Awal bulan November ari tuh, adik ipar aku kahwin. Jadi masa cuti Deepavali ngan Awal Muharram ari tuh, aku ngan wife aku balik Kelantan. Boleh dikatakan sambil menyelam minum air sebab sambil2 nak tolong buat preparation tuh, bercuti sekali la kan. Hehehe...
[Yang ni bukan pengantin ye]
[The real pengantin]
Tahniah kepada adik ipar aku kerana sudah berjaya bergelar seorang isteri. Bertambah lagi seorang ahli keluarga dalam family aku belah wife aku. Moga perkahwinan diorang ni berkekalan hingga ke akhirat. Bila gi kenduri kahwin, rasa macam nak kahwin lagi je. Eh? Hahaha...
[Yang ni pun pasangan bahagia gak. Hehehe...]
Next entri nanti, aku nak review tentang beberapa tempat makan yang korang boleh kunjung kalo korang datang ke Kelantan, atau lebih tepat lagi Kota Bharu. Cuti ari tuh sempat berjalan2 cari makan kat beberapa tempat since wife aku yang ajak. Aku follow aje... Jadi, nanti kan kewujudan entri itu di pasaran yang berhampiran dengan anda (baca macam iklan kat TV).
p/s: gambar teaser? apa tuh???