tak bole dengar muzik. Satu apa pun tak leh masuk otak.

Bole je kalo nak letak background music. Tapi cari la yang ada pause button. Walaupun aku takde masalah sangat dengan widget yang takde pause button (sebab aku mute je speaker aku), tapi masalah tu akan timbul bila aku nak tengok video yang korang upload kat blog (if any).


 [Takpe2. Aku bole pasang radio sendiri kalo aku nak dengar]


Bayangkan. Ko nak tengok video. At the same time muzik korang tak leh nak pause. Bila korang play that video, agak2 apa yang korang dengar? Agak2 bole paham tak apa yang video tu cakap? Agak2, apa jadi pada mood korang? Good... Skang korang dah paham?

Haaaa... Kan dah ada banyak persoalan yang berada diminda.


Banyak Join Contest-Tag Game

Aku tahu korang sker join contest or tag game ni. Especially hujung2 tahun. Lagi banyak contest yang dianjurkan. Yela. Kadang2 korang bosan gak asyik tulis entri je tiap2 ari. Kadang2 nak gak join2 contest ni. Bukan nyer ada idea sangat pun nak tulis entri tiap2 ari, kan...

Actually, aku takde cakap salah pun. Aku pun kadang2 join gak. Cuma kalo daripada 5 entri kat blog korang, sumer je entri pasal contest. Abes, apa yang aku nak baca? Korang rugi visitor kat situ. Tapi blog yang jenis macam ni jarang aku jumpa. Bagus la kalo gitu.


Widget FB - Tunggu 15 Saat Baru Bole Baca

Korang pernah jumpa blog yang macam ni? Blog yang camni pun jarang2 jumpa gak. Aku tak ingat la widget FB tu yang macam mana. Tapi kalo tak salah aku, yang like2 page orang tu kot. Bila korang bukak blog tu, akan ada pop-up benda ni. Pastu korang kena tunggu 15 saat baru korang bole baca. Kalo tak nak tunggu, korang kena like page diorang.

Bole lak gitu kan. Kalo aku malas nak tunggu, aku tekan je butang pangkah. Peduli apa aku. Banyak lagi blog laen yang aku nak blogwalking. Laen kali kalo nak bubuh gak, letak yang ada bole pangkah. Tak elok paksa2 viewer. Tak berkat duit Nuffnang. Hehehe...


Tetapi... Dalam2 tak sker pun, aku terjah je blog korang walaupun korang ada element2 seperti aku cakap tu. Aku kan budak baek. Hehehe... Tapi ikut mood aku gak la. Kalo mood tak berapa nak baek, mungkin blog korang kena skip je.


14 comments:

CekbOlat-bOlat said...

bolat tak suke pakse2 org like..
bolat pun mcm aswad.. tkan pgkah je klau naik yg fans tu.. kahkahkah..
=) yg lagu tu trus tkan pngkah.. sbb mnyemakk je..

nurmujahidah said...

http://eventsbybloggers.blogspot.com/2012/01/giveaway-win-free-top-up.html

anda ditag :D

nurmujahidah said...

http://eventsbybloggers.blogspot.com/2012/01/giveaway-win-free-top-up.html

anda ditag :D

harith said...

Widget FB ni ak tak stju sbab ade blog berunsur informasi dan bisnes sngt perlu widget ni untuk trafik :D..wakaka tp hk lain smue ak stuju..lagi2 muzik tu mmg fuhh mmg sakit ati tlinge dgar..owner blog tu syok sndri prasan best muzik tu..haha xD

Alongxp said...

blog aku ada gak like tu.. tapi ada pangkah... klu xnk like,pangkah je box tu...

5 tahun blogging, dh byk perubahan aku buat, dh xde muzik, dah enable right click, dh lama tak join contest, join segmen pon klu rs perlu je...

khalila said...

hehee... betul2... banyak jumpa blog yg ade elemen2 cmni. tp..... layan je la. huhu...

untuk disable right click tu, mb diorg xnak entry kene copy. padahal kalau org highlight entry die, still boleh copy lagi dgn tekan ctrl+c mmg masalah sket la kalau nk bukak link lain dlm blog tu. nak senang click je ctrl+click. automatik open in new tab. better buat disable highlight je. right click masih boleh buat.

vanilla said...

xpenah join contest...hahahah

aswadz said...

@cekbolat: bagus2. satu kepala.

@nurmujahidah: owh. terima kasih.

@harith: ada kegunaan rupa nyer widget FB tu. ingatkan sker2 supaya nak ada org like je.

@alongXP: nak kata hang otai la tu ek. hehehe...

@khalila: btol3x...

@vanilla: join utk sker2 je. bkn utk menang pun. hehehe...

Original CikTeddy said...

naseb baik sume tu takde kat blog cik..wee~

aswadz said...

bagus la kalo gitu...

AFNI said...

setuju semua!!!

aswadz said...

bagus2... dah jd satu hal lak nak argue kalo x setuju. hehehe...

Sylarius Yusof said...

Setuju dengan point-point ni. Memang ada certain blog yang suka taruk benda-benda merepek ni walaupun benda yang diorang taruk tu sebenarnya akan kurangkan trafik diorang.

Kalau ada orang yang leh bersabar, diorang just proceed je. Kalau tak sabar, maybe itu the last time diorang terjah blog tu.

aswadz said...

aku antara yg penyabar semasa blogwalking. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...