Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Sunday, January 8, 2012

Sebab Malas Driving Kat KL


 
Kalo orang yang dah kenal aku, mesti diorang tahu yang aku ni jenis malas nak drive kat dalam bandar KL, walaupun kadang2 terpaksa. Tapi kalo ada option laen, memang aku tak kan driving kat KL nih. Ada beberapa sebab kenapa aku malas nak drive kat KL.


1. Jem.

Seperti korang sedia maklum, jalan di sekitar bandar KL ni sangat jem, especially apabila waktu peak. Cuma ada satu masa je yang jalan kat KL jadi lengang. Masa Hari Raya.


2. Jalan berselirat

Jalan berselirat ni maksud aku jalan yang banyak cabang. Untuk orang luar macam aku, datang ke KL ni umpama masuk ke hutan belantara. Nak kena ada GPS baru bole sampai ke destinasi. Takde GPS memang tak sampai. Hehehe...


3. Tol

Yang ni bukan sumer jalan yang ada tol okay. Aku pun tahu. Tapi ada sesetengah nyer yang dikenakan tol. Aku tak tau la jalan yang mana kan. Aku bukan nyer hafal sangat nama2 jalan kat KL ni. Tapi macam biasa, orang luar macam aku ni yang tak tau shortcut nak ke satu2 tempat, kadang2 terserempak gak la dengan tol ni. Pastu aku dok fikir la, kalo tiap2 hari gi keje kena lalu tol, bole pokai gak duit.


DAN YANG PALING LASSSTTT SEKALI...


4. Perhimpunan aman@haram

Yes... KL ni kan pusat bandar. Ibu negara. So, sumer jenis perhimpunan tak kira aman ke haram, mesti la nak buat kat KL. Baru la gempak. Ramai orang join. Yang ni pun menyumbang kepada faktor no. 1 tadi, iaitu jem. Tapi kalo dah ada perhimpunan aman@haram ni, tak bole nak buat apa dah la. Either join perhimpunan itu atau korang kena patah balik cari jalan laen.




p/s: entri sempena perhimpunan aman esok.


8 so full of themselves :

CekbOlat-bOlat said...

esk ade prhmpunan ke? kne pkai bju skolah tak? nynyi lagu negaraku? guru besar prut buncit ade skali tak? kahkahkah

vanilla said...

amboi...entry ada makna rupanya ;P

Farid bin Aspar said...

Nama pun KL, biasalah, biasanya KL lengang waktu tengah malam, dan awal pagi waktu cuti... best kalau jalan-jalan... hehe

Botak said...

jalan jem pasal polis dok sibuk buat roadblock nak sekat peserta perhimpunan., tapi orang boleh tebuk jugak., buang masa je buat roadblock..

Izz Faizah said...

hoho..naik komuter je lg bez...menyihatkan tubuh badan gak...:)

aswadz said...

@cikbolat: guru besar buncit xde. tu kena cari kat sekolah laen.

@vanilla: hehehe... mana ada makna laen la.

@farid: awal pagi, aku pun x bgn lg. hahaha...

@botak: tu la kan.

@izz: tu la solution yg terbaek nmpk nyer.

im the writer said...

hehehe..tak lama
Lagi jadi bandar metropolitan dah tu,makin busy la nanti kalau Malaysia jadi negara maju tu

aswadz said...

tu la psl. pasni confirm lg jem.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...