Ehem... Macam dah lama je aku tak update blog.
*sambil tiup2 laptop yang dah bersawang
Eh, blog yang yang dah lama tak bukak sebenar nyer. Laptop aku bukak tiap2 hari je. So sepatut nyer blog yang bersawang, bukan laptop.
*bertukar daripada tiup laptop kepada tiup blog (pandai2 la korang imagine macam mana)
Okey. Back to the main point. Dalam entri sebelum nih, aku ada kata nak buat review tentang tempat2 makan yang menarik di area Kota Bharu kan. So, entri yang dimaksudkan tu entri ni la. Hahaha... Okey, tak kelakar sangat. Tapi bole la takat nak bagi korang sengih sorang2 depan laptop.
1. Captain T Restaurant
Aku tak pernah tahu pasal kewujudan restoran nih until la wife aku yang ajak makan malam kat sini. Bukan berdating mahupun ber"honeymoon". Sebab adik dia ikut sekali. Nak tahu kedudukan dia kat mana? Korang tahu Tesco Kota Bharu kat mana? Korang tahu stesen bas Kota Bharu kat mana? Haaaa... Korang cari la sendiri kat mana. Aku bagi hint dah tuh. Aku pun tak perasan restoran ni walaupun boleh dikatakan selalu gi Tesco kat sana sebab restoran ni kena hadang ngan deretan bangunan kedai.
Memang menarik makan malam kat sini. Kalo tempat melepak lak, boleh dikatakan lebih eksklusif berbanding lepak kat kedai mamak. Tapi bila dah tempat pun eksklusif, harga dia jangan cakap la. Aku boleh katakan agak mahal gak la.
Apa yang aku makan? Of course lah menu makanan yang paling murah dalam senarai menu dia. Iaitu nasi goreng. Hahaha... Aku dah tak ingat dah nasi goreng apa. Tapi harga lebih kurang RM 10 macam tuh. Tapi nasi goreng dia memang puas hati la. Udang dia pun besar. Lagi satu, kalo korang jenis tak makan banyak, baek korang share je nasi tuh. Sebab dia kasi memang banyak.
[Kalo ada family gathering, kalo boleh makan kat dalam ni.
Ni baru btol2 terapung atas air nyer]
2. Kopitiam Kita
Beralih ke menu makan pagi pulak. Pagi2 ramai gak orang yang datang makan kat sini tak kira bangsa. Melayu, Cina, India, sumer pun ada. Kalo korang nak makan kat sini, korang boleh guna GPS coordinate nih, 6.129589,102.249001. Aku pun guna code ni je masa cari kedai nih. Dicilok daripada blog
Eat Till Tummy Full.
Antara menu dia yang laen daripada yang laen adalah Roti Titab. Roti dia roti celup telur. Pastu ada telur separuh masak atas roti tuh. Dan ada sekaya sekali untuk dimakan bersama2. Cara nak makan, ikut kreativiti masing2. Korang nak ngap terus ke. Korang nak gaul2 dlu telur ngan sekaya tuh ke. Lantak korang lah. Tapi kalo nak lagi kreatif, korang mintak pak cik meja sebelah tolong makan kan untuk korang.
Selaen daripada Roti Titab, ada gak makanan laen. Especially nasi berlauk sebab orang Kelantan memang makan nasi berlauk pagi2. Ada macam2 jenis nasi berlauk ngan macam2 nama sampai susah nak teka ada apa dalam nasi berlauk tuh. Tu korang kena tanya tauke.
3. Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan
Sape yang pernah pergi Kampung Kraftangan kat pekan Kota Bharu, mesti pernah makan kat Restoran Nasi Ulam yang btol2 sebelah menyebelah je. Nak tengok dekat tak dekat?
[Kalo ikut exit yang nih, keluar2 terus sampai kedai makan]
Dah nama pun Restoran Nasi Ulam kan, so haruslah menu utama dia ulam untuk dimakan bersama nasi. Tapi lauk laen pun ada gak. Bukan makan nasi ngan ulam je semata2. Korang sama ada boleh gi amek nasi sendiri atau korang ada set aje bagi yang datang dengan keluarga.
*gambar makanan lupa nak snap sebab masing2 kebulur
[Apa pun, aiskrim kelapa ngan pulut kat Kampung Kraftangan ni memang best]
4. D'Klasik Kopitiam
Aku tak pasti sama ada kat Kelantan ni ada Oldtown White Coffee ke tak. Yang aku pasti, kalo takde pun takpe sebab kat Kota Bharu ada D'Klasik Kopitiam yang konsep dia lebih kurang sama je macam Oldtwon White Coffee.
Lokasi dia dekat area Wakaf Che Yeh. Kalo korang daripada Ketereh ke arah Kota Bharu, kopitiam nih terletak selepas Wakaf Che Yeh dan McDonald. Aku malas nak ulas banyak2 sebab aku percaya korang boleh agak makanan kat sini macam mana. Tapi nak tau gak, korang boleh julingkan mata tengok menu nih.
Setakat nih, tu aje antara tempat2 makan yang aku boleh share. Korang pulak ada yang nak tambah ke? Boleh aku ajak wife aku terjah lepas nih bila aku balik Kelantan laen kali...