Saturday, September 15, 2012

Hotel Alami Garden

Actually aku nak up entri pasal citer Korea City Hunter. Tapi sebab baru ari tu je aku up pasal citer Shining Inheritance, rasa macam tak best lak aku up satu lagi entri pasal citer Korea lak kan. Takpe2. Next entri aku up pasal City Hunter. Hari ni aku up entri yang dah lama bersawang sebab dah berbulan2 dok dalam dashboard tak publish2.

Entri ni sebenar nyer bole dikategorikan sebagai sekuel kepada review Hotel EV World ari tuh. Masa aku gi program induksi ari tuh, aku bukan duduk kat EV World je. 2 hari terakhir sebelum tamat program, aku duduk kat Hotel Alami Garden.




Aku rasa Hotel Alami Garden ni hotel baru. Even receptionist dia pun kata yang hotel ni tak sampai setahun lagi. Terletak kat Presint 1, Seksyen 13, Shah Alam. Hotel ni aku nak kata hotel bajet pun, mungkin tak kot. Sebab rate dia takde la murah macam Hotel EV World.








Bagi aku, bilik dia nice. Katil pun selesa. Nyenyak aku tdo. Sampai nak tengok EURO 2012 pun tak terbangun masa tuh. Hahaha... Kalo nak online, ada WIFI percuma. Tak perlu nak pakai broadband bagai. Bilik air dia pun best. Cuma takde bathtub je la. Tapi aku okay je. Aku bukan minat sangat mandi bathtub nih. Sekali sekala buang tebiat je.

Kalo perut korang berbunyi sakan (makna nyer lapar la tuh), kedai makan pun ada kat sekitar kawasan ni. Cuma aku tak pernah try makan kat area sini lagi. Aku kalo duduk kat Shah Alam ni, asal makan je confirm gi Seksyen 7. Duduk jauh pun, bila bab makan, mesti gigih drive gi Seksyen 7. Ntah apa yang tarik aku gi situ aku pun tak tau. Mungkin sebab ada banyak jenis kedai makan kot. Senang nak pilih ikut selera. Tapi kalo pagi2 tu, tak yah kuar makan pun takpe. Breakfast ada disediakan.

Standard room untuk hotel ni cuma RM 118. Since bilik dia selesa, katil pun best, WIFI percuma pun ada, aku rasa RM 118 tu kira berbaloi la. Dan pada pendapat aku la, RM 118 untuk bilik yang macam ni dah kira murah untuk hotel area Shah Alam. Seriously. Memang aku recommend hotel ni kalo korang nak hotel yang murah tapi selesa.


8 comments:

vanilla said...

tp bilik sempitttttttttttttttttttt

aswadz said...

alaa... sempit sket je. tp comfy apa. nak bilik besar, kena cari hotel mewah laaa... hehehe...

vanilla said...

xcomfy...nk solat sempit je...adusss

OKje said...

Nampak macam best jugak.....hijau... cantiknya.....

Unknown said...

tandas tu open sngt...kalo dok sorg xpe...kalo member or family msk blik..serba salah nk masuk tanda

aswadz said...

@vanilla: alaa... bole je solat. berjemaah je x muat. hehehe...

@hainom: yg penting selesa.

@badren: mcm pernah duduk je? hehehe... tp cermin dia x see through. melainkan diorang mmg ada niat nak intai la.

Anonymous said...

Ada tempat park kerete tak? safe tak area tu?

aswadz said...

tmpt park kereta dia btol2 dpn hotel. ada reserve khas utk hotel. drpd segi safety, setakat yg aku duduk ari tu xde apa2 lak yg berlaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...