Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Wednesday, June 29, 2011

Alien Sebenar?



Mungkin tidak... Tapi before aku membuat ulasan aku yang tersendiri, apa kata aku citer sket pasal video nih.

**********

Video ni telah berada di YouTube sejak April 2011 dan menunjukkan sekujur tubuh makhluk yang kaku dan tidak dapat dikenali. Tak dapat dikenali dalam entri ni bukan bermaksud tubuh makhluk tu dah kena lapah dek haiwan buas. Tapi lebih kepada rupa nyer yang macam makhluk asing.

Tempat kejadian adalah di Siberia, Rusia. Irkutsk yang terletak di kawasan Siberia sememang nyer merupakan kawasan hangat UFO sebab banyak laporan telah dibuat melibatkan UFO sighting di ruang udara Irkutsk.

Berkenaan dengan video ni, UFO believer yakin yang mayat alien dalam video ni adalah mayat yang ditinggalkan oleh alien2 yang so-called "melawat Bumi" dan mengalami kecelakaan. Ada juga yang percaya pihak berkuasa Rusia terlepas pandang mayat alien ni sewaktu kerja2 alien cover-up.

**********

Well... Seperti yang aku cakap tadi. Video ni pun aku rasa adalah hoax je. Cuma UFO belieber je yang akan percaya. Pasal pe aku cakap hoax? Seperti apa yang aku cakap pada awal entri tadi. Ni adalah my personal opinion.

Sebab apa aku berpendapat sebegitu? Sebab kenapa badan alien tersebut sebijik macam yang ada dalam muvi dan filem zaman skang? Ni mesti ada orang yang fabricate mayat tu. Since kita dah tanam kat kepala otak kita sejak kecik menerusi filem2 yang alien tu macam tu rupa nyer, so secara automatik nyer kita percaya yang rupa alien adalah macam tu...

Nape rupa alien tak macam dalam muvi Thor? Tak pun macam Transformer? Green Lantern?


Sumber: Yahoo! News


**********************************************************************************
You make it, #AstroMyMusic will air it! Submit ur own made true blue Malaysian music video ad submit it here.


**********************************************************************************

Monday, June 27, 2011

Gorgeous without Make-up

Bulan lepas, Arirang TV (Korea nyer broadcasting station) ada melakukan survey. Tajuk survey "looking like goddess without make-up". So, nak tau artis Korea mana yang still nampak cantik walaupun tanpa make-up?

Hasil kajian daripada survey ni didedahkan sewaktu rancangan Pops in Seoul yang diacarakan oleh NS Yoon Ji. Dan jawapan nyer...

Tadaaa... YoonA SNSD...


[YoonA SNSD]


Kecantikkan YoonA turut diakui oleh ahli kumpulan Kara, diorang nyer rival group. Diorang describe YoonA sebagai "the prettiest female singer without make-up on".

Selaen daripada YoonA, tempat ke-2 milik Sandara Park (2NE1), dan diikuti oleh Han Sunhwa (Secret), Kan Min-kyung (Davichi) dan So-hee (Wonder Girls).


[Sandara Park 2NE1]


[Han Sunhwa Secret]


[Kan Min-kyung Davichi]


[So-hee Wonder Girls]




p/s: aku tak sure la gambar yang aku post ni diorang pakai ke tak make-up. aku maen sambar je nih...


***********************************************************************************

Which Smartphone are you?


***********************************************************************************

Saturday, June 25, 2011

SNSD dan Kisah Semalam

Perghhh untuk ari nih. Terima kasih kepada ujian kecergasan yang SIRIM Bhd lakukan kat AMREC Khamis lepas, aku telah mula merasai lenguh2 otot pada kaki dan abdomen aku. Terasa cam abdomen aku ni kena stretch je kadang2. Ni mesti pasal semalam tak dapat nak rehat. Hehehe...

Eh, lupa lak aku. Korang mesti tertanya2 kan apa yang dah berlaku semalam. Adakah aku terserempak dengan SNSD semalam, sampai menulis entri dengan tajuk yang sedemikian rupa. Ecece... Sori lah sebab buat korang sumer tertanya2. I'm sorry... (sila baca guna nada Amir Raja Lawak nyer style)

Semalam the whole waktu siang aku, aku telah spent kan dengan berjalan2 kat Ipoh. Semayang Jumaat pun kena singgah rumah sedara, semayang kat masjid area umah sedara aku.

Actually, pagi semalam aku gi Puspakom skali ngan adik ngan mak aku. Kereta aku kena wat ujian Puspakom. Alhamdulillah. Lulus. Naseb baek tak lama. Pastu belah petang lak, lepas Semayang Jumaat, mak aku nak kena gi bangunan TM lak, ada mesyuarat pasal khairat kata nyer. Maklumlah, mak aku dah jadi ahli seumur hidup Telekom (nama dlu).

So... Sementara nak tunggu tuh, aku ngan adik aku berjalan2 kat sekitar kawasan tu. Sebab malas nak drive pusing2, aku ngan adik aku menapak aje la. Tapi tu lah masalah nyer. Sekitar tu takde tempat menarik pun. Cuma ada shopping complex Yik Foong je. Memang dah lama giler aku tak menjejak kaki kat situ. Masa muda2 (zaman sekolah menengah) dlu slalu ar.


 [Shopping complex Yik Foong. Ni gambar dlu kot.
Skang ni nampak macam dah lusuh sket]


Untuk korang yang tak tau, kat Yik Foong ni ada banyak kedai komputer. Berlambak giler la. Kedai jual CD games pun banyak gak. Memang tempat aku beli CD games masa zaman dlu kala.

Tapi Yik Foong skang ni tak macam dlu. Macam dah downgrade giler. Aircond pun takde. Pasaraya TF pun ada aircond okeyh...

Okay. Here's the part yang korang tunggu2 dari tadi....

Masa aku jalan2 kat dalam shopping complex tu, aku terserempak ngan SNSD. Selalu gak aku terserempak ngan diorang. Asal menapak sket je, jumpa diorang. Sat lagi aku menapak lagi 2-3 langkah, jumpa diorang lagi.

Yela... Diorang kan skang ni dah jadi model iklan untuk Intel Asia. Asal aku jumpa je kedai komputer, nampak poster diorang. Menapak 2-3 langkah, jumpa kedai komputer lagi, nampak diorang lagi. Ada yang tampal poster SNSD. Ada yang pasang video SNSD kat laptop/ PC.


[SNSD duta Intel Asia]


Hehehe... What do you expect? Aku terserempak dengan real SNSD kat shopping complex yang dah downgrade? Tak kot... Kalo jumpa kat Jusco Ipoh tu, mungkin ada keberangkalian gak kan. Hehehe...

Nape? Rasa tertipu ke? Hik3...

Untuk meredakan perasaan "tertipu" korang, apa kata korang layan video diorang nih...




***********************************************************************************
MTV World Stage is happening Live in Malaysia at iCity Shah Alam on 24th July 2011.


***********************************************************************************

Thursday, June 23, 2011

Tournumnet dan Asal Usulnya

Masih ingat lagi entri pasal bowling tournumnet? So, as promise, ari ni aku akan reveal macam mana perkataan "tournumnet" ni terhasil, walaupun tubuh badan aku agak letih malam ni. Pasal pe? Pasal siang tadi ada ujian kecergasan kat tempat keje yang merangkumi joging 2.4 km, bangkit tubi, lompat jauh dan lari ulang alik.

Tapi aku insist untuk tulis gak entri ni, sebelum aku terlupa terus pasal benda ni dan tak nak korang ternanti2. Eh, ada yang menanti ke? Hehehe...

This entri mungkin agak short, sebab citer tentang asal usul tournumnet ni pun memang pendek je. Tup tap tup tap, dah wujud dah perkataan tournumnet nih...

Sebenar nyer perkataan tournumnet ni pun, as you all may already guess, adalah datang daripada perkataan tournumnet. Masa salah sorang member aku nih (aku gelarkan dia Member A) tengah design poster untuk game bowling kitorang. Tujuan poster adalah untuk sker2. Maklum lah, Member A ni memang banyak "masa lapang".

Masa dia design poster tu, dia pegi eja tournament tu jadi tournumnet. Pastu dengan confident nyer dia anta ke member aku yang lagi sorang ni (aku gelarkan dia Member B) yang act konon2 nyer sebagai editor. Tapiiii... Member B dengan confident je meluluskan poster yang Member A tadi wat. Sah la dia tak baca kan. Dan tak perasan kesalah-ejaan oleh Member A tadi.

Maka disebarkan poster yang tersalah eja tu kat sumer orang yang terlibat dalam maen bowling tuh....


[Ni la hasil nyer...]


***********************************************************************************



RM1,000 Given out Every Mondays, Wednesdays and Fridays for 4 weeks!




***********************************************************************************

Wednesday, June 22, 2011

Pemandu, Kereta dan Tabiat #7

"Beballation" of the Day Award goes to...




Tabiat pemandu kita. Macam ni pun ada...


**********************************************************************************

How would you spend RM50,000?



**********************************************************************************

Tuesday, June 21, 2011

Career Fair & Career Summit

Assalamualaikum sumer.

Apa habaq hangpa ari nih? Harap2 hangpa sumer sihat noh... Ari nih aku nak share kat korang (eh, dah revert balik ke style tulisan asal?) sumer pasal satu career summit yang akan berlangsung pada bulan depan.

Universiti Teknologi Malaysia akan mengadakan satu career summit dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan sumer pelajar universiti dijemput menghadiri Career Summit for Future Malaysian Leaders 2011 atau shortform nyer CASFUMAL. Kalo korang nak lawat laman web rasmi diorang, bole klik kat SINI.



Antara banyak2 event yang akan berlangsung, of course la ramai yang akan tertumpu kat Career Fair pada 2 dan 3 Julai ni kat KL Sentral. Eh, jap. Apsal wat kat KL Sentral ek? Muat tak ni nak menampung jumlah orang yang ramai? Tu tak campur lagi ngan orang yang nak naek komuter ngan LRT. Kang bersesak lak.

Anyway, kepada pelajar2 universiti yang bakal grad atau kepada mana2 pelajar yang dah grad tapi still tak jumpa lagi pekerjaan yang sesuai, apa kata korang serbu dan menyesakkan lagi KL Sentral pada 2 dan 3 Julai depan.


Antara event-event yang akan berlangsung semasa CASFUMAL:

Career Fair - 2 & 3 Julai 2011 (KL Sentral)
Career Talk - 23 & 24 Julai 2011 (Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang)
Conference Dinner - 23 Julai 2011 (Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang)
UN Mock Up Meeting - 24 Julai 2011 (Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang)


Kepada sape2 yang nak berdaftar dengan laman web carian pekerjaan, apa kata korang baca entri aku pasal JobsCentral.




***********************************************************************************


This song is a great mid-day pick-up!




***********************************************************************************

Sunday, June 19, 2011

Kota Purba #2 - Chichen Itza

Untuk entri kali ni, aku nak wat ulasan pasal kota Chichen Itza. Perkataan Chichen Itza membawa maksud "at the mouth of the well of the Itza". Kota ni terletak di Mexico dan merupakan kota peninggalan kaum Maya. Penduduk kaum Maya dianggarkan menghuni kota ni antara 600 - 1000 A.D.


[Pelan lokasi Chichen Itza]


[Pelan lokasi. 3D pulok]


Sebenar nyer Chichen Itza ni ada banyak tempat yang menarik. Even aku tak tau nak tulis yang mana satu. Kalo nak tulis sumer, rasa cam banyak sangat la pulak. Tapi... Aku rasa aku akan pilih yang mana menarik je la ek.

Antara tempat yang menarik di Chichen Itza adalah Great Ball Court. Sebab apa menarik? Sebab ia nyer merupakan ball court yang terbesar pada era Mesoamerica. Ball court aku rasa tempat diorang maen permainan yang menggunakan bola la kot. Bola sepak mungkin. Hehehe...


[Great Ball Court]

Utara Great Ball Court adalah North Temple atau lebih popular dengan nama Temple of the Bearded Man. Pastu kat sebelah timur dia lak ada Temple of the Jaguar, yang bercantum dengan dinding Great Ball Court.


[Temple of the Bearded Man]


[Upper Temple of the Jaguar]


Dan satu lagi fakta menarik tentang kota Chichen Itza ni adalah ia nyer terletak berhampiran dengan lubang benam yang besar. Bukan satu, tapi dua! Lubang benam tersebut adalah Sacred Cenote (Cenote Sagrado) dan Xtoloc Cenote. Kalo nak tau, Sacred Cenote ni dijadikan tempat upacara korban semasa musim kemarau.


[Cenote Sagrado]


Dan tak ketinggalan, Temple of Kukulkan yang terletak betol2 di tengah kota Chichen Itza. Temple of Kukulkan yang juga dikenali sebagai El Castillo (The Castle) mempunyai bentuk seakan2 sebuah piramid.


 [Temple of Kukulkan]


Dan pada waktu equinox musim bunga dan luruh, salah satu sudut (kat belah tangga yang ada ukiran ular) pada struktur bangunan tersebut seolah2 membentuk bayang2 ular apabila matahari terbit dan juga terbenam. Menurut sejarah, kaum Maya memanggil ular tersebut sebagai Kukulcan atau Quetzalcoatl.


[Efek Kukulcan menggunakan artificial light]


Dan yang terakhir skali yang aku nak citer adalah berkenaan dengan rangkaian gua yang dikenali sebagai Balankanche. Caves of Balankanche. Kat dalam gua ni masih terdapat tembikar2 purba yang masih kekal di tempat asal bersama2 dengan artifak2 yang laen.


[Mitos World Tree]


Gambar kat atas ni bukan la gambar sebatang pokok. Tapi merupakan gambar yang dihasilkan daripada composite laser scan terhadap gua Balankanche. Gambar ni menunjukkan bentuk rangkaian batu kapur yang terdapat dalam gua nih.

Dipercayai bahawa mitos kepercayaan World Tree oleh kaum Maya berkait rapat dengan bentuk rangkaian batu kapur tersebut. Tapi, masa dlu mana ada laser scan kan. So macam mana diorang leh timbul dengan konsep World Tree? Ada idea kawan2?

Selaen daripada apa yang aku dah citer tadi, ada banyak lagi monumen2 yang menarik sebenar nyer. Tzompantli, Platform of Venus, Group of a Thousand Columns, Ossario (lebih kurang macam El Castillo), El Caracol dan Akab Dzib. Kalo korang nak tau lebih lanjut, bole gi wikipedia.

Okay la. Aku rasa dah panjang aku tulis nih. Aku pun dah tak bape nak larat nak tulis panjang lagi. Bagi aku rehat sket. Aku harap dengan sket info yang aku bagi ni, menarik minat korang untuk membaca pasal kota2 purba nih...

Dan kalo korang ada sedikit masa lagi yang bole diluangkan, apa kata korang layan video kat bawah ni lak.





Rujukan: Wikipedia


 **********************************************************************************

BlackBerry PlayBook has arrived. Subscribe at Maxis to be kept updated.

BlackBerry PlayBook


 **********************************************************************************

Saturday, June 18, 2011

Jersi Ke-3 Liverpool - Kenapa Nak Bantah?

[Jersi Putih-Biru Liverpool]


Cantik tak jersi kat atas nih? Bila tengok, rasa nak beli satu. Lantak la jersi Liverpool skali pun (aku fan Man Utd). Tapi dalam2 cantik tu, ada gak segelintir penyokong Liverpool yang tak bape sker dengan jersi yang cantik ni. Pasal pe diorang nak bantah?

Hanya sebab jersi ke-3 ni mengaplikasikan warna putih dan biru. Sebab pe diorang tak ngam ngan kaler putih-biru? Sebab tu kaler musuh tradisi diorang, Everton. Perghh... Kalo aku la kan, mampos pi la sama kaler ke tak. Janji lawa... Bukan senang nak dapat jersi lawa2 nih. Contoh nyer jersi Man Utd tahun lepas. Terus batal niat nak beli satu...

Lagi pun aku rasa, kalo pakai jersi ni sama ngan musuh tradisi Everton, aku rasa Liverpool pun tak leh pakai jersi merah gak sebab sama kaler ngan Man Utd. Ke Liverpool dah tukar musuh tradisi diorang sebab last season performance agak kurang mantap? Hehehe... Fan Liverpool jangan sentap ek.

Anyway, aku rasa tu up pada Adidas la diorang nak design macam mana. Diorang yang sponsor kan. Kang korang banyak songeh, dia tarik balik tajaan kang baru tau...


**********************************************************************************
MTV World Stage akan berlangsung di Malaysia di i-City Shah Alam pada 24hb Julai 2011.

**********************************************************************************

Thursday, June 16, 2011

Bowling Tournumnet

"Bro, lu salah eja tuh bro. Bukan tournumnet. Tournament..."

Eh, mana ada salah ler... Memang gitu ejaan untuk kitorang nyer tournament. Perkataan tournament tu "memang" sengaja disalah-ejakan oleh orang yang reka unofficial logo seperti yang tertera kat bawah nih. Macam mana kesah nyer tournament menjadi tournumnet, tu akan diciterkan di kemudian hari... Stay tune...


[Unofficial logo of bowling tournumnet]


Well, bukan logo pun sebenar nyer. More like advertisement. Tapi... Sker ati aku la kan nak panggil logo hatta banner skali pun. Ni kan blog aku. Ada aku kesah?


 [Telah di-edit bersama latar belakang tempat bowling]


Bowling tournumnet ni kitorang ada kan dalam 2 kali sebulan. Idea maen bowling ni muncul bila beberapa pemuda generasi baru berkumpul bersama2. Lalu mencetuskan fenomena yang tersendiri, yang bakal membawa satu arus perubahan yang mampu merombak status bowling di AMREC pada ketika ini. Tapi antara banyak2 generasi baru, ada sorang generasi yang tak bape nak muda... Ehem2...

Well, aku sebenar nyer tak pandai pun maen bowling ni. Tapi dah member2 ajak, aku on je la. Lagi baek dari tiap2 ari duduk kat umah layan movie je kan. Tapi nak maen slalu pun tak leh gak. Kopak duit aku. Kalo Les' Copaque Production nak taja aku, laen ar citer.

Sebelum aku citer lebih panjang (tak panjang pun), apa kata korang layan dlu gambar2 kami yang tak bape nak hensem nih... Ok. Aku tipu. Aku hensem sket dari diorang...


[Posing senget]


[Sesi memberi hadiah kepada pemenang. Ceish... Hadiah la sangat.
Bola bowling tu hak kedai tu punya kot...]


[Lepas maen bowling, perut masing2 mintak diisi]


[Gambar bola bowling sekadar hiasan]


[Aksi gaya bebas yang sememang nyer bebas]


Bebas itu freedom.
Freedom tu _____.
(jawapan sila rujuk pada akhir entri)

The secret of happiness is freedom.
The secret of freedom is courage.
--Thycydides--


Maen bowling ni memang la best kalo kita dapat berkumpul ramai2 kan. Sebab tu aku tak kesah walaupun aku tak pandai maen. Tapi last game aku maen nih, macam ada peningkatan yang boleh dibanggakan dalam permainan aku. Adakah aku ni "bowling prodigy"? Alahh.. Bagi la aku berbangga sket... Hampeh la korang.

Anyway, looking forward for the next tournumnet.


Bebas itu freedom.
Freedom tu BEBAS laaaaa...


***********************************************************************************

Girls… the next time your boyfriend avoids long phone conversation with the excuse of cost… show him this :P



***********************************************************************************

Wednesday, June 15, 2011

Bukit Tinggi - Colmar Tropicale

Entri ni adalah part 2 untuk trip ke Bukit Tinggi. Part 1 korang bole baca kat SINI. Sila baca part 1 ye kalo korang nak tau rate tiket nak naek ke Bukit Tinggi.

Colmar Tropicale adalah tempat yang aku tak sempat pegi masa last time aku datang kat Bukit Tinggi. Tak sangka kitorang leh miss out tempat yang menarik cenggini. Kenapa aku cakap macam tu? Cer korang tengok gambar ni.






[Welcome to Colmar Tropicale]


Menarik kan... Tu baru gambar kat luar. Jom tinjau gambar kat belah dalam lak.


[Bangunan dalam Colmar Tropicale. Menarik kan?]


Bangunan dia ala2 bangunan kat oversea kan. Hehehe... So kalo korang ada feeling2 macam kat oversea, tapi takde duit nak gi oversea, bole la datang sini. Tak kesah la oversea ke tak, yang penting the feeling kan. Tempat ni gak sesuai untuk honeymoon kot...

Kat sini ada hotel kalo korang nak menginap. Siap ada swimming pool lagi. Tapi, once again, aku tak tau rate dia. Tapi cik awek aku cakap dalam RM 100++ kot. Tapi kat sini, sori la kalo nak makan nasi goreng ke, tomyam ke. Memang tak dapek ar. Kat sini makanan western2 je.


[Aiskrim, french fries dan pizza untuk 2 orang makan ~ RM 60]


Selaen daripada tu, kalo korang stay lama sket kat Colmar Tropicale, korang bole tengok persembahan2. Tapi ada masa2 dia la. 2 jam sekali kalo tak salah aku. Persembahan apa? Jeng3x... Korang kena tengok sendiri la. Aku tak nak spoil "kejutan" korang.


[Pemandangan daripada tower 3 tingkat kat dalam Colmar Tropicale]


[Tower scenery Colmar Tropicale]


Kesimpulan nyer kat sini, RM 12 adalah memang berbaloi2... Mungkin aku akan gi honeymoon kat sini je. Hehehe...


**********************************************************************************


What gives your tea its unique ump?




**********************************************************************************

Monday, June 13, 2011

Bukit Tinggi - Japanese Village

Hello boys and girls.

Aku ada satu soalan nak tanya korang. Apa yang korang wat masa cuti sekolah baru2 nih? Lepak kat umah? Tengok TV? Walaupun aku ni bukan pelajar sekolah atau cikgu sekolah yang bole menikmati cuti sekolah selama 2 minggu nih, tapi still aku juga nak gi bercuti gak kan...

Destinasi percutian sempena cuti sekolah ni adalah Bukit Tinggi. Actually dlu dah pernah gi skali. Tapi miss out satu tempat yang cool. Lagi pun masa tu kitorang gi agak lewat. So memang tak sempat.

Nak naek ke kawasan pelancongan Bukit Tinggi ni kena bayar RM 12 sorang. Tutup kul 6 petang. So kalo korang sampai kul 4 atau 5 petang, memang rugi ar sebab tak dapat nak berjalan lama2. Unless korang nak spent the nite kat atas Bukit Tinggi tuh. Rate hotel dia aku tak tau sebab tak pernah tdo kat sana lagi.

Sebenar nyer kat Bukit Tinggi ni ada macam2 gak tempat yang korang bole lawat. Zoo mini ada, tempat maen golf ada. Kalo korang nak naek kuda pun bole. Tapi tempat2 gitu aku malas nak gi. Just lalu je. Aku cuma fokus nak gi Japanese Village ngan Colmar Tropicale. Yang bayar RM 12 tu kalo nak naek ke 2 tempat ni je. Yang laen tak yah bayar.

Since ada 2 tempat yang aku kunjungi, so aku rasa aku nak split entri aku ni kepada 2 part supaya entri tak nampak panjang berjela. Part 1 yang aku nak citer ari ni adalah pasal Japanese Village dan part 2 pasal Colmar Tropicale.

Japanese Village ni, macam nama dia, adalah ala2 kampung Jepun. Kat dalam Japanese Village ni ada Japanese Garden, Japanese Tea House, Tatami Spa, Ume Tatami Suite, Souvenir Shop, Ryo Zan Tei Restaurant dan Botanical Garden.


 [Tempat parking adalah jauh. So korang kena berjalan ke Japanese Village]


[Gambar ni saje je aku nak letak]


Ryo Zan Tei Restaurant tu restoran btol la. Kalo korang rasa lapar, korang bole try makan kat situ. Tapi aku tak pasti makanan dia halal ke tak. Yang penting, aku tak makan kat situ.

Botanical Garden dia, walaupun kecik je, tapi still menarik untuk korang jalan2. Sebenar nyer tak kecik la. Garden dia kecik, tapi dia ada wat walking path masuk ke hutan. Ala2 jungle trekking la kot. Since masuk ke hutan dan aku tengok jarang orang pegi, so aku pun berjalan takat kat dalam Botanical Garden tu je ar.






[Ni dia jalan jungle trekking yang aku maksudkan tuh]


Yang best nyer pasal Japanese Village ni adalah scenery dia. Memang korang akan rasa best. Siap ada feeling2 lagi nak bergambar. Udara pun nyaman. Kalo korang datang dan feel sendiri, mesti korang akan kata benda yang sama.


 [Japanese house]






Bukan tu je. Kalo korang rasa nak feeling2 macam orang Jepun, korang bole sewa baju kimono (untuk perempuan) dan baju samurai (untuk lelaki). Harga RM 20++. Yang ni cik awek mula2 macam berminat. Tapi bila aku bagi, dia tak mau lak... Selaen daripada itu, korang bole join untuk tea ceremony. Ada certain2 waktu dia. Harga aku tak tau.

Macam yang aku cakap tadi, kat sini gak ada spa, iaitu Tatami Spa. So sape2 yang rasa nak relax2, bole la lepak kat Tatami Spa. Tapi aku rasa yang akan lepak kat sini adalah pengunjung yang tdo kat sini je la. Yup. Korang memang bole menginap kat sini. Ada Ume Tatami Suite.

Tapi masa aku lalu ari tuh (berjalan kaki je sebab kat dalam taman2), pagar dia macam berkunci je. Takde orang yang menginap kot ari tuh. Tak tau korang nak kena deal macam mana kalo nak tinggal kat situ.

Apa yang penting, RM 12 yang korang bayar masa mula2 nak naek tu adalah berbaloi, walaupun korang hanya visit Japanese Village je.


[Mencari ketengan jiwa sambil merenung masa depan]


**********************************************************************************



RM1,000 Given out Every Mondays, Wednesdays and Fridays for 4 weeks!





**********************************************************************************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...