Friday, December 23, 2011

Sky Hotel

Lama dah tak wat review pasal hotel ni. Entri terakhir aku buat pasal review hotel adalah dalam entri INI. Sebenar nyer aku malas sangat nak buat review pasal hotel unless either aku tak puas hati ngan hotel tersebut (macam kes Sri Impiana Inn) atau hotel tersebut murah tapi perkhidmatan bagus.

Hotel yang memang popular dan mahal macam Hotel Bayview atau Hotel Royale Bintang tu, memang aku tak review la. Sebab korang memang dah bole expect dah dia nyer taraf macam mana. Aku lebih prefer memberi korang info yang lebih berguna untuk masa depan korang. Chewahh...

Masa conference Powder Metallurgy Symposium ari tuh, aku duduk kat Sky Hotel. Nak duduk kat Royale Bintang tak lepas, sebab rate tinggi sangat. Well, what do you expect la kan kalo dah duduk kat Bukit Bintang. Hotel Royale Bintang lak tuh.




So, Sky Hotel menjadi sasaran. Tu pun salah sorang rakan sekerja yang carikan. Kalo harap aku, memang tak jumpa la. Aku bukan familiar ngan Kuala Lumpur nih. Jarak ngan Royale Bintang sangat la tak jauh. Depan hotel je. Rate dia RM 190 sehari untuk bilik yang ada 1 katil King size. Kira murah la berbanding ngan Royale Bintang yang harga RM 250. Tu pun tak tau la dapat katil King ke Queen.

Tapi tu la. Since kitorang pun tak tau Sky Hotel tu macam mana rupa nyer, kitorang slalu ingatkan hotel ni adalah budget hotel. Bila berfikir pasal budget hotel, mesti aku akan terfikir Hotel Poly-Star atau Hotel Bestari kat Kuala Lipis yang aku pernah duduk dlu. Walaupun rate RM 190 tak macam rate budget hotel, tapi kat Bukit Bintang, who knows la kan.

Tapi tekaan kitorang meleset. Walaupun hotel ni baru, tapi facilities dia agak best la jugak. Yup. Hotel ni baru lagi. In fact, tingkat 2 diorang masih tengah renovation dengan pintu bilik pun tak pasang lagi. Cuma tingkat 5 je yang aku rasa dah fully utilize. Kaunter receptionist lak ada kat tingkat 3.


 [Even kaunter receptionist dia pun ada decorate untuk Krismas]


Pemandangan luar bilik takde la indah macam korang tinggal kat hotel tepi laut. Dalam bandar, nak nampak apa pun. Nampak bangunan je la kan. Hehehe... Keadaan dalam bilik lak, apa kata korang tengok sendiri bilik dia macam mana. Dan korang bole judge sendiri.


[Katil King size]


[Kiri bilik mandi, kanan toilet]


[Abaikan wayar2 yang berselirat tu]


Katil dia besar. Kalo korang tdo 2 atau 3 orang, masih selesa aku rasa. Apatah lagi tdo sorang2. Kalo nak jimat lagi, 5 orang bole tdo atas katil ni aku rasa. Bilik mandi dia cuma ada shower je. Takde bathtub. Tapi, who need bathtub anyway. Pfftttt...

Cuma limitation hotel ni adalah, dia takde parking sendiri. Parking yang terletak kat bawah hotel ni lak adalah parking berbayar. RM 8 untuk orang luar. Kalo stay kat Sky Hotel, kena bayar RM 10. Tapi parking dia kecik je.


[Parking yang terletak di bawah Sky Hotel, tapi bukan Sky Hotel punyer]


Kereta yang parking dalam tu sumer bertindan2. Pastu, korang kena tinggalkan kunci kereta kat orang yang jaga parking supaya dia senang nak alih2 kan kereta korang. So, kalo korang rasa tak secure, korang kena cari parking kat tempat laen la. Kalo nak parking kat depan hotel lak, agak payah sebab selalu nyer ada je kereta yang parking kat situ.

Aku syor kan korang amek Sky Hotel kalo korang nak berjimat. Harga murah dan facilities pun ok. Cuma takde la facilities cam kolam renang, spa atau gym. Tapi bagi aku, bilik dia ok pun dah memadai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...