Tuesday, September 21, 2010

HP Nokia 2730

Semalam aku telah membeli handphone baru. Nokia 2730 classic. Kalo tak salah aku, model ni baru lagi kuar. Survey harga kat internet dalam RM 270-290. Kira murah la tu kan untuk handphone yang ada camera 2 megapixel, bluetooth ngan mp3. 3G pun ada gak, tapi just untuk internet, bukan untuk video call. Aku terpaksa gak beli baru sebab handphone Nokia 2600 aku makin sampah keadaan bateri dia compare ngan masa mula2 aku beli 2 tahun dlu. Skang lepas baru charge pun, kalo cakap lama sket, dah low bateri. Tu pun dah guna bateri baru beli lak tu. Still the same. Jadi obvious la kan bukan salah bateri. Handphone tu sendiri dah bermasalah.




Anyway, semalam aku gi Giant Kulim untuk survey harga Nokia 2730. Harga handphone ni kat Kuala Kangsar around RM 338. So aku survey lak kat Kulim, in case ada yang jual lagi murah. 1st kedai yang aku gi, dia jual RM 320. 2nd kedai dia jual RM 290. So terus aku beli. Lepas tolak handphone 2600 aku, pastu tambah screen protector RM 10, aku cuma perlu bayar RM 240 aje. Time aku nak beli tu, soalan yang memang sah aku tanya adalah, "bateri handphone ni tahan tak?" Tapi dah confirm orang jual tu akan kata "ye, bateri dia tahan." So aku kena experience sendiri sama ada tahan ke tak tahan. Tak tahan, tukar laen sebab ada warranty.




Sebenar nyer time aku tanya2 harga Nokia 2730 ni, aku pun survey gak handphone CSL SP747. Tengok harga kat internet macam okay. Dalam RM 300++ gak la. Tak ingat harga sebenar. Tapi bila tanya kat kedai, diorang takde jual dah. Sebab model tu model lama. Spec lebih kurang je ngan Nokia 2730. Cuma add islamic features je. Tapi kamera adalah VGA.

Pastu, aku ada beli perfume (yang murah jek) baru. Sebelum ni pakai perfuma yang Cik Eeda adiahkan kat aku masa besday aku tahun lepas. Beberapa minggu lepas baru abes. Ingatkan nak cari yang murah dlu sebelum tunggu sales time krismas nanti. Sebelum ni aku guna Dashing. Tapi Cik Eeda cakap tak wangi dan tak tahan lama. So aku try beli lak Uberman. Aku nyer yang kaler biru , bukan ijau yang camni. Tapi tak jumpa lak gambar. So aku bubuh je la yang ni. Titanium nama nyer. Bau nyer sedap gak la. Aku sker. Tapi tak tau la pulak kan kalo orang laen terbau, rasa nak pengsan lak.




Slalu nyer orang beli benda2 baru time sebelum nak raya. Tapi aku lepas raya baru beli. Pelik tak? Hehehe...

2 comments:

vanilla said...

wangi sgt ke? kalo xsdp bau dia siap anda...

aswadz said...

wangi... disahkan oleh sirim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...