Saturday, September 11, 2010

Hari Raya Disambut Sederhana

 "At' (nama panggilan aku, dibaca dengan nada dengung sedikit)... Tolong kipaskan api lemang", panggil abah aku.

"Kejap", sahut aku, lalu bergegas ke tempat pembakaran lemang. berlangsung. Lalu aku mengambil surat khabar yang dah direnyuk-renyukkan menjadi tebal supaya bole dijadikan kipas. Abang ipar aku pun ada datang menolong. Aku pun mengibas2 api, supaya sentiasa marak, dan tak terpadam. Sambil2 tu, sempat mintak abah aku mengajar cam mana nak masukkan daun lemang dalam buluh.


* * * * *


Assalamualaikum sumer. Yang korang baca kat atas tu adalah adegan kisah benar yang berlaku sebelum raya tahun lepas. Ari ni dah masuk raya ke-2, tapi aku dan sekeluarga takde gi mana2 pun. Dok umah je. Hari Raya tahun ni kami sambut dengan sederhana je. Kami memang tiap2 tahun pun sambut ngan sederhana. Takde wat rumah terbuka. In fact tak pernah wat pun. Hehehe... Lagi pun, raya tahun ni agak suram sket memandangkan raya tahun ni disambut tanpa kehadiran arwah abah aku yang telah kembali ke rahmatullah pada bulan 5 yang lepas. Ditambah pulak ngan kakak aku yang kat Dubai tu tak dapat balik sebab suami dia tak dapat bercuti panjang.

So aku update ni takde la gambar2 sempena raya. Semalam takde gi mana2. Dok umah jek. Kuar pun stakat gi semayang raya ngan gi kubur. Pastu adalah kanak-kanak datang beraya dan mintak duit raya. Hehehe... Belah malam lak, saudara-mara belah arwah abah datang beraya. Time tu mak tengah semayang, kakak tengah mandi. Anak sedara lak tengah nak memerap, nak aku dukung je memanjang. Naseb baik kakak aku dah siap bancuh air. Tinggal nak hidang je. So most of it adik aku la hidangkan. Aku just tolong angkat sket2 je. Dah tengah dukung anak buah, apa sangat la bole wat kan.

Malam ni, takde rancangan nak wat apa lagi. Maybe tengok bola kot. Game Manchester Utd lwn Everton. Petang ni nak gi Pasaraya TF. Kakak aku nak beli barang, nak wat mee kari sok. So, before aku akhiri entri aku untuk ari ni, aku ada sedikit trivia berkenaan famili aku ngan raya tahun ni. Bak kata orang, there is always first time for everything kan. Kali ini aku post kan pasal 1st time untuk keluarga aku menyambut raya tahun ni.


1. Tahun ni yang paling terkilan skali, tahun ni adalah 1st time beraya tanpa ayah. Rasa sedih gak bila fikir2 balik. Tu yang takde mood sangat nak berhari raya tahun ni.

2. 1st time gak beraya tanpa kakak aku yang ke-2. Suami dia baru tukar keje kat Abu Dhabi. Sebab baru bekerja tak sampai 3 bulan, so tak layak nak mintak cuti lama2. Tu yang tak balik raya tahun ni. Bulan Oktober ni baru dapat balik.

3. Tahun pertama aku sambut raya dengan mempunyai kerjaya sendiri. Tahun lepas sambut raya, aku still seorang penganggur. Tapi tahun ni dah bekerja dah. Cuma tak dapat lagi nak bagi duit raya sebab bajet aku bulan ni kena simpan repair kereta. Kali ni, radiator lak wat masalah.

4. Raya tahun ni, anak buah dah bertambah jadi 3 orang. Nama anak buah aku yang paling latest ialah Nur Irdina Farhanah. Dua lagi anak buah aku (aku tak pernah mention nama penuh diorang) ialah Nur Aina Aqilah dan Ahmad Danial.

5. Kali pertama menyambut Hari Raya kat umah dan tak kuar gi mana2. Slalu nyer at least akan kuar gak gi 1-2 umah. Tahun ni tak pegi langsung. Orang je datang ke umah.

6. Tahun ni 1st time makan lemang yang dibeli. Kebiasaan nyer, kitorang makan lemang yang arwah abah aku wat je. Tapi sebab aku tak reti nak wat lemang, tahun ni beli je. Aku reti masukkan daun pisang dalam buluh ngan bakar lemang je. Yang laen tak reti. Sebab tak sempat nak belajar. Hehehe...

2 comments:

Anonymous said...

Owh, takziah kpd arwah ayah awk... mudah2 mudahan rohnya dicucuri rahmat...

Mcm kwn sy gak, raya thn ni adelah yg first dia beraya tnpa ayah dia... Cian gak tngok dia sedeyh smpai nangis bila dia cerita psal arwah ayah dia... Sy just dpt bsimpati dgn kwn sy tu je... mmmh..

Utk sy plak raya thn nie mcm thn2 lpas, biasa je... x meriah pn... Mcm thn lpas, x gi sorg pn umah member2, yelah xde lesen motor agi... umah member pn mmg x tau kt mne.. tu yg duk tperap kat umah je.. ape jenis member la sy ni...hohoho..

Sy just mengharap smbutan raya kat kolej yg akan diadakn pd Jumaat dpn je, bru dpt rase beraya... kalu x, beraya sorg2 la jawabnye...huhu... :p

aswadz said...

sy pun xde gi mana2 sgt pun. tnggu org dtg beraya ke umah je. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...