Wednesday, July 4, 2012

Journey to Malacca - Part 2



Berbalik kepada entri aku pasal Melaka sebelum ni, keesokan hari nyer kitorang gi jalan2 kat Stadhuys lak. Yes... Bangunan merah ni sangat popular kepada mana2 pelawat mahupun photographer yang datang ke Melaka. Kalo tak amek gambar ni, tak sah perjalanan korang ke Melaka.


[Sebelah Stadhuys ni St. Christ Church. Tapi tak masuk pun sebab
more macam art gallery je. Tak minat. Hahaha...]


[Stadhuys, gambar sisi. Gambar kat pintu masuk lupa nak amek daaa...]


[Replika kawasan Melaka semasa penjajahan Portugis]


[Kawasan Melaka pada era penjajahan Belanda. Nampak beza nyer tak?]


Lepas tu, kitorang bergerak ke Taman Buaya Melaka lak. Tapi rasa menyesal lak datang sini. Sebab takde apa yang menarik pun. Pengunjung pun tak ramai. Tengok Taman Buaya ni macam hidup segan, mati tak mahu. Tapi maybe sebab aku pergi waktu hari bekerja kot. Tu yang tak ramai.


[Taman Buaya Melaka]


[Buaya yang ada kat Taman Buaya]


[Walaupun diorang selalu lepak kat darat, tapi diorang bukan buaya darat]


[Merak yang tersesat kat sini. Ke makanan buaya ni?]


Satu2 nyer benda yang mungkin menarik minat aku adalah replika2 bangunan terkenal kat Malaysia ni.


[Masjid Negara]


[Litar Sepang]


[Putrajaya]


[A Famosa. Yang berdiri tu bukan replika. Tu orang betul]


 Lepas lunch, kitorang nak ke Taman Mini Malaysia lak. Tapi last2 tengah renovate lak. Kalo tak silap aku bulan Ogos ke bulan September baru diorang bukak balik. Aisey... Melepas lak. Pastu ingat nak pergi Muzium Kapal Selam. Tapi tak sempat lak. Terlewat 15 minit. Tapi takpe la. Snap daripada jauh pun jadi la...


[Dapat tangkap gambar bontot kapal selam pun jadi laaa...]


Sebenar nyer ada banyak lagi tempat menarik kat Melaka ni yang aku ngan wife aku tak sempat nak pergi. Banyak sangat. Tapi tu la. 2 ari je kan. Mana sempat nak jalan sumer tempat. So kena pilih la tempat mana yang menarik untuk pergi. Tapi kecewa gak la sebab Taman Mini Malaysia tak sempat pergi. Tapi takpe. Melaka, tunggu... Aku nak datang lagi laen kali. Hehehe...


9 comments:

Diari Si Froggie said...

yang replika tu best kan.. dia orang buat guna ape tu eh aswadz? batu ke?

aswadz said...

rs nyer batu. hehehe... aku xde la pi sentuh lak replika tuh.

Fakhrul Haiyin said...

wah. melakaa! last pi sana tahun 2006. hehe.

vanilla said...

xnak dh pegi..nak pegi tmpt lain plakk

Unknown said...

bestnye lahai lahai honey moon

Potia Casadelarossa said...

kenyataan yg buat aku cirit birit " Yang berdiri tu bukan replika. Tu orang betul" hakhakhk...

tirahzairi said...

untungla dpt journey....bagai...hihi

bicara mak dara said...

wahh bestnya dpt pegi cuti2 malaysia

aswadz said...

@fakhrul: pasni bole la gi lg. dah 6 tahun dah tu. hehehe...

@vanilla: baekkk...

@piraaa: mesti la best.

@potia: kih3...

@tirah: huntung laa...

@adza: best2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...