Thursday, September 9, 2010

Pantun Hari Raya

Nampak nyer aku still sempat untuk berblogging pada hari ni. Aku still ada kat Kulim, tengah bekerja. Actually, keje aku dah abes pun sejam yang lepas. Pastu pegi print file2 kejap. Pastu baru skang ni aku sempat berblogging. Dan untuk pengetahuan korang (tak tanya pun takpe, aku bagitau), dalam masa sejam dari skang, aku akan bertolak balik ke Kuala Kangsar. Naseb baek ari ni dapat keje half day. Naseb baek juga la aku tak apply cuti half day awal2. Kalo tak, sia2 je.

Since aku dah ucapkan Selamat Hari Raya semalam, takpe la. Aku ucapkan lagi skali. Selamat Hari Raya kepada sumer umat Islam, tak kira di Malaysia mahupun di seluruh pelusuk alam. Especially kepada keluarga aku, Cik Eeda serta keluarga nyer, member2 di AMREC mahupun member2 satu course dlu, dan sape2 aje la yang mengenali diriku ini. Maaf Zahir Batin.




Dan aku ada wat pantun raya sendiri nih.


Sayur paku sayur kubis,
     tanam di tepi Tasik Cini,
tiket bas tiket keretapi sumer dah abes,
     nampak nyer tak balik raya la tahun ni.


Dlu2 mandi pakai timba,
     la ni mandi pakai shower,
syawal telah menjelang tiba,
     sama2 kita raikan nyer.


Pak lebai pak leman,
     "baek punyer" trademark si Dafi,
pagi raya bersalam-salaman,
     saling maaf memaafi.


Time raya asyik nak makan,
     makan pulak ada ke dia bubuh lada,
ketupat lemang tak dilupakan,
     begitu juga yang telah tiada.


Sebelum raya tengok anak bulan,
     pastu umum kat tv3,
bersiap2 nak berjalan,
     kunjung mengunjung budaya kita.


Raya tahun ni kat Tanjung Belanja,
     berjalan pulak naek Perdana,
jangan la kita kuat berbelanja,
     nanti jadi papa kedana.


Meriah nyer raya tahun sudah,
     masing2 segak bergaya,
puasa sudah raya pun sudah,
     poket kering dek bagi duit raya.


Cahaya syawal terangi gelap,
     cahaya datang dari pelita,
jika ada salah dan silap,
     mohon maaf saya pinta.

2 comments:

eEe...da said...

heheheheheeeeeeeeeeeeeeeee

aswadz said...

hehee... gelak2 lak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...