Thursday, September 23, 2010

Panduan Menulis Journal

Bukan stakat journal je. Report ke atau yang seangkatan dengan nyer. Sebenar nyer panduan ni bukan la aku yang wat (of course la bukan aku). Tapi oleh Prof. Madya Mohd. Hamdi, Dekan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya. Time aku mula2 masuk keje dlu, dia ada datang bagi taklimat on how nak tulis paper untuk publication. So aku pun join, dan apa yang aku bakal tulis dalam entri ni adalah berdasarkan apa yang aku salin la. Walaupun mungkin bukan sumer aku sempat salin, at least aku dapat membantu korang sumer sket2. 




Sebenar nyer aku wat entri ni sebab teman aka teman setia aku yang mintak aku post kan entri pasal tips2 tulis paper ni. Memandangkan kebelakangan ni aku pun tengah finish kan paper aku, ada baek nyer aku wat entri ni. Kot2 la bole refresh memori aku untuk menulis paper aku.

Yang penting skali, overall report/ paper korang mesti ada 3 kriteria yang kat bawah ni.

1. Content dan organization untuk paper.

    -> organize sendiri.
    -> tapi must be exceptional supaya tak serabut paper korang.

2. appropriate English language.

3. easy to read.


1. Abstract

Mula2 skali mesti la korang akan tulis abstract atau summary kan. Abstract ni adalah untuk summarizes kan research yang korang dah buat/ atau tengah tulis tu. Untuk memudahkan penulisan abstract, korang summarize kan dalam 1-2 ayat untuk part2 yang bawah ni.

    i. background research
    ii. objective
    iii. methodology
    iv. most important result
    v. conclusion

Adalah lebih baek untuk menulis abstract dan tajuk paper lepas korang dah siap tulis the whole paper.


2. Introduction
Untuk introduction, adalah lebih baek untuk start citer kan tentang research tersebut secara generally, kemudian slowly focus tentang reseach yang korang buat. Senarai benda yang perlu korang tulis dalam introduction;

    i. general background
    ii. literature review
    iii. gap sentence
    iv. objective

Untuk part (iii) tu, gap sentence summarize state of knowledge. Dalam gap sentence ni, korang kena citer kan kenapa korang buat research tersebut. Maybe korang bole bagitau sama ada apa yang korang buat ni, belum ada atau kurang research berkenaan benda tersebut. Tak pun ada error atau incomplete research daripada yang research dah ada skang ni. Kemudian baru sambung dengan objective.


3. Experimental Details
Start dlu dengan menulis nama apparatus, model dan dari negara mana. Hahaha... Dia memang cakap gitu. Tapi bab ni aku tak follow sangat. Aku just bagitau alat apa yang aku pakai secara general je. Melaenkan mesin yang aku pakai tu adalah satu2 nyer mesin kat Malaysia ni. Hehehe...


4. Result
Result just untuk present data yang kita dapat masa research. Tapi ada satu tips iaitu jangan masukkan both graph dan table untuk result yang sama. Pilih satu jek.


5. Discussion
Dalam discussion, sila jawab dan jelas kan persoalan2 yang berjaya korang timbul atau tonjolkan dalam introduction tadi. How does that happen, why does that happen. Ye, sila jawab ini dalam discussion anda. Kalo tak sure pun, korang bole guna contoh2 yang kat bawah ni sebagai rujukan.

speculation - idea2 yang korang terpikir time tulis paper
                  - KEYWORDS: possible, may conceivably

likely - ada beberapa evidence sama ada result laen support result tu atau melalui journal
         - KEYWORDS: suggest, indicates

very likely - substantial evidence
                - KEYWORDS: is consistent, strongly suggest

most likely - lebih banyak evidence atau theoretical support oleh idea2 yang dah sedia ada
                 - KEYWORDS: most likely

proven - all possible explanation are on the table, decisive test atau korang confident dengan result korang
            - KEYWORDS: proven, proves, proof, shown, demonstrates


6. Conclusion
Conclusion should be very short. Dalam 1-2 paragraph tu cukup la. Apa yang pasti, conclusion korang menjawab objective result korang. Dan jangan masukkan new result dalam conclusion. Masukkan SUMER result/ data korang dalam bahagian result. Pastu, pikirkan 3 benda yang korang nak reader ingat, dan masukkan dalam conclusion (ini tak bermakna korang bole bubuh tagline/ trademark korang dalam journal lak).


Sekian sahaja nukilan daripada aku. Pasni aku nak sambung wat paper aku. Nak abeskan ari ni gak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...