Monday, September 13, 2010

Kes Sosilawati

Sempena Hari Raya tahun ni, banyak pula kejadian2 yang tak diingini berlaku. Kes kemalangan jalan raya tu tak kira la. Itu tiap2 tahun pun sentiasa ada. Asal sempena musim perayaan je, ada accident. Asal ada accident je, time tu musim perayaan. Kira nyer memang sinonim la musim perayaan tu dengan accident. Apa yang aku nak cakap ni adalah berkenaan dengan the other two incident dan tragedi yang berlaku pada musim raya tahun ni. 

Yang pertama adalah berkenaan dengan kabel yang terbakar pada pagi raya kedua. 3 kabel bervoltan tinggi TNB telah terbakar menyebabkan beberapa bandar (antara nyer Bayan Baru dan sebahagian Georgetown) terputus bekalan eletrik selama 2 minit. Naseb baek sistem dah canggih, jadi takat 2 minit je la. Naseb baek bukan 2 hari. Kalo tak, beraya dalam gelap la jawab nyer. Anyway, Penang Bridge Sdn. Bhd. telah pun mengumumkan bahawa Jambatan Pulau Pinang selamat digunakan. Untuk berita lengkap, bole lawat Utusan Malaysia Online.

Apa pun, yang paling menarik perhatian orang ramai sudah tentu berkenaan dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya bersama dengan 3 orang lagi mangsa iaitu Ahmad Kamil (peguam), Kamarudin (pemandu) dan Noorhisham (pegawai bank). Keempat-empat mangsa telah dilaporkan hilang beberapa hari sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri. Memandangkan tiada panggilan meminta duit tebusan, aku awal2 dah agak dah yang diorang ni dah kena bunuh. Memang tekaan itu tak meleset.




Pagi ni, berita kematian mereka telah pun disahkan oleh pakar forensik, tapi perincian berkenaan kes tersebut is yet to announce. Menurut berita yang aku baca, mangsa telah dipukul, ditikam dan dibakar manakala abu mereka dihanyutkan di sungai/ pantai Morib (aku tak sure mana satu yang betul). Aku ucapkan takziah kepada keluarga mangsa kerana tak sempat nak sambut Aidilfitri dengan diorang.

Anyway, aku tertarik dengan entri oleh Mazidul Akmal Sidek berkenaan dengan beberapa persoalan yang masih belum dijawab oleh pihak berkuasa. Aku list kan secara ringkas. The rest bole dibaca kat blog dia.


1. Sape yang belasah, tikam, bakar dan buang abu diorang?

2. Lokasi sebenar kejadian berlaku.

3. Perincian sebenar berkenaan motif yang melibatkan konflik perniagaan.

4. Apa yang berlaku pada duit yang Datuk Sosilawati bawak?

5. Perkembangan 3 lagi keluarga mangsa.

6. Suspek didapati mempunyai rekod jenayah yang sama pada masa lampau. Tapi siapa mangsa nyer dan kenapa takde berita berkenaan kes tersebut?


Ternyata kes pembunuhan pengasas Nouvelles Visages telah menjadi tumpuan ramai dan salah satu kes berprofil tinggi tahun ni. Tapi aku kesian kat 3 orang lagi mangsa. Tak pasal2 terbabit sama. Kadang2 bahaya jugak kalo business kita berjaya. Ada sahaja yang dengki dengan kejayaan orang laen. Tapi zaman skang ni, bahaya ada di mana2 saje. Jadi kena pandai jaga diri.

2 comments:

pepel said...

berinfomasi sungguh..sudah la kacak...well-educated pulak..pewitttt...hikhikhik

aswadz said...

u jgn la puji i lebey2... malu ar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...