Wednesday, September 29, 2010

Jalan terpelik di muka bumi

Sebenar nyer time aku jumpa blog ni, aku tengah cari info pasal ular tadi. Sama ada betul ke ular senduk tu beranak atau ada perkara yang sebalik nyer... Saje je gatal2 nak mencari sebab nak pastikan teori yang aku bagi kat Cik Eeda itu adalah betul. Tapi tengah cari yang tu, aku terjumpa lak pasal ni. So aku pun nak post kan gak la pasal entri ni. Sebab nampak cam menarik untuk entri aku.




Jalan ni merupakan jalan paling lebar. Ada la nak dekat 300 kaki. Jalan ni terletak kat Buenos Aires. Aku wonder macam mana kalo diorang ni nak melintas jalan. Tak ke bahaya? Kalo harap kat zebra crossing tu, tak tau lak kan. Sebab kat Malaysia ni, zebra crossing ni bole dikatakan tak berguna sebab time nak melintas, still kena tunggu time takde kereta, sebab takde nyer kereta nak berhenti sebab ko nak melintas.




Jalan paling sempit terletak kat Castletown, England. Tapi aku rasa kat Malaysia pun ada je jalan2 yang gini. Tapi diorang tak panggil jalan la. Diorang panggil lorong belakang umah. Jiahaha... Sesuai untuk melakukan aktiviti2 yang kurang bermoral kat jalan yang seperti ni, especially time gelap.




Ni lak jalan paling curam, terletak di Dunedin, New Zealand. Hhhmmm... Tapi kalo tengok2 balik, macam takde la curam sangat. Curam lagi aku rasa jalan kat Bukit Fraser tu. Cuma takde rumah kiri kanan je... Bayangkan nak naek bukit tu kena guna gear 2 je. Gear 3 and above sumer tak bole. Kesian aku tengok rumah2 yang kat sepanjang jalan yang curam tu. Kalo berjalan kaki, nak turun tu laju je. Nak naek? Perghhh... Fikir la sendiri...




Skali tengok, macam ular pun ada. Tapi sebenar nyer jalan raya. Apa motif dibuat macam ni, aku tak pasti. Sebenar nyer nak wat straight pun bole aku rasa. Bengong.... Jalan ni terletak San Francisco, USA. Skali lagi, jalan macam ni, kat Malaysia pun ada. Skang ni aku tak sure, tapi dlu2 kalo jalan ikut Gerik, macam ni la jalan dia. Memang termuntah2 la ko kalo tak tahan. Tapi skang tak tau la sama ada dah upgrade ke belum.




Ni lak jalan kat Toronto, Canada. Jalan lurus yang terpanjang, mencecah 1 860 km. Jalan yang macam ni dah sah2 takde kat Malaysia. Kat Malaysia, ko jalan sket, dah jumpa simpang 3 la, simpang 4 la. Kalo kat kawasan pedalaman lak, walaupun takde simpang, tapi jalan bengkang-bengkok lak. So takde nyer nak jumpa jalan yang lurus paling panjang.




Jalan kat Swindon, England. Aku kategorikan jalan ni sebagai "Jalan WTF?" Korang tengok pun, aku rasa korang pening. Tengok pun dah pening, aku rasa kalo drive kat situ, lagi pening. I wonder kalo pemandu Malaysia drive kereta kat sini, apa akan jadi. Hahaha...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...