Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday #10

Monday, April 23, 2012

10 Hotel yang Daebakk!!

Banyak sangat duit sampai tak tahu nak perabeskan tang mana? Apa kata spent duit korang gi melancong dan duduk kat hotel2 yang best macam hotel kat bawah ni.


1. Yas Viceroy Hotel
Abu Dhabi, UAE




2. Axis Viana Hotel
Viana de Castello, Portugal




3. Southern Ocean Lodge
Kangaroo Island, Australia




4. Marina Bay Sands
Singapore




5. Bella Sky Comwell
Copenhagen, Denmark




6. Miura Hotel
Celadna, Czech Republic




7. Jumeirah at Etihad Towers Hotel
Abu Dhabi, UAE




8. Radisson Blue Waterfront Hotel
Stockholm, Sweden




9. Hotel Americano
New York City, New York




10. Hotel Consolacion
Teruel, Spain






Thursday, April 19, 2012

Next Korean Drama Review

Aku baru lepas abes tengok citer Korea yang satu ni. Tapi since aku tak sempat nak tulis review pasal citer ni, aku malas la nak reveal citer apa yang aku tengok tu. But to make it more interesting, apa kata korang teka citer apa yang aku baru lepas tengok.


[Ditayangkan kat SBS bulan May tahun lepas]


Yang ni lak salah satu OST citer ni yang berjaya menarik minat aku. Sape2 yang pernah tengok citer, agak2 bole teka tak kalo dengar lagu ni. Keh3...


[Maaf ler kalo pronunciation aku tak sama ngan bahasa Korea yang original]
Muzik latar original: Benchbriancagas


Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday #9



Monday, April 16, 2012

3D Illusion

Selalu nyer kita ilusi2 melalui gambar kan. Aku sure korang sumer pernah tengok kan ilusi yang jenis gini nyer. Bukan setakat kat blog je. Kat FB pun sometimes orang share. Kat page Yahoo! pun kadang2 ada. Hari ni aku nak share satu video berkenaan dengan 3D illusion.




Sebenar nyer, sculptures yang korang tengok kat gambar atas ni takde la tebal seperti yang ditunjukkan apabila dilihat daripada satu sudut. Korang bole tengok video dia kat bawah.




Sumber: Brokeout

Sunday, April 15, 2012

Kota Purba #5 - Angkor Wat

Setelah edisi Kota Purba terbengkalai sejak November lepas, kali ni edisi ke-5 muncul. Jika sebelum ni aku dah citer pasal Petra, Chichen Itza, Derinkuyu Underground City dan Machu Picchu, kali ni aku nak share sedikit sebanyak tentang Angkor Wat lak.




Angkor Wat terletak di Angkor, Kemboja dan telah dibina oleh Raja Suryavarman II (of course bukan dia yang bina, tapi kuli2 dia) pada awal kurun ke-12. Kuil ini dibina sebagai dedikasi kepada dewa Hindu, Vishnu. Namun begitu, fungsi Angkor Wat bertukar daripada Hindu kepada Buddha di bawah pemerintahan Jayavarman VII.

Angkor Wat merupakan satu2 nyer kuil di tapak tersebut yang masih dapat mengekalkan ciri2 keagamaan Hindu dan Buddha. Kalo korang nak tahu, Angkor Wat ni merupakan satu2 nyer tarikan pelancong ke Kemboja dan populariti nyer begitu tinggi sehingga dijadikan simbol pada bendera Kemboja.


[Bendera Kemboja]


Angkor Wat juga merupakan salah satu hasil klasik yang menggunakan Khmer architecture sebagai design. Angkor Wat adalah kombinasi "temple mountain" dan merupakan simbolik kepada Mount Meru yang dianggap sebagai home of god. 5 menara di tengah kuil mewakili 5 puncak gunung manakala dinding dan parit yang mengelilingi Angkor Wat melambangkan banjaran gunung dan lautan.


[Struktur Angkor Wat daripada pandangan udara]




[Plan Angkor Wat]


[Angkor Wat mini]


Sumber: Wikipedia


Saturday, April 14, 2012

Daripada Kawan kepada Kekasih

Mana2 yang dah bercouple, bakal berkahwin mahupun yang sudah berkahwin, sila abaikan entri ini. Kalo nak baca pun, baca saje2 je. Jangan gatal2 nak aplikasikan lak. Tak elok curang...

Aku rasa sumer orang mesti ada kawan rapat yang berlainan jantina yang sker dengar luahan hati korang. Korang pulak selesa share masalah ngan dia. Tapi lama2, korang macam ada perasaan sker kat kawan korang tuh. Sepanjang masa imej dia bermain2 di kepala korang. Korang nak luahkan, tapi takut kena reject dan last2 korang akan kehilangan sorang kawan baek.

Apa yang korang nak wat?


1. Usha dlu dia single ke tak

Walaupun korang sker kat kawan korang tuh, jangan maen serbu je. Alih2 kalo dia dah kena book ngan orang laen, tak pasal2 kawan korang tu akan bertanggapan negatif terhadap korang. Like "Eh, tiba2 lak budak ni ngorat aku" atau "Buang tebiat ke hape kawan aku yang sorang nih?".




Kalo dia single, bagus la. Ada chance la korang masuk jarum kan. Tapi kalo dia dah berpunya, jangan nak masuk jarum gak. Nanti ada yang terluka dek ketajaman jarum tersebut.


2. Confirm kan dlu perasaan korang

Lepas dah confirm dia single, korang still tak bole serbu terus. Korang kena fikir dlu perasaan korang tu btol2. Real ke tidak. Ke perasaan tu muncul masa2 tertentu seperti masa korang depress ke. Confirm btol2. Confirm btol2. Macam mana nak confirm kan? Hhhmmm... Payah nak jawab tu. Susah sangat, apa kata korang semayang istikharah. Hehehe...


3. Bagaimana lak perasaan dia?

Agak2 dia sker kat korang tak? Itu yang korang kena amek tahu sebelum korang btol2 approach kawan korang tu. Adakah korang orang pertama yang dia share good/bad news? Dia sker tak melepak ngan korang atau spent time together2? Masa yang korang spent bersama makin banyak tak? Kalo yes, tanda positif la tuh.

Untuk btol2 confirm kan perasaan kawan korang tu, apa kata korang drop some hint. Contoh nyer, "Aku enjoy la spent masa ngan ko" atau "Kan bagus kalo perangai ex aku macam ko". Kalo dia paham hint korang, bagus la.




Kalau korang percaya dan dah btol2 confirm yang kawan korang tu pun minat kat korang, bole la korang start memikirkan cara2 nak approach. Jangan tunggu dia approach korang dlu. Kang dua2 maen tarik tali, melepas lak.


Friday, April 13, 2012

T-ara - Roly Poly in Copacabana

Sape2 yang minat K-pop, mungkin pernah dengar lagu Roly Poly, apa tah lagi kalo korang ni peminat kumpulan T-ara kan. Aku percaya korang pun pernah tengok MV diorang. Tapi kali ni aku nak share lagu Roly Poly versi berbeza sket dengan yang biasa korang dengar iaitu versi Copacabana.






MV Roly Poly versi Copacabana ni berbeza kalo nak compare ngan yang original. MV kali ni menampilkan ahli kumpulan T-ara dengan rupa yang lebih natural dan santai bertemakan budak sekolah menengah. Tapi yang tak bole blah, apsal tarian diorang dalam MV ni macam tarian orang malas2 je. Versi copacabana memang macam tu ek?




p/s: Park Ji-yeon siap bole makan gula2 getah lagi menari.


Wednesday, April 11, 2012

Wordless Wednesday #8



Turut bersama waktu kejadian: Yuyu Ali (jenuh cari tak jumpa link blog beliau) dan Jajam


Tuesday, April 10, 2012

Bakat Terpendam Si Cilik

Korang masa kecik2 dlu ada bakat terpendam tak? Masa korang umur 7 tahun, apa bakat korang yang terserlah? Menyanyi dalam bilik air tak dikira sebagai bakat terpendam ye. Aku sebagai bebudak normal yang menjalani kehidupan yang serba-serbi normal, takde bakat yang terpendam mahu pun perasaan yang terpendam di dalam hati.

Tapi ada sorang budak dari Jersey City ni, umur 7 tahun dah pandai baling2 dough pizza. Ye, baling. Dah dalam English nyer dough-tossing technique. Mesti la dalam BM istilah tu jadi teknik membaling dough kan. Hahaha... Yeah, I know its weird.




p/s: makan apa bebudak ni sampai pandai cenggitu?

Monday, April 9, 2012

Song Ji Hyo Malaysia?



Hahaha... Ada iras2 tak?


Saturday, April 7, 2012

Tanda2 Korang Patut Tukar Kerja

1. Company tempat korang bekerja struggle daripada segi financial. Sebab anytime korang bole kena pecat, especially kalo performance korang kat tempat keje cuma ala kadar je. Average. Sebelum kena pancung, better cari keje laen.

2. Bos korang banyak komen tentang keje korang. Kalo dlu kebanyakan komen cuma pasal hasil kerja korang je, tapi skang sumer benda yang korang buat ada je yang tak kena, bersiap sedia la. Ada benda la tuh. Menanti masa.

3. Rasa marah, rasa menyampah, rasa teruk dan segala rasa yang sama waktu dengan nyer terhadap pekerjaan korang merupakan perkara biasa. Tapi kalo dah tiap2 hari dan berbulan2, korang tak rasa ada something off kat situ?



[Kalo dah macam ni, wajib tukar keje kot]


4. Korang jadi demotivated yang amat sangat sebab apa yang korang harapkan terhadap pekerjaan korang langsung tak sama secara realiti.

5. Bos korang tak amek port langsung pasal hal korang. Korang ada masalah ke, bos korang tak amek kesah pun. Even korang nak cari keje laen pun bos korang buat relax je. Means korang tak diperlukan la tuh.


p/s: naseb baek bos aku baek.


Friday, April 6, 2012

Mendapatkan Perhatian Si Dia (For Girls Only)

Korang ada minat kat satu mamat ni. Hensem. Macho. Smart. Bergaya. Kira nyer apa yang mamat ni ada, sumer korang sker. Even ada jerawat batu kat atas hidung pun korang kata comel. Tapi masalah nyer, korang tak tau macam mana nak approach mamat tu. Korang pun tak sure sama ada dia perasan ke tak yang korang slalu usha dia tiap2 ari. Yela kan. Sape la korang untuk memintal buih. Ahahaha... =_="

Aku bukan la pakar pun bab cinta ni. Nak menulis entri ni pun takut kena bahan balik ngan korang. Tapi aku tak kisah la. Aku nak publish gak entri ni sebab pendapat orang kan berbeza2. Aku ada pendapat aku sendiri. Kot2 la korang try tips orang laen tak menjadi. Pakai tips aku menjadi lak. Kalo menjadi, jangan lupa ajak aku jadi pengapit pihak lelaki nanti.


1. Selalu bertegur sapa

Kalo tiap2 hari setakat usha daripada jauh je, dah sah2 la dia tak kan kenal korang sampai bela2. Atau mungkin dia kenal takat gitu2 je. Untuk mendapatkan perhatian dia, korang kena la rajin bertegur sapa. Bagi dia familiar sket ngan muka korang. Kalo bole perkenalkan terus diri korang. Sebut tiap2 hari sampai dia hafal nama korang.




2. Menonjolkan diri

Setakat menonjolkan dada je tak guna. Tu hanya mengundang lirikan nakal lelaki yang lalu-lalang. Tu pun kejap je. Kalo nak menarik perhatian dia, kena buat something yang buat korang nampak stand out berbanding aweks yang laen. Baru la kepala otak dia bole simpan profile korang dalam memori dia. Korang rajin2 la buat muka comel ke atau apa2 je la.

Lagi satu cara adalah selalu hangout di tempat dia selalu lepak. Kalo dia sorang dan korang sorang, lagi bagus. Probability dia untuk approach korang adalah lebih tinggi. Korang ingat lelaki ni berani nak approach ke kalo korang lepak ramai2. Lelaki ni penakut la sebenar nyer.

Nak cara lagi senang, korang curik seluar dalam dia senyap2. Besok pagi bagi kat dia face to face. Confirm dia ingat korang sampai bila2.




3. Slalu berhubung

Bila masing2 dah kenal, chances untuk korang bertukar2 nombor telefon, akaun facebook, twitter dan sebagai nyer pun makin tinggi. Jadi bila korang dah dapat info2 tu, jangan la simpan buat pekasam lak. Guna kan sebijak mungkin. Maksud aku ngan bijak tu adalah dengan slalu berhubung. Bukan jadi stalker ye. Bagi diorang selesa bersembang ngan korang via dunia maya skali pun.





4. Nampak cantik, comel, bergaya atau whatsoever yang berkaitan

Lelaki ni jenis yang predictable. Kalo korang nampak cantik, comel, anggun dan bergaya, confirm diorang akan jatuh cinta kat korang. Well. boys adalah jenis yang terpengaruh ngan daya visual. Tapi let me tell you this. Cantik dan comel tak semesti nyer limited kepada paras rupa je ye. Kalo nak tahu lebih lanjut, korang bole baca entri aku yang INI.




Apa pun, jodoh tu ketentuan Allah juga kan. Jadi yang masih forever alone tu, jangan la nak sedih2 sangat. Bole praktikkan tips2 yang aku bagi ni. Kot2 la sangkut sorang dua. Hehehe...

Wednesday, April 4, 2012

5 Bilik Tidur yang WOW!!

Hari ni aku nak share ngan korang 5 buah bilik tdo yang kalo korang tengok, korang mungkin akan ter"wow" ngan decoration aka kemewahan bilik2 tersebut. Orang miskin macam aku ni bole tengok je la. Pastu publish kat blog. Hahaha...


[Bilik tdo ngan swimming pool plus water slide]


Kalo bilik tdo korang dah ada swimming pool ngan water slide, mesti korang akan wat dunno je kalo member korang ajak gi lepak kat waterpark. "Apa? Bukit Merah? Gambang? Sunway Lagoon? Pfffttt..." Memang sejuk la bilik ni sebab ada swimming pool. Masalah panas waktu tengah2 malam pun tak jadi hal dah sebab kalo panas apa susah. Terjun la masuk kolam. Jangan masa tdo tergolek masuk kolam sudah.


[Lampu neon menyinari bilik waktu malam]


Perghhh... Yang ni nampak cantik dan macam best je. Cool tak kalo malam2 bilik korang diterangi ngan cahaya lampu neon? Mesti la cool kan. Bandar2 kat Malaysia ni pun blom tentu sumer ada lampu neon. Bilik Cik Neon pun blom tentu ada lampu neon kan. Hik3... Tapi kat bilik tdo korang ada. Haaaaa... Tapi bil api confirm mencanak la. Tapi kalo ada bilik ni, dah sah2 kaya kan. Jadi apadehal kan.


[Bilik tdo ngan hiasan mural pada dinding]


Bilik tdo berdindingkan cat satu warna kadang2 membosankan. Lagi2 kalo warna dinding tu tak mengancam. Sayu. Layu. Untuk memeriahkan suasana bilik tdo untuk menjadikan nyer lagi mewah dan tampak eksklusif adalah dengan mengupah pelukis mural untuk melukis mural kat dinding bilik korang. Tapi kalo korang ada adik kecik yang rajin melukis, mungkin akan ada lukisan mural free kat dinding bilik tdo korang. Baek korang pi check.


[Faux stone sebagai dinding bilik]


Kalo rasa lukisan mural pada dinding bilik tdo tak cukup mewah, pecah dinding asal dan guna faux stone sebagai dinding. Baru la mewah. Adik kecik nak melukis mural free pun tak dapat. Hahaha... Owh yea, aku tak tau faux stone tu dalam BM apa. Google translate kata batu palsu. Ikut korang la nak percaya ke tak. Hehehe...


[Bilik tdo dengan cermin kaca mewah]


Bilik tdo mewah kena la hias ngan cermin yang mewah kan. Baru la classy dan membuatkan tetamu kata "Woww!!" bila masuk bilik tdo korang. Tak kan bilik tdo power, tapi pakai cermin yang style gantung guna skru/paku tuh. Tak woww la der. Tapi kalo letak cermin mewah banyak sangat, probability untuk terserempak ngan hantu cermin adalah lebih tinggi. Hahaha...


p/s: amacam? ada terkeluar perkataan "woww" tak dari mulut korang?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...