Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Sunday, July 31, 2011

Kota Purba #3 - Derinkuyu Underground City

Derinkuyu? Kuyu ke bandar ni? Ngahahaha...

Kota purba ke-3 nih terletak di Cappadocia, wilayah Nevsehir, Turki dan berkemungkinan dihuni oleh orang Phrygians. Dijangkakan bahawa orang Phrygians mendiami kota Derinkuyu sekitar abad ke-8 sebelum Masehi hingga abad ke-10 Masehi.

Unik nyer kota Derinkuyu ni adalah ia merupakan kota purba bawah tanah yang bertingkat. Kalo nak ikut sumber yang aku rujuk ni, ada yang mengatakan sampai 8 tingkat, 10 tingkat ngan 11 tingkat. Based on wikipedia, Derinkuyu Underground City ada 11 tingkat sumer dan kedalaman nyer mencecah 85 meter.




Kalo korang nak tahu, kawasan Cappadocia mempunyai banyak rangkaian bandar bawah tanah. Kota Derinkuyu merupakan salah satu bandar bawah tanah tersebut. In fact, kota Derinkuyu merupakan bandar bawah tanah yang terbesar dan terdalam di situ.

Kota Derinkuyu ni bole menempatkan 35,000 hingga 50,000 orang. Terdapat kandang, bilik bawah tanah, stor dan pelbagai bilik lagi yang terdapat dalam bandar bawah tanah Derinkuyu ni.










And you know what. Pintu untuk setiap bilik dalam kota Derinkuyu ni diperbuat daripada batu. Nak tau macam mana rupa pintu tuh? Macam ni haaa...


[Perghhh... Berat wooo...]


Sumber: Wikipedia, Cappadociaturkey.net, Yahoo! Travel


**********************************************************************************



How Thai wives handle their husband when there's so many hot women around?

**********************************************************************************

Saturday, July 30, 2011

Cikgu Sekolah

Agak lama gak aku amek masa nak buat entri susulan kepada entri Selamat Hari Guru yang aku buat pada Mei lepas. Rasa macam tak kena gaya lak aku tulis pasal guru skang nih. Tapi tak kesah la. Aku nak tulis gak topik nih. Sebab aku dah janji dah ngan korang sumer aku nak tulis pasal zaman sekolah aku masa kecik2 dlu. Janji harus dikotakan.

Masa zaman sekolah rendah, ada 2 orang cikgu je aku remember the most. Puan Rahimah dan Puan Angelica. Puan Rahimah ni aku dah tak ingat sangat dah dia mengajar apa. Tapi aku ingat dia pernah jadi guru kelas aku masa aku darjah 2 atau 3. Masa tu sesi petang la kan. Yang paling aku ingat skali, dia pernah rotan aku. Hahaha...




Bab kena rotan tu aku paling ingat skali. Pasal tu je la the 1st and the last aku pernah kena rotan dalam seumur hidup persekolahan aku. Sebab apa aku kena rotan pun aku dah tak ingat. Aku baek kot masa sekolah dlu. Skang pun baek gak. Hehehe...

Mesti korang ingat Puan Rahimah ni garang kan. Well, dia memang garang pun. Tapi baek. Dia baek ngan aku. Rasa cam jadik pelajar kesayangan dia pun ada. Aku still ingat lagi, dia pernah ucapkan tahniah kat aku masa aku dapat 5A UPSR dlu. Dia masih ingat kat aku walaupun dia cuma ajar aku sesi petang je.

Puan Angelica lak ajar kelas English ngan Muzik, masa darjah 6. Puan Angelica pun baek gak orang nyer. Takde marah2. Kalo ada pun, kadang2 je. Dia slalu kata muka aku berbentuk oval... Aku tahu. Dia ber"double meaning" dengan aku. Nak kata aku hensem la tuh...


 [Bentuk muka oval adalah bentuk muka idaman? Baru skang aku tau...]


Move on to sekolah menengah.

Somehow, aku tak leh nak recall nama2 cikgu masa sekolah menengah dlu. Cuma cikgu BM je yang aku ingat. Puan Saimah nama nyer. Dia ni pun baek ngan aku. Kalo time ngajar BM, asal ada sajak atau syair je, mesti sruh aku yang baca. Macam takde orang laen je. Aku tau la suara aku sedap... Tapi masa tu aku remaja lagi. Malu nak baca kuat2...

Tapi aku tau dia pun segan asyik nak sruh aku je yang baca. Maklum la. Dalam kelas aku ada 3 je melayu. Yang laen sumer chinese. Mana pandai sangat nak bersajak bersyair nih... Kalo bagi diorang baca, mungkin jadi rap lak.

Walaupun nama Puan Saimah je yang aku ingat, tak semesti nyer aku tak rapat ngan cikgu yang laen. Aku sker ngan cikgu Matematik aku, cikgu Pendidikan Jasmani aku, cikgu English aka guru kelas masa form 5. Cuma nama je tak leh recall...

Cikgu pendidikan jasmani aku best. Satu2 nyer cikgu lelaki yang aku ingat. Well, cikgu lelaki memang tak banyak pun yang ajar aku. Dia ajar subjek Sejarah gak. Sebab pe aku kata dia best. Sebab dia sporting. Relax je leh lepak ngan kitorang. Time pendidikan jasmani lak, lepas wat stretching, terus bagi bola, sruh maen. Kadang2 dia siap join kitorang maen skali.




Cikgu Matematik ngan cikgu English aku, dua2 pun baek. Tapi tu la. Tak leh nak recall nama diorang. Sori ek cikgu...

Masa kat matriks dlu, kadang2 aku balik ke sekolah menengah aku. Dengan rakan2. Jumpa balik cikgu2 yang banyak berjasa mendidik aku.

Jadi, begitu lah al-kisah nyer zaman aku sekolah dlu. Zaman skang ni, ramai sangat pelajar yang dah tak hormat dengan guru. Apa nak jadi dengan diorang agak nyer?


***********************************************************************************



Sneak Peak into Fright Night trailers & videos!




********************************************************************************** 

Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya 1 Singa-Pura-Pura 1

 [Sebelum perlawanan bermula]


# Entri ini dibuat sempena dengan kegagalan Malaysia untuk layak ke pusingan ke-3 kelayakan World Cup 2014. Juga atas permintaan saudara Nash Maurinho yang diutarakan beliau dalam ruangan komen untuk entri Letusan Gunung Berapi di Chile Jun 2011. Kalah pun aku review gak..


.


Perlawanan 2nd leg yang berkesudahan 1-1, Malaysia tersingkir daripada pusingan 2 kelayakan World Cup 2014 Brazil. Kalah dengan agregat 4-6. Salah siapa?

Mesti ramai yang akan jawab "salah pemain Singapura yang pandai berlakon. kena sentuh sket, bergolek 14 kali". Tapi, come on la. Kita tak leh la nak blame pasukan lawan sebab kekalahan kita. Walaupun aku berbulu gak ngan mamat gawang Singapura yang pegang2 kepala (masa game lagi sket nak abes) tapi mulut senyum2 sengih2 lak. Bajet nak berlakon sakit la tuh. Kena kad kuning, buat muka tak puas hati.

Muka mintak penampar...

Bila aku tengok je cara Malaysia maen, aku dah boleh agak dah kekecewaan yang akan datang menjemput. Melibas sumer harapan ultra malaya, umpama double-libasan aka double bicycle kick pemain Harimau Malaya pada babak2 akhir perlawanan. Cuma ironi nyer, libasan kekecewaan itu tepat mengenai penyokong Malaysia, manakala libasan berganda pemaen Malaysia tidak mengenai bola.

Libasan berganda atau miss berganda? Korang dah tengok, korang bole judge sendiri. Term libasan berganda, bunyik cam gempak. Tapi miss berganda? LAME...


 [Mungkin nak tiru style Rooney, tapi tak jadi]


Fakri Saarani? 2 yellow card dalam masa 20 minit bermaen? Kalo red card tak wujud dalam permainan bola sepak manakala Fakri Saarani bermain 90 minit, mungkin dia dah kutip 9 yellow card kot. Apa pun, Fakri harus di Saaran-kan untuk improve permainan dia. Sebab 1st dan 2nd game (hari ni) langsung takde impak yang dia kasik.

Eh, sori. Ada impak. Iye. Ada. Kad merah...

Apa pun, Malaysia takde la maen teruk mana pun. Cuma barisan serangan agak tumpul berbanding sebelum nih. Keeper pun ok je. Save beberapa percubaan berbahaya. Cuma masalah di barisan pertahanan. Asyik bocor je. Taktikal apa Rajagopal guna nih. Asyik kosong je kat bahagian pertahanan. Cuba maen offside trap ke? Tak menjadik pun...

Mungkin Rajagopal syok kot tengah kunyah doublemint gum sampai tak perasan yang barisan pertahanan kita lompong. Mudah kena serang.

Secara overall, aku rasa aku sker lagi Malaysia maen short pass daripada maen long ball. Alangkan tahan bola leret pun dah bersepah. Ini kan nak control bola tinggi...

Last skali aku nak komen. Ada wajar nyer Aidil Zafuan mula memikirkan untuk bersara daripada kancah bola sepak. Asal maen je, injured. Pulih. Maen balik. Injured lagi. Sampai bila?


 [Masalah betul budak ni]


Mungkin kena minum air 100 plus banyak2 kot untuk pulihkan kecergasan beliau. Hahahaha... (Apa yang aku merepek nih)

Tapi fenomena sukan bola sepak kita yang aku perasan la kan, tatkala kita menghamburkan pujian demi pujian kat pasukan kebangsaan, tatkala kita memberikan harapan yang menggunung kat pasukan kebangsaan kita, tatkala itu juga la mereka menghampakan kita...

Korang perasan tak fenomena ni? Ke aku sorang je?

Konklusi perlawanan sebagai penutup entri?


Harimau me-layu dibaham Singa yang pandai berpura-pura.


[Selepas perlawanan]


**********************************************************************************
Discover how Proton Saga FLX's past and present, merged into one.


**********************************************************************************

Thursday, July 28, 2011

Mampukah kita layak ke pusingan seterus nyer? World Cup 2014?

Apa yang aku ingin aku sampaikan dalam entri ni adalah, mampukah team Malaysia menumpaskan Singapura untuk layak ke pusingan seterus nyer dalam pusingan kelayakan World Cup 2014. Sambil aku menaip entri ni, permainan baru je start. So, let's wait for the result.




***********************************************************************************


With #HotlinkONEMusic on ur smartphone, u will be dwlding hit tunes on the go!


 **********************************************************************************

Wednesday, July 27, 2011

Lelaki Rambut Panjang atau Pendek?

Kali ni aku nak wat entri pasal rambut. Tapi bukan pasal fesyen rambut ok. Rambut cacak, skinhead, rambut belah tengah. Tu sumer tolak tepi. Kita go for the basic okeyh? Very basic. Rambut panjang atau pendek?

Aku tau kalo bab awek, si jejaka tak kesah pun awek dia rambut panjang atau pendek (walhal bukan boleh nampak pun sebab pakai tudung, melaenkan awek tu free hair). Asalkan sejuk mata memandang. Hehehe...


[Sejuk mata memandang umpama ada ais kat mata tuh]


Ye. Aku tau. Kalo dah awek tu comel, rambut dia panjang ke pendek, awek tu tetap comel. Ye tak? Tapi seperti yang tertera pada tajuk entri nih, aku bukan nak mengulas pasal awek tu cantik/comel berambut panjang ke pendek. No...

Ari ni kita nak sembang2 pasal lelaki rambut panjang atau pendek? I mean, untuk girls, korang prefer suami, pakwe atau teman-tapi-mesra korang berambut panjang atau pendek? Korang sker bergaul dengan guys yang berambut panjang atau pendek?

Baru2 ni aku ada setup poll untuk buat survey tentang perkara nih. Tapi poll ni tak limited untuk perempuan sahaja. Even lelaki pun boleh gak pilih jawapan. Aside from gays, si jejaka boleh pilih berdasarkan kepada diri diorang sendiri. Which is, diorang selesa berambut panjang atau berambut pendek.

So, the result of the poll is, berambut pendek 88%, berambut panjang 0% dan selebih nyer tidak kesah dengan penampilan lelaki sama ada berambut pendek atau panjang.


[Hairan, lagi 1% hilang]


My personal opinion, aku pilih rambut pendek ar. Tak hensem la der... Aku kacak cam Fahrin Ahmad kot kalo rambut aku pendek. Kalo rambut aku panjang, mungkin aku akan nampak macam Fahrin Ahmad berambut panjang. Wakaka waka waka hei hei...

Sebenar nyer, aku tak sanggup nak bela rambut sendiri panjang2. Tak stylo la bro rambut panjang2. Nak wat style pacak pun tak bley. Yang ada hanya rambut yang ala2 iklan rebonding. Tu ok la lagi. Kalo rambut lu panjang, pastu berkerinting lak? Amacam? Leh imagine tak?

Bagi aku, menyimpan rambut panjang adalah merimaskan. Ko simpan rambut panjang, ko kena pandai jaga. Kena selalu cuci rambut. Kalo tak, berkelemumur la rambut. Gatal pelbagai. Silap haribulan leh simpan kutu lagi.

Aku kalo rambut dah mencecah kolar baju, aku dah anggap rambut aku tu dah panjang. Tunggu masa je nak gunting. Kalo malas, aku extend 2 minggu. Hehehe... Tapi lepas tu wajib potong. Kalo tak, aku rimas. Even awek aku pun rimas tengok aku simpan rambut panjang2. Lagi2 rambut aku ni lebat dan agak kerinting.



Ini mungkin cantik.

Tapi kalo...



Nampak serabai...


Apa pun, poll yang aku buat ni mungkin la tak accurate mana pun. Since visitor blog ni pun bukan la gempak sangat macam blog2 laen yang lebih famous. Anyway, terima kaseh kepada blogger2 dan visitor2 yang sanggup klik jawapan untuk poll kali nih. Kalo ada poll lagi pada masa akan datang, jangan lupa participate lagi ek. Hehehe...


***********************************************************************************


Play DOUBLEMINT Memory Match Mania game...prizes will be given out to the fastest..
********************************************************************************** 

Sunday, July 24, 2011

Letusan Gunung Berapi di Chile Jun 2011

Korang masih ingat pasal letusan gunung berapi di Chile pada Jun lepas? Kejadian yang menyebabkan hampir 4,000 orang terpaksa dipindahkan. Bukan tu sahaja, jiran terdekat mereka, Argentina juga turut mendapat tempias biler debu daripada gunung berapi tersebut tersebar ke kawasan selatan Argentian dan cover almost everything.

Apa yang aku nak post kan kat sini adalah beberapa gambar yang boleh membuatkan korang berkata "woww..."


[Ni kereta ye. Bukan longkang]


[Woww...]


[Apa perasaan korang kalo tengok kilat macam ni kat tempat korang?]


[Woww lagi skali]


[Mungkinkah akan ada keluar Transformer daripada lubang bercahaya tu?]


[Kawasan di selatan Argentina yang turut terjejas]


***********************************************************************************


Band baru mana yang korng support?



********************************************************************************** 

Saturday, July 23, 2011

Maho Beach dan Kapal Terbang

Korang minat amek gambar kapal terbang tengah terbang dengan rendah? Korang tak pernah tengok kapal terbang secara dekat? Korang tak pernah tengok kapal terbang yang terbang begitu rendah? Korang tak pernah naek kapal terbang so korang rasa nak amek feel dengan tengok kapal terbang daripada jarak dekat?




Well, Maho Beach is the answer to your question.

Tapi, dengan jawapan yang aku bagi tu, maka beberapa soalan di atas akan menjadi obsolete. Hehehe... Teringat kat kawan aku yang tengah cari chemical Iridium Oxalate sebab aku selalu buat lawak dengan menyebut Iridium Obsolete.

Sebab apa aku kata soalan2 tersebut menjadi obsolete? Yela. Dah gi Maho Beach pun dah kena naek kapal terbang. Tak kan nak cakap "saya nak amek feel konon2 saya naek kapal terbang" walhal nak gi situ pun MEMANG kena naek kapal terbang. Tak kan nak berkayak gi sana lak.

FYI, Maho Beach ni terletak di Caribbean Island. So, nak tak nak kena naek flight gak. Jangan buat kerja giler macam berkayak, naek belon panas mahupun berenang ke sana.


 [Jangan buat keje giler nak berkayak ke Maho Beach]


Sebab pe Maho Beach ni popular dengan kapal terbang dan plane spotter? Sebab Princess Juliana International Airport terletak berhampiran dengan kawasan pantai tersebut. Oleh sebab panjang landasan airport ni cukup2 makan je, kapal terbang kena terbang serendah mungkin untuk mendarat. Kalo tak, berkemungkinan akan terlajak.








Tapi dalam pada seronok2 tuh, ada gak bahaya nyer. Oleh sebab kapal terbang ni berada pada tahap yang rendah, ada kemungkinan untuk orang ramai terpelanting disebabkan oleh jet blast semasa kapal terbang ingin berlepas.


[Ada kebaekan, mesti ada keburukan jugak kan]




***********************************************************************************
How is someone who carries an iPhone different from someone who carries a Blackberry?

***********************************************************************************

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #1

Sumber


**********************************************************************************
  

Check out d before & after shots of people who switch over to contact lens! Really gives thm d #FreedomToLookHot


********************************************************************************** 

Tuesday, July 19, 2011

Harry Potter and the Deathly Hallow II

Avada Kedavra, expecto patronum, expelliarmus, incendio, lumos dan wingardium leviosa. Antara spell incatation yang popular dalam citer Harry Potter nih. Mana yang fanatik tuh, aku rasa diorang hafal kot spell2 nih. Even hafal spell yang laen gak.

Ari Ahad lepas, aku ngan dua member aku pi tengok filem Harry Potter and the Deathly Hallow part 2. Tapi since aku agak busy dan juga malas nak update blog, jadi aku simpan dlu niat aku untuk tulis review pasal muvi nih. Minggu lepas aku ada buat gak entri pasal Harry Potter. Kalo nak baca, bole klik kat SINI.

Kat kat Jusco Perda jek. Sebelum tuh melantak kat Kapitan yang pada masa tuh agak lambat menghantar oder kami. Aku siap topup ais skali sebab ais dah abes cair. Nyaris nak tambah topup ais kali ke-2. Naseb baek time tuh dia dah nak hantar makanan.

Cik awek daripada ari tuh lagi ajak makan kat Kapitan area Queensbay dlu. Tapi jenuh pusing2 tak jumpa gak. Ni dah dapat tau kat Perda ada satu. Senang citer aku bawak makan kat sini jek. Kan senang... Okay2. Dah melalut pasal makan lak nih.

Hmmm... Macam mana nak start ek pasal movie Harry Potter nih. Actually aku follow sumer filem Harry Potter. Tapi kebanyakan nyer bukan aku tengok kat wayang. In fact, yang last ni je la yang aku tengok kat wayang. Hehehe... Sebab tu yang last ni kasik special treatment sket, tengok kat wayang. Sebab ni yang last.




Citer Harry Potter kali ni aku rate sebagai BOLE TAHAN la. Sebab apa aku kata bole tahan? Well, jalan citer dia pada permulaan agak slow sket tempo dia. Silap haribulan korang bole tertdo jawab nyer. Aku ngan member2 aku saling membuat lawak bodo untuk hilangkan bosan. Hehehe... Kira nyer tak bape nak fokus gak la mula2 tuh.

Naseb baek lepas tuh tempo dia kasik "up" sket. Tapi overall jalan citer dia, aku sker jek. Hehehe... Tapi ada gak yang aku dengar, diorang tak bape sker jalan citer Harry Potter yang last nih. Especially yang pernah baca buku J. K. Rowling nih.

Apa yang aku rasa paling awesome dalam Harry Potter kali ni adalah babak di mana Hogwarts kena serang dengan pasukan Voldemort. Ni memang best la. Paling smart adalah masa pertarungan one-on-one Harry Potter ngan Voldemort (ni masa nak ending dah). Berlawan umpama berlawan pedang sambil mengeluarkan magik yang umpama bunga api terpercik.




Aku tak yah nak citer kot jalan citer dia macam mana. Aku tahu korang lagi arif kot daripada aku. Lagi pun, ni kan part 2. Sambungan daripada part 1. Korang confirm dah bole agak dah yang part 2 ni nak citer pasal pe. Apa pun, sebelum korang layan muvi ni kat panggung, meh layan trailer dia dlu.




Apa pun, filem Harry Potter and the Secret Chamber adalah yang terbaek skali dan yang paling aku minat. Hehehe... Tak tau pasal pe. Tapi rasa macam syok je tengok. Mungkin aku agak minat pasal ancient creature aka mitos kot. Since basilisk tu kan haiwan mitos.

So, aku rasa Harry Potter and the Deathly Hallow ni adalah just nice untuk ending Harry Potter nih. At least dia menjawab persoalan2 yang mungkin bermaen di fikiran anda. Itu pun kalo ada la. Aku tak pernah fikir pun bab persoalan2 nih. Kalo ada pun, bab Snape tu jahat ke tak. Tu pun dah terjawab lama dah...

Jadi, review kali ni, aku kasik;




Walaupun aku kasik 3 bintang jek, tapi member aku sker giler ngan citer ni. Abes je citer nih, dia mengacukan straw pepsi dia kat aku sampai memercik2 sisa air tu kat muka aku sambil berkata "Avada kedavra". Dia kata dia teruja ngan "elder wand" atau bahasa melayu dia, tongkat sulung yang Voldemort guna lawan ngan Harry Potter.



Tapi dia tak tau yang dia sebenar nyer giler.


Saturday, July 16, 2011

Korean Drama - Secret Garden

Setelah lama tak melayan citer Korea semenjak My Princess, baru semalam aku berjaya mengabeskan satu drama lagi yang bertajuk Secret Garden.




Citer ni mengisahkan Kim Joo Won (lakonan Hyun Bin) yang merupakan seorang CEO yang ego dan perfectionist. Atas sebab2 yang tidak disengajakan, dia bertemu dengan seorang stuntwoman bernama Gil Ra Im (Ha Ji Won) sebab salah anggap dia nih Park Chae Rin (sila tengok drama ini untuk paham apa yang aku cakap).

Lama kelamaan, Joo Won ni mula tertarik pada Ra Im. Tapi since Ra Im ni seorang yang miskin (takde la miskin sangat pun), dia cuba mendekatkan diri dengan Ra Im dan pada masa yang sama, cuba menjauhkan diri dengan nyer. Kira Joo Won ada konflik dalaman gak ar. Hehehe...

Ada satu bahagian tu, roh diorang tertukar antara satu sama laen lepas satu kejadian yang aku sengaja tak nak citer kat sini. Joo Won dalam badan Ra Im dan Ra Im dalam badan Joo Won. Kira nyer lepas kejadian ni yang menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih rapat antara diorang berdua.




But don't worry. Macam citer2 yang laen, last2 diorang kembali normal. Hehehe... Tapi bila aku tengok bahagian body-switching ni, aku ingatkan citer tu end kat situ je, macam sesetengah citer. Rupa nyer panjang lagi citer dia. Sebab tu aku kata kejadian tuh cuma pemangkin kepada hubungan diorang je. Sebab banyak lagi perkara yang lebih menarik lepas tuh.

Nak tau? Korang kena la layan sendiri citer ni ek. Hehehe...


[Barisan pelakon Secret Garden]


Jadi, apa yang menarik nyer pasal citer Secret Garden? Well, macam citer2 Korea yang laen, citer ni turut menyajikan sebuah jalan citer yang romantik. Yang pasti nyer, part2 akhir citer ni adalah romantik tak hengat. Lagi2 part watak utama lelaki cuba berkorban untuk awek dia tuh. Mungkin ada antara korang yang akan mengalir air mata kalo tengok babak nih.

Another thing yang agak laen daripada yang laen, citer ni tak wujud pihak ke-3 yang mengganggu hubungan percintaan diorang. Walaupun pada mula nyer macam ada je, tapi rupa2 nyer bukan. Hehehe...

Best nyer pasal citer ni bukan sahaja terletak pada jalan citer diorang. Malahan OST Secret Garden ni sumer menarik2 dan sesuai dengan setiap babak lagu ni dimaenkan. Terbaek ar.


[Lagu That Man yang dinyanyikan sendiri oleh watak utama, iaitu Hyun Bin]


Lagu yang aku paling minat skali dalam citer ni adalah You Are My Spring. Ni kalo aku nyanyikan untuk awek aku nih, mesti dia cair. Harap2 la. Hik3...

Antara lagu2 laen yang sedap gak;



Rating? Aku kasik;




Friday, July 15, 2011

Gliese 581g

Gliese 581g bukan la sebuah muvi, sebuah kenderaan mahupun nama untuk binatang peliharaan. Tapi bila sebut perkataan Gliese 581g, sedap gak kalo dibuat tajuk muvi. Hehehe...


Apa sebenar nyer Gliese 581g?

Gliese 581g adalah nama sebuah planet yang sedang dipantau oleh ahli astronomi sejak 11 tahun yang lepas. Planet ni mengelilingi bintang kerdil "merah" (red dwarf) dan terletak sejauh 20 tahun kelajuan cahaya daripada Bumi kita. Selaen daripada Gliese 581g, ada lagi 5 atau 6 planet lagi yang turut mengelilingi bintang yang sama, membentuk sebuah sistem solar.


 [Gambaran planet Gliese 581g]


So, apa yang special nyer pasal ni planet Gliese 581g nih?

Sebelum aku citer pasal Gliese 581g, mari aku citer kan pasal adik beradik Gliese 581g. Gliese 581c diumumkan pada tahun 2007 sebagai planet yang berkemungkinan boleh didiami. Tetapi kajian yang selanjut nyer mendapati planet ni terlalu hampir dengan bintang, menjadikan ia terlalu panas untuk sebarang kehidupan.

Gliese 581d lak lebih jauh berbanding dengan Gliese 581c. Berkemungkinan boleh didiami. Cuma lapisan atmosfera nyer terlalu nipis. Takut tak leh tahan efek rumah hijau nanti.Close to habitable, but not quite.

Jadi, apa yang spesel pasal Gliese 581g adalah planet ni terletak antara zon Gliese 581c dan Gliese 581d. Menjadikan planet ni berpotensi tinggi untuk didiami. Kawasan berbatu dengan lapisan atmosfera yang sesuai dan mempunyai air. Ciri2 yang sesuai untuk membentuk kehidupan.


Since planet ni potensi untuk didiami, ada makhluk asing tak kat planet tuh?

Bab alien2 ni sentiasa menarik minat manusia kan. Biasa la. Sifat ingin tahu manusia. Nak tahu sangat ada atau tidak kehidupan laen selaen daripada manusia.


 [Apsal korang sibuk2 nak tau aku ni wujud ke tak?]


Untuk pengetahuan korang, planet Gliese 581g ni tidak berputar pada paksi nyer sendiri. So, planet yang mengadap bintang sentiasa cerah dan yang membelakangi nyer sentiasa berada dalam kegelapan. Tapi, antara zon cerah dan gelap tu, ada satu zon yang dikenali sebagai "terminator". Kalo ada alien yang mendiami planet ni, berkemungkinan diorang bermastautin di kawasan "terminator".




***********************************************************************************



This will make your Balik Kampung trip this Raya extra special.




********************************************************************************** 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...