Sape yang tak bayar zakat fitrah lagi, sila angkat tangan. Owh, ramai lagi yang tak bayar lagi. Bagaimana dengan kamu? Kamu sudah bayar? Hehehe... Aku pun baru je bayar tadi. Naseb baek kat AMREC ada bukak kaunter bayar zakat ari ni. Senang aku nak bayar. Kalo tak, dah sah2 aku akan melewat2 kan pembayaran zakat. Maklum la, aku kan pemalas. Anyway, ni 1st time aku bayar zakat ni. Maklumlah, dah pegang duit sendiri kan. So pandai2 la kena bayar sendiri. Takkan nak sruh orang laen yang bayar lak. Gilos...
Pagi tadi lak dengar ceramah agama. Tak lama pun ceramah tu. Dalam sejam setengah je. Tapi begitu menginsafkan. Hehehe... Maklum la, orang muda2 cam aku ni, tak bape nak insaf la katakan. Yea, kamu pun sama. Jangan pandang kiri kanan. Kamu yang saya maksudkan. Hehehe...
Semalam follow member gi bank. Nak tukar duit raya kata nyer. Dia tanya aku, "tak tukar ke?" Aku jawab, "tak kawen lagi, tak bole bagi duit raya." Hehehe... Slalu nyer orang cina je yang macam tu kan. Tapi takpe. Kata 1Malaysia. Apa salah nyer adat diorang pun kita apply kan dalam kehidupan kita. Tapi bukan sumer ok, sampai nak makan babi pun korang nak ikut. Itu no no la kan. Tahun ni mungkin aku akan bagi duit raya kat anak buah aku je kot. Yang penting, time raya nanti, aku nak kena repair sistem radiator kereta aku. Lambat laun nak kena tukar gak tu. Kang melarat lak kalo dibiarkan. Tak larat aku nak isi air radiator setiap 2 ari.
Pastu, petang semalam aku tolong geng2 AMREC untuk menhantar pakaian terpakai ke Masjid Sg. Ular untuk disedekahkan kepada anak2 yatim dan fakir miskin. Dua kereta kitorang pakai nak angkut kotak2 tu sumer. Bukan kereta jalanan yang biasa2 tu. Satu tu pakai Toyota Unser. Kalo pakai kereta biasa je angkat, memang lebih dari 2 kereta la nak angkut. Kotak bole tahan gak besar2. Tapi sumer yang aku citer kan ni, takde gambar la yang aku amek. Malas. Kamera hp tu tak bape nak menarik untuk tangkap gambar.
Malam ni ada majlis berbuka kat AMREC. Tapi aku tak gi sebab aku balik Kuala Kangsar ari nih. Tak kisah la. Berbuka ngan family adalah lebih penting bagi aku.
No comments:
Post a Comment