Sunday, November 25, 2012

Nasi Tak Sampai Lagi!!!

Sebenar nyer idea ni datang lepas cuti raya haji ari tuh. 1st hand experience. Biasa la kan. Cuti Aidiladha, sumer orang pun cuti. Tapi aku kena ni lebih kurang seminggu lepas tu kot. Restoran tempat aku tu makan lak, dah tau pekerja tak cukup, tapi gatal gak nak bukak kan. Jadi la macam ni...




In the end, nasik aku tak pernah sampai. Lepas sejam menunggu. Sebab malas dah nak tunggu, aku cabut. Masa nak bayar tu, aku perli2 sket tukang jaga kaunter tuh (tak tau la owner ke bukan). Naseb baek terus dia bagi percuma je air tuh. Tak yah bayar. Last2 aku terus gi makan mamak je. Tak yah tunggu2 order. Amek terus nasi. "Dey mamak, kasi ayam sama itu kobis. Kuah campuuurrrrr..."

Sebenar nyer aku pelik bila tauke kedai kira nak untung je. Kualiti servis tak jaga. Kalo dah tau tak cukup pekerja, tak yah la bukak kedai. Customer yang seksa. Tukang amek order sorang je. Orang yang nak makan ramai. Tukang amek order lak macam nak tak nak je amek order. Aku panggil 2-3 kali pun tak datang2. Nak aku tarik telinga, pastu sebut satu2 kat telinga anda? Begitu kah? Mahu kah? Kah kah kah??? Eh, apsal aku gelak.

Last2, customer lari. Customer regular? Pun lari (aku la tuh). Laen kali nak makan kedai ni, memang usha line dlu. Orang tak ramai, baru singgah. Kalo ramai, sorry der. Sat lagi ada yang tak amek order aku lak. Peringatan kat diri sendiri. Hehehe...


p/s: sedap tu sedap. tapi kalo macam ni la gaya nyer, memang fikir 48 kali nak datang.


16 comments:

haryzkhairuddin said...

nasib baik dia kasi free air tu. ada yg siap perli balik kastemer tu apa kes??

kakak n mak aku pernah kena. dah siap order, makanan x sampai2 lagi. yg buat lagi hangin, orang yg order kemudian makanan dorang sampai dulu. last2 dorang bengang.. terus kensel order. lepas 1 jam tunggu.

Lokman said...

memang bengang gile lah kalau mcam ni keadaannya..

Ku Syida said...

Hahahaha...Kalau aku mmg tak masuk terus kedai tu...

Mrs Nurul said...

kesabaran tercabar hehehe

Ahmad Sabree said...

nice entry

-meeSUPERGIRL- said...

neh msti pelayan tu yg vangang ckt amek order . haha

# Jom kita sama-sama memeriahkan lagi GA ini .. Mana tahu kan dapat hadiah domain. Banyak keistimewa

Korn Ahmad said...

if aku la kan, memang aku marah cukup2 tokei kedai tu.. tak pun trus blah jaa cari kedai len makan...

Yaya Mohd said...

betul..yaya pernh alami prka yg sama..masa tu yaya ngn fmly la..dah xthn lama sgt tgu,trus balik..p mkn tmpt len..;p

Dikbee said...

mmg bengang kalu kena cam ni...kan

aswadz said...

@haris: kalo kes mcm tu, mmg ban terus kedai tuh. byk lg kedai mkn yg laen.

@lokman: mmg bengang ms tuh.

@syida: kalo aku tau, sah2 aku x masuk kedai tuh.

@neon: tercabar sungguh.

@sabry: mekaseh.

@mee: hahaha... maybe dia jenis slow sket kot bila wat keje.

@korn: aku x kenal tauke kedai tuh. kang tersalah maki org lak.

@yaya: mkn ngan family lg kesian. at least kalo sorang, aku cuma perlu bawak diri je.

@dikbi: bengang gak la.

puteri kasih said...

puteri pernah kena sekali camni, memang geram. Dah la time tu tengah lapar giler. Famili puteri yang lain semua dah habis makan dah, makanan puteri je yang tak sampai-sampai..grrr

AmyZana said...

Kesian dekat owner lah kot. Disebabkan pekerja yg tak efisyen ataupun pekerja yg terkurang, dia yg dapat nama buruknya. Tapi betul jugak tuh. Sebelum bukak bisnes, kene ambil berat dulu benda2 yg penting macam kuota pekerja :/

reen afny said...

rajin gila nak tunggu sampai sejam bro. kalau aku dah lama da ca alip buttt... cabuttt hahaha

aswadz said...

@puteri: kalo ngan famili, mmg lg teruk la. kalo sorang2, bole blah terus je.

@amyzana: bole kata dua2 pihak pun salah.

@reen: sejam tu kira limit aku dah tuh.

Crack said...

Kalau orang kerap ke mamak, cakap tak support bangsa la bagai, tapi macam cerita bro ni la....kerap terjadi sebenarnya....adeh.

aswadz said...

aku mmg ban kedai2 yg lambat hidang mcm nih. time tu precious utk buang mcm tu je. drpd tggu mknn sampai sejam, baek aku blogging sejam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...