More like honeymoon. In before, entri yang banyak gambar.
Dah lama aku tak jejak kaki kat selatan Semenanjung Malaysia. Paling jauh pun takat Port Dickson 2 tahun lepas. Tu pun sebab amek adik aku abes belajar kat Politeknik sana. Lepas majlis resepsi belah aku ari tuh, aku ngan wife gerak gi Melaka. Konon2 nak redah je masa kat sana, memang takde book pun hotel. Even hotel mana nak duduk pun tak cari. Tapi last2 kitorang duduk kat Hotel Emperor.
Sampai Melaka waktu tu dah petang. Hujan renyai2 lak. Memang takde planning nak berjalan pun. Keesokan hari nyer, agak compact jadual cuti2 Malaysia kitorang. Tempat pertama yang kitorang lawat tak laen tak bukan, benda yang paling famous skali kat Melaka iaitu Kota A'Famosa. Owh, kalo korang cari dalam GPS Papago, tak wujud Kota A'Famosa ni. Korang kena cari Porta de Santiago.
[Porta de Santiago merupakan satu2 nyer runtuhan kota yang masih tinggal]
Pastu kalo korang naek bukit belakang Porta de Santiago ni, korang akan jumpa Gereja St. Paul. Gereja ni besar sket berbanding Porta de Santiago. So seronok sket nak meneroka gereja nih. Hehehe...
[Gereja St. Paul di puncak bukit St. Paul]
[Jenguk ke dalam, ada banyak duit. Tapi duit Malaysia. Wishing well ek? Hehehe...]
Tadi sambil aku tengah wat entri ni, aku terbaca lak rupa2 nyer ada lagi runtuhan lama yang dijumpai. Santiago Bastion ngan Middelsburgh Bastion. Santiago Bastion dekat2 situ gak rasa nyer sebab nama pun Santiago gak kan. Pastu ruin dia ada bersambung ngan Porta de Santiago kalo tak silap aku. Tapi since aku tak tahu menahu langsung pasal Santiago Bastion, memang tak jumpa la... Tiba2 rasa cam nak pergi Melaka lagi skali. Hahaha... Middelsburgh Bastion lak kalo tak silap kat area2 Stadhuys.
Tak jauh daripada Porta de Santiago, terletak nyer Istana Kesultanan Melaka. Actually kat area situ memang ada banyak muzium. Tapi muzium yang laen agak kurang berminat nak masuk. Ditambah lak dengan jadual yang pack sebab banyak lagi tempat nak gi, muzium yang laen setakat tengok kat luar je la.
[Istana Kesultanan Melaka]
Dah nama pun Istana Kesultanan Melaka, confirm2 lah dalam muzium ni banyak pasal Kesultanan Melaka kan. Hehehe... Replika Istana Sultan Mansur Shah ni memaparkan artifak, diorama dan gambar dan antara nyer adalah susunan kedudukan pegawai istana semasa menghadap sultan, citer tentang Tun Perak, Tun Teja, Tun Kudu dan juga pertarungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat.
[Kalo tak tahu kisah Tuah-Jebat ni, korang belum cukup Malaysia lagi]
Lepas penat berjalan, kitorang gi Menara Taming Sari lak yang terletak berhampiran dengan Dataran Pahlawan. Dah tak larat jalan, apa kata enjoy view Melaka kejap.
[Menara Taming Sari yang tak nampak puncak. Hahaha...]
[Bole nampak Bukit St. Paul daripada sini]
[View Dataran Pahlawan]
Lepas tenaga dah kembali pulih (pulih la sangat kan), menapak pulak ke Muzium Maritim. Tarikan nyer semesti nyer replika kapal Flor de la Mar yang merupakan kapal kargo Portugis yang tenggelam di Selat Melaka pada suatu ketika dlu. Kalo nak tahu, kapal Flor de la Mar ni masih belum dijumpai dan dikhabarkan merupakan the richest shipwrecks never recovered. Tak caye? Baca kat SINI.
[Kapal replika Flor de la Mar]
[Terserempak ngan Najwa Latiff tengah posing sambil pegang botol air. Terus aku snap]
[Buat2 candid walhal sebenar nyer posing. Kat Muzium Maritim ke-2
sebelah Flor de la Mar]
Siang tu takat situ je. Tak larat nak jalan dah. Lagi pun dah petang dah. Baek balik rehat je. Malam tu naek Melaka River Cruise lak. Korang akan naek bot menyusuri Sungai Melaka sambil menikmati pemandangan sekitar sungai tersebut. Since kitorang gi belah malam, pemandangan cantik la sket. Cuma gambar yang kitorang tangkap agak blurry sket. Maklum lah, bukan DSLR.
[Suasana malam semasa naek bot]
[Antara gambar yang tak blur berjaya ditangkap]
Errr... Setakat ni je la dlu ye. Nantikan part 2. Aku nak gi berak jap. Hahaha...
7 comments:
serius dah berdekad tak pergi melaka nie.. SUPER COOL honeymoon dalam Malaysia, mudah dan jimat kan? kan? haha.. eh ada najwa latif la.. kim salam sama dia.. saya peminat tegar dia. :P hish nak berak pulak baru nak sambung baca lagi.
Bercuti ke Melaka memang mengasyikkan. Banyak tempat2 menarik utk di lawati. Kalau nak cari homestay yg dekat dgn tempat-tempat menarik di Melaka ni, blh cari Homestay Kesidang. Tapi musim cuti sekolah yg lps homestay fully booked. Nak cari homestay Kesidang lawati http://jakmashomestay.blogspot.com
dah lama x jalanjalan melaka. mcm syok la pulak bila tgok gmbr dlm blog ni hehehe
So nice the kota a'famosa is empty when you're there. The last time I visited, it was really crowded because it was a public holiday. :)
@aida: of course la jimat. hehehe... nanti aku tolong kirim salam kat najwa latiff.
@kesidang: thank you for the info.
@tikah: pasni bole la maksud kan melaka sbg slh satu destinasi kalo ada nak bercuti2 malaysia nnt.
@ken wooi: lucky me, i guess since I go to Melaka on working days and just after school holiday ends.
bestnyaaaaaaaaaaa melaka. teringin nak pi. haaaii~ taktau bila lagi buleh pi. hmm ~.~
nnt2 free, bole la gi.
Post a Comment